::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, May 30, 2008

::psikologi::

::personaliti dan interaksinya::

Ianya merangkumi kecendurungan tingkah laku, kualiti intelek dan emosi.Ianya merupakan pertautan antara makna dua istilah iaitu 'person' dan 'quality' = kualiti sesuatu peribadi yang menjadi intipati personaliti seseorang individu. Ianya natijah daripada interaksi faktor-faktor dalaman dan luaran. Ianya faktor penentu baik buruknya hubungan kita dalam sesebuah masyarakat. Erm... type mana kita ya??? jom kita sama-sama check type personality kita...

Personaliti gelisah (Anxious Personality)
Personaliti penyegan-penakut (Timid Personality)
Personality Sensitif dan Penghindar (Avoidant Personality)
Personaliti Paraniod (Paranoid Personality)
Personaliti antisosial (Psichopathic Personality)
Personaliti Peledak (Explosive Personality)
Personaliti Skizoid (Schizothymic@introverted Personality)
Personaliti Ekstrovert (Extraverted Personality)
Personaliti Narsisistik (Narcisistic Personality)
Personaliti Ketergantungan (Dependent Personality)
Personaliti Obsesif-Kompulsif (Obsessive-Compulsive Personality)
Personaliti Histrionik (Hysterionic Personality)
Personaliti Pasif-Agresif (Passive-agressive Personality)


Hurm...perincian? nantikan...

Tuesday, May 27, 2008

::struggle::

Chaiyo' chaiyo' for your KSCP

Tanda kasih dan sayang Allah pada hambanya bukan hanya dengan kegembiraan, kesenangan, keseronokkan... tapi kasih Allah pada hambanya juga boleh dalam bentuk kesedihan, kesempitan dan kesusahan... kesedihan, kesempitan dan kesusahan itulah yang dirasai olehku saat ini, saat dimana aku sudahpun sepatutnya pulang ke kampung halaman, bertemu ibu yang dirindui... rindu pada bual tawa mesra, rindu pada masakan dan suapan, rindu pada taman tautan kasih yang penuh ketenangan... ada ikan, ada air terjun kecil, ada pokok-pokok bunga menghijau, gelak tawa adik-adik dan sepupu-sepupu, tepuk tampar+gelak tawa dengan abang dan adik-adik... kali terakhir adalah time general election

Tapi aku harus kuatkan semangat demi sebuah kebahagiaan pada semua ... kebahagiaan pada hari mendatang... kebahagiaanku adalah pada kebahagiaan mereka-mereka. Ya Allah... bantulah aku untuk menghadapi tempoh ini, berilah kekuatan dalam setiap langkahan dan tindakanku agar aku tidak terlalai dan tersesat, agar aku tidak bertindak zalim pada diri dan semua... agar aku tidak menyesal dikemudian hari...

:: struggle for radiation biophysics + quantum mechanics ::


Mawar pertama...Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar. Maha Pemberi Taubat atas sesiapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali padanya.

Mawar kedua...Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya kamu akan bahagia. Barilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar ketiga...Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon keampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

Mawar keempat... hapuslah air matamu dengan pra sangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar kelima...jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada pada hakikatnya tiada seseorang pun dimuka ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar keenam...jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit



::cinta::

tah kenapa, terasa ingin memasukkan posting ini...

Monday, May 26, 2008

::ingatan::

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. [51:55]

Ingatan buat diri, ingatan buat sahabat-sahabat seperjuangan, ingatan buat mereka-mereka yang merindukan pertemuan denganNya. Demi mengapai keredhaanNya dan pertolonganNya pada sebuah perjuangan yang jauh,terpanggil diri ini untuk mencoretkan buah fikiran yang mungkin boleh kita sama-sama fikirkan, lakukan, laksanakan jika ianya mendatangkan manfaat pada antum/na. InsyaAllah. Dan yang pasti ada kesilapan pada cetusan idea dan pandangan seorang insan yang serba kekurangan dan lemah ini, antum/na boleh tegur, kritik juga menambah. Coretan tentang diri, tentang akhlak, tentang ukhwah...untuk diri, untuk antum/na untuk kebaikkan semua ...insyaAllah

Perbaikilah dirimu1

Memperbaiki diri... itulah langkah pertama dalam kita memulakan sebuah perjalanan yang jauh ini, agar kita tidak tercicir dan terbabas dalam sebuah perjuangan, perjuangan yang pasti akan destinasinya. Kerana kekuatan yang perlu untuk memenangkan yang hak dan mengalahkan yang batil tersimpul dalam 3 bentuk iaitu: kekuatan iman, kekuatan jemaah, kekuatan tangan dan senjata. Inilah susunan kekuatan yang telah dilalui dan telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Juga inilah manhaj yang mesti kita lalui. Adalah merbahaya apabila dipergunakan kekuatan tangan dan senjata untuk merubah realiti yang batil sebelum dapat dibuktikan dan direalisasikan kekuatan iman dan kekuatan jemaah. Oleh kerana itu, kita mestilah sentiasa mengawasi setiap arahan dan tindakan yang menyalahi susunan dan tertib ini di dalam berbagai-bagai peringkat islami sepaya usaha tidak menjadi sia-sia, supaya jiwa-jiwa manusia tidak terkorban pada bukan tempatnya dan bukan pada waktu yang tidak sesuai untuknya.

Untuk merealisasikan cita-cita yang kita hendak capai, kita berhajat kepada jiwa-jiwa yang besar yang mempunyai kemahuan yang keras, yang mempunyai kesetiaan yang tetap dan tahan, yang mempunyai iman yang benar, yang mampu dan rela memberikan pengorbanan yang banyak.

Sesungguhnya membentuk umat-umat dan mendidik bangsa-bangsa, mencapai cita-cita, menolong pegangan hidup, memerlukan ummah yang menghendaki demikian atau sekurang-kurangnya golongan yang menyeru kepadanya, memerlukan kekuatan jiwa yang besar yang tergambar dalam beberapa perkara: kekuatan kemahuan yang tidak mengenal kelemahan, kesetiaan yang tetap yang tidak mengenal pura-pura dan khianat, pengorbanan yang banyak yang tidak dapat dihalangi oleh tamak dan kebakhilan, makrifah dengan mabda’(prinsip) pegangan hidup dan beriman kepadanya dan menghargainya juga memeliharanya dari kejahatan, penyelewengan di atasnya ataupun terpedaya dengan yang lainnya. Di atas rukun yang pertama inilah yang merupakan ciri-ciri jiwa.

Dari sinilah kita mengetahui bagaimana pentingnya memperbaiki diri sendiri dan peranannya yang asasi di dalam jalan dakwah dan merealisasikan cita-cita supaya kita mengambil dan mempergunakan berbagai-bagai sebab untuk memperbaikinya dengan kekuatan dan penuh kepuasan walaupun kita terpaksa memikul bebanan yang berat, dan mempergunakan usaha, waktu, sabar dan menyabarkan, mengoreksi, muhasabah dan muraja’ah.

Sahabat...kita semua pasti diuji, suatu hakikat yang pasti…Untuk menilai sejauh mana keimanan, kebergantungan, kesungguhan, dan kesabaran dengan apa yang di hadapi. Jangan putus asa, ikhlaskan niat, tanamkan azam, teruskanlah langkahan... janjinya pasti akan tiba.

Akhlak itu bukan lalang2

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

Akhlaq bukan lalang, yang tumbuh sendiri di mana-mana sahaja. Ia memerlukan usaha, bermula dengan benih dan baja, penjagaan yang rapi sepanjang masa, agar nantinya pokok berbuah… menghasilkan Akhlaq.

Namun, hari ini sukar benar untuk mencari petani yang menyemai buah Akhlaq… mencari ‘ilmu’ Akhlaq amatlah payah. “Tak apa, kalau Aqidah dah betul, Ibadah dah sahih, eloklah nanti akhlaqnya”, kata seorang ustaz, apabila diminta mengajar tentang Akhlaq.

Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab akar, ramai yang boleh mengajar. Akar dibahas hingga tersembam ke muka bumi. Menghuraikan tentang Aqidah, bertahun lamanya… atas alasan, segala-galanya dalam agama ini, paksinya adalah Aqidah.

Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab batang, ranting dan daun, ramai yang boleh mengajar, meleret bertahun-tahun. Membetulkan solat membetulkan ibadah… bertahun lamanya… seolah-olah kemuncak agama ialah pada sahihnya Ibadah. Tetapi jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa. Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam menggaru kepala.

Akhirnya Akhlaq menjadi subjek terbiar.Pandai-pandai sendirilah kamu nak berakhlaq. Akhirnya kita miskin Akhlaq.

Sudahkah antum/na menyemai buah akhlak pada diri antum/na? Sama-samalah kita mengkoreksi diri kita... semanis mana buah akhlak kita pada sahabat-sahabat kita, teman-teman kita, kawan-kawan kita, adik-adik usrah kita?

Seorang yang berjiwa islam, walaupun sederhana ilmunya tapi sampai peringkat berjiwa Islam, imannya kuat, teguh, samapi dapat merasakan takut dengan Allah, gentar dengan Allah, cinta dengan Allah. Yang merasakan adalah hati, bukan akal. Jadi orang yang benar-benar berjiwa Islam, tauhidnya benar-benar tertanam di dalam hati. Orang yang imannya begitu teguh, jika diuji dengan berbagai-bagai ujian, baik diuji dengan nikmat maupun diuji dengan siksaan, imannya tidak akan tumbang, Islamnya tidak akan jatuh, akhlaknya tidak akan runtuh. Walaupun dunia diserahkan kepadanya, diberi pangkat yang tinggi, mobil yang mewah, rumah yang besar, tetap imannya tidak akan tumbang. Bahkan semakin bersyukur dan semakin halus akhlaknya.

Ukhwah3

___________________________________________

1 Pandangan dan merujuk JALAN DAKWAH : Mustafa Masyur
2
Rujuk laman Saifulislam.com :: http://saifulislam.com/?p=594#more-594
3
Posting akan datang


Fazlul Huda Makhtar
Raudhatul Mahabah
26 MEI 2008 :: ISNIN :: 20 Jamadi Awwal 1429H :: 03.28 a.m

Sunday, May 25, 2008

::akhlak itu bukan lalang::

lalang.jpg

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…


Akhlaq bukan lalang, yang tumbuh sendiri di mana-mana sahaja. Ia memerlukan usaha, bermula dengan benih dan baja, penjagaan yang rapi sepanjang masa, agar nantinya pokok berbuah… menghasilkan Akhlaq.

Namun, hari ini sukar benar untuk mencari petani yang menyemai buah Akhlaq… mencari ‘ilmu’ Akhlaq amatlah payah.

“Tak apa, kalau Aqidah dah betul, Ibadah dah sahih, eloklah nanti akhlaqnya”, kata seorang ustaz, apabila diminta mengajar tentang Akhlaq.

Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab akar, ramai yang boleh mengajar. Akar dibahas hingga tersembam ke muka bumi. Menghuraikan tentang Aqidah, bertahun lamanya… atas alasan, segala-galanya dalam agama ini, paksinya adalah Aqidah.

Ya, kalau kita minta sesiapa mengajar bab batang, ranting dan daun, ramai yang boleh mengajar, meleret bertahun-tahun. Membetulkan solat membetulkan ibadah… bertahun lamanya… seolah-olah kemuncak agama ialah pada sahihnya Ibadah.

Tetapi jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa. Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam menggaru kepala.

Akhirnya Akhlaq menjadi subjek terbiar.

Pandai-pandai sendirilah kamu nak berakhlaq. Akhirnya kita miskin Akhlaq.

pokoksyariah.jpg

Rujuk :: http://saifulislam.com/?p=594#more-594

Saturday, May 17, 2008

::: cerita semalam :::

Ingatanku kembali segar pada seorang naqibah yang kukira murabbi buat diriku...walau seketika cuma pertemuan itu, tapi ku hitung ianya amat berharga... syukran jazilah buat murabbiku atas sajak yang amat bermakna ini... 'gadis kecil itu' begitu simple ayatnya, tetapi amat berbisa, amat halus menikam ku dasar hati... Buat sahabat-sahabat, sajak ini kuingin tujukan buat dirimu, buat dirimu permata berharga...


Semalam ada bicara. Bicara di antara jiwa-jiwa yang merindukan perjuangan. Bicara di antara jiwa-jiwa yang memahami tuntutan kehidupan mereka atas agama ini. Semalam yang panjang. Yang menjadikan jiwa-jiwa ini kembali meneluki diri.

Apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo�fa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka, hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran
[QS 2: 186]

Hari ini. Dan semalam. Pada lembaran sejarah yang berulang. Dua cerita yang sama. Dan apabila mendengar perkisahan itu dari lisan-lisan mereka, aku jadi termenung sendiri. Terpana. Menerawang mengingatkan seorang gadis yang kisahnya hampir serupa. Dan masih jelas terbayang di ruangan mata setiap detik itu.

Gadis kecil itu. Perjuangan hidupnya yang panjang. Mencari kamilah. Mencari kesempurnaan. Pada usia remaja, yang kerap kali idealistik itu menjadi matlamat diri. Kerana dia sedar, jiwanya tercipta sebagai sebaik-baik ciptaan. Sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan. Ahsani taqweem.

Gadis itu. Mencari kamilah. Kerana dirinya serba lemah, serba kekurangan.Kurangny a ilmu dan makna faham pada perjuangan yang diagung-agungkan. Apatah lagi dengan bebanan amanah yang telah dipertanggungjawabk an, sedangkan dia sedar, siapa dirinya yang sebenarnya. Masih jauh dari rasa layak untuk memikul sebuah percaya.

Dan apabila urusan kerja itu tidak menjadi seperti yang diharapkan, sering kali rasa tidak puas hati itu berkumpul sendat di kepala. Memeningkan. Dan melemahkan gerak kaki untuk bekerja. Lantas mencipta amarah yang terpendam. Pada mereka yang senang-senang memilih dirinya untuk beban dan kerja itu.


Gadis itu. Kerap kali tersungkur. Dalam langkahnya mencari kamilah. Tidak sedikit lontaran kata berbisa yang dilemparkan kepada mereka itu, yang membawa dirinya mengenal jalan ini. Tidak sedikit nista yang dicipta pada langkah dan gerak kerja. Kerana dirinya masih ada rasa tidak percaya, rasa tidak layak untuk sebuah tugas.

Dan gadis itu terus memberontak. Dan Allah itu Maha Mendengar.

Memohon hidayah dan petunjuk dari DIA, agar di landasan juang ini, ada kamilah itu. Meminta cahaya dariNYA. Agar di kehidupan yang telah dipilih ini, ada kamilah itu. Meminta dan terus meminta.

Allah itu Maha 'Alim dan Maha Adil. Pengkabulan hajat dan doa dalam bentuk yang berlainan. Bersulam ujian demi ujian. Hampir-hampir sahaja dirinya tergelincir. Andai tidak disuluh akhirnya dengan pertolongan Allah SWT. Didatangkan olehNYA seorang lelaki. Syeikh Kabir. Yang menjelaskan perihal diri seorang pejuang.

�Anakku. Jalan ini jalan yang panjang. Perlu punyai bekalan yang mencukupi agar tidak terhenti di pertengahan. Bekal itu adalah ilmu, faham dan keikhlasan. Pilihanmu pada jalan ini adalah tidak salah. Yang salah, apabila engkau berhenti kerana mahu memperbaiki diri. Sedangkan engkau meninggalkan saudara-saudaramu tenggelam dalam arus duniawi.�h

�Anakku. Tarbiyah dan dakwah itu mesti seiringan. Dan mesti seimbang. Perbaikilah dirimu dengan tarbiyah ilmu dan kefahaman. Dan perbaikilah masyarakatmu dengan amal dakwah dan kasih sayang. Dan berusahalah untuk ikhlas. Kerana ia kunci kepada nafas-nafas yang panjang.�h

�Anakku. Jalan ini jalan Rabbani. Jalan agamaNYA. Jalan yang tidak memerlukan kita, sebaliknya kita lah yang memerlukannya. Jika kita berhenti dari jalan ini, DIA pasti akan mendatangkan satu golongan manusia yang lebih hebat, lebih berkasih sayang dan golongan yang menang. Jika kita berhenti, kita lah yang rugi. Sedangkan DIA tidak memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk-makhlukNYA� h

�Anakku. Jalan ini telah menyaksikan ramai yang gugur. Kerana kesilapan pada langkah bermula. Kerana tidak memahami tujuan dan matlamat untuk dirinya berada di jalan ini. Kerana telah lelah, dengan beban kerja dan amanah. Kerana dia terlupa untuk meminta kekuatan dariNYA, yang telah memilih dirinya.�h

�Anakku. Inilah satu-satunya jalan menuju ke syurga. Dan syurga itu dikelilingi oleh al hawaa dan ad dunya. Dan hanya DIA yang memiliki kuncinya. Maka janganlah berhenti untuk berdoa meminta kunci. Kunci hidayah. Yang disampaikan DIA kepada mereka yang benar-benar meminta.�h

Dan sehingga kini, gadis kecil itu benar-benar berterima kasih kepada dia. Dan bersyukur penuh ke hadratNYA. Kerana bicara dua jiwa itu telah mempertemukanmya dengan kamilah itu.

Dan sehingga kini, gadis kecil itu tidak pernah berpaling lagi. Walau beribu ujian yang datang menghalang, langkah kaki ini tetap diteruskan. Walau lemah lelah dengan kerja dan amanah, dia masih bertahan.

Kerana dia mengerti. Itulah sunnatullah pada medan kehidupan yang satu ini. Kehidupan yang penuh dengan ranjau berduri, berliku dan derita. Kehidupan yang di akhirnya ada bahagia.

Kehidupan para nabi, sahabat, solehin dan syahidin.

Dan bicara semalam telah membuka semula lembaran satu sejarah itu. Sejarah yang sama dalam diri mereka, yang memahami tuntutan dakwah dan perjuangan. Dan mereka juga bakal tergelincir. Jika tidak dipandu dengan cahaya pertolongan dariNYA.

Dan aku terfikir-fikir kini. Bagaimana pantas jawapan yang terbaik buat mereka, jiwa-jiwa yang mahukan kemenangan. Agar jangan sampai tersadung di pertengahan. Agar jangan sampai berhenti.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (Muhammad: 7)

Duhai jiwa-jiwa yang mahukan kemenangan,

Pertolongan itu sebenarnya hanya dari DIA. Disampaikan kepada hamba-hamba yang dipilihNya. Maka hendaklah sentiasa merendahkan diri mengangkat tanganmu. Memohon doa dariNYA. Supaya sentiasa ditolong. Supaya sentiasa dipilih. Untuk menerajui hidup sebagai penolong agamaNYA.


Dan kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
[QS3:185
Terima kasih YA ALLAH... terima kasih kerana meletakkan aku dalam perjuangan ini... meletakkan aku disini... meletakkan aku pada saat ini... Alhamdulillah...

Tuesday, May 13, 2008

:: sahabat ::

Kini ku disini:: S.M.  A.L-I.T.Q.A.N

::alam persekolahan::

Ya Allah... Ampunilah dosa-dosaku, ampunilah dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku, ampunilah dosa abang-abangku (emanuddin, naziran), adik-adikku (azilah, rafik, ayu, farah, wani, hanif, nazahan), ampunilah dosa-dosa atuk-atuk dan nenekku, ampunilah dosa-dosa saudara maraku ...

Ya Allah, ampunilah dosa kawan-kawanku, ampunilah dosa sahabat-sahabatku, ampunilah dosa teman-temanku,Ya Allah... engkau satukanlah hati-hati kami dalam rahmat dan kasih sayangMu... Kami mendambakannya Ya Allah, Kami merinduinya Ya Allah, kami dahagakannya Ya Allah, kami perlukannya Ya Allah... Pimpinlah hati-hati kami untuk dekat padaMu, untuk berjuang pada jalanMu... Untuk memahami hakikat dan erti kehidupan...

Ya Allah... janganlah engkau jadikan kehidupan dunia ini matlamat kami yang tertinggi, janganlah engkau lalaikan dan sesatkan kami di alam yang fana ini... matikanlah kami dalam husnul khatimah...

Ya Allah...Engkau Maha Mengetahui Ya Allah, mengetahui apa yang aku tidak ketahui, mengetahui apa yang terbaik buat kami, mengetahui apa yang akan berlaku pada kami selepas ini... Janganlah engkau palingkan hati kami dari petunjuk dan pengetahuanMu..

PadaMu ku berserah... padaMu ku mohon pertolongan...

::rehlah makan durian = kebun pak sarip::

Ya Allah... janganlah engkau palingkan hati kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami, rahmatilah kami, peliharalah kami... Moga terus istiqamah, TSABAT di jalan ini...


::teman satu pengajian::


Monday, May 12, 2008

:: Tafsir :: Surah At-Takathur

Surah Takathur diceritakan di dalam Al-Quran di dalam dua bentuk, iaitu amwaal dan/atau awlaad. Kedua-duanya bermaksud kelalaian dari mengingati Allah dan Allah turunkan surah ini adalah untuk memperingati manusia dari kelalaian dan seharusnya kita mengingati Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh kita.


Di dalam surah At-Taubah ayat 69 [9:69] kita sepatutnya mengambil pengajaran dari orang yang hidup sebelum kita, seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran tentang kaum-kaum yang lalu. Mereka memiliki kekuatan, kekayaan, dan kuasa. Tetapi mereka akhirnya dimusnahkan oleh Allah akibat kesombongan dan juga akibat kebiadaban terhadap rasul Allah, apatah lagi mereka langsung tidak bersyukur dengan apa yang mereka terima.


Seperti kita hari ini, kita mempunyai hidup yang mewah, makan, pakai dan tempat tinggal yang mewah tetapi sekiranya kita tidak bersyukur, kita hanya seperti kaum-kaum yang dahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah. Kita semua sepatutnya ingat yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan tiada yang kekal. Dan akhirnya kita semua akan menjadi orang-orang yang rugi! Nauzubillah..


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [30:9]



Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. [40:82]


Di dalam ayat pertama surah ini, Allah menggunakan perkataan LAHA, yang bermaksud lalai, leka, sesat, berpaling, terlupa, bermain-main [sila cek di dalam kamus arab]. Sementara itu LAHWUN, bermaksud, apa-apa perkara atau benda yang menyebabkan manusia leka kepada perkara yang lebih penting atau perkara yang serius. Perkataan ini juga digunakan di dalam ayat-ayat lain di dalam Al-Quran seperti di dalam: [6:32], [6:70], [7:51], [21:17], [24:37], [63:9]


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [63:9]

Tujuan utama manusia diciptakan ialah ibadah kepada Allah iaitu melakukan perkara yang di suruh, dan meninggalkan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56] Dan hasil daripada ini, maka manusia itu akan bertaqwa kepada Allah, iaitu memelihara diri dari melakukan perkara yang dimurkai-Nya. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa [2:21] dan akhirnya manusia itu akan mencapai kejayaan [falah] yang diidamkan oleh semua manusia yang beriman kepada Allah, kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[2:189] Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]


Semua ini sangatlah penting dan perlu diingatkan selalu di dalam hati kita bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya dan akhirnya kita akan mencapai falah yang hakiki. Apa yang ada di dunia ini hanyalah mampu menyesatkan dan melalaikan kita dari tujuan asal kita diciptakan, dan hanya orang yang selalu mengingati Allah sahaja yang akan mampu melawan segala godaan dunia.


Perkataan JAHEEM di alam surah ini agak ’menarik’ sekali. Kaitan dengan perkataan TAJAHHAMA membawa maksud Allah akan membakar/menyeksa di dalam neraka Jaheem dengan tidak ada belas kasihan sedikit pon, atau dalam erti kata lain Allah telah membalas perbuatan manusia akibat ketamakan dan perasaan sombong itu, dan Allah juga akan ’rasa tamak’ untuk membalasnya, dengan cara Allah tersendiri. Nauzubillah..



(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [9:35](Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]


Sumber: www.quranicteachings.co.uk

Terjemahan Oleh: Cahaya Pembela

Perpustakaan Hamzah Sendut II

Lunch hour ; 13.44 pm

Friday, May 9, 2008

::SPAQ::

30 April 2008 - kelas spaq kali ini membicarakan berkaitan kebangkitan Eropah dicaleh keagungan tamadun islam; sekular sebagai pemangkin utama... Apa yang ingin diperingatkan buat diri adalah berkaiatan beberapa soalan-soalan kritikal yang dihighlightkan dibawah... ayuh selongkar satu persatu... :: setiap kejayaan perlukan pengorbanan, setiap pengorbanan perlukan kesabaran dan kesungguhan ::

Kebangkitan Eropah dicelah keagungan tamudun islam; sekular sebagai pemangkin utama

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

BA (Hons) Engineering University Of Malaya

SRI Al Islah Pulau Pinang


Penelitian kebangkitan bangsa Eropah (Slav/Saxon) adakalanya dikaitkan dengan suatu kebangkitan yang penuh isolasi, tidak terpengaruh dengan mana-mana tamadun luar, berdiri dengan secara tiba-tiba bangkit menjajah dan mendominasi benua-benua lain. Penelitian sebegini yang bersifat partial dan tidak menyeluruh beerkemungkinan berasaskan sikap berat sebelah dalam menilai erti influensi luar dalam satu-satu tamadun. Sikap memandang rendah pengaruh tamadun islam ke dalam dunia Eropah juga mempengaruhi.


Erti perkataan 'kebangkitan' yang penulis kemukakan adalah lebih menjurus kepada erti pengupayaan semula bangsa Eropah selepas beberapa abad malap selepas kehancuran Hellenistik (akibat fahaman sofisme yang membunuh idealisme tamadun yunani), Kejatuhan Empayar Rom1 serta perpecahan Gereja Katholik Rom kepada beberapa Gereja yang bersifat lokal dan tidak berpusat lagi. Lebih kurang bermula pada abad ke-5 M sehinggalah kepada 1453M iaitu pembukaan Konstantinopel (Istanbul) oleh Turki daripada tangan Rom Timur (Byzantine).

Selepas kejatuhan pembukaan Kota Konstantinopel oleh tentera islam, masyarakat Eropah (bangsa Rom terutamanya) merasa amat terhina, terkejut dan risau akan keselamatan dan hala hidup mereka padaa masa akan datang. Maka bermulalah internal pressure (internal force) yang menyaksikan kebangkitan intelektual barat yang mula meninggalkan kerangka Gereja yang menyekat kebangkitan indera mereka untuk bangun. Penyelewengan ajaran Bible yang menghasilkan masyarakat yang amat kaku, paderi yang menjuarai pemerintahan, topik keilmuan lebih kepada teokratik yang lesu serta peranan tuhan ( gesta Dei) yang menhapuskan nilai kudrat manusiawi. Ironinya penyakit jabariyyah ini akhirnya menjangkiti juga sejarah peradaban islam sehingga menghancurkan empayar Uthmaniyyah.

Di sini penulis cuba membandingkan pemerintahan Islam di Andalus yang lebih lama berbanding dengan kebangkitan bangsa Portugis yang kemudiannya bertindak menyerang banyak negara umat islam trmasuk memusnahkan empayar melaka. Portugis dan bangsa Sepanyol telah lama di bawah pemikiran Kristian Visigoth dan mereka cukup gentar dengan bangsa Barbar (Jerman/ Afrika Utara). Mereka dipaksa menganut fahaman Kristian Aryanisme (bangsa Jerman) yang berlainan dengan gereja Rom (Khatolik). Pada tahun 711M Andalus yang meliputi Portugis dan Sepanyol telah ditadbir oleh gabenor Bani Umayyah2 yang berpusat di Damsyik. Andulus kemudiannya ditadbir oleh Abdur Rahman ad-Dakhil yang membawa pusat pemerintahan Umayyah dari Damsyik ke kota Cordova. Bermulalah pemerintahan Amir (bukan Khalifah kerana Khalifah pada waktu itu ialah di Baghdad) Umayyah dan Andalus. Pada 1492 Andalus yang diperintah oleh raja kecil Bani Ahmar telah kalah dengan beberapa siri peperangan tentera Kristian dan bermulalah kebangkitan bangsa Portugis.

Boleh dikatakan bermula era abad ke-15, Portugis dan Sepanyol telah bebas dan ingin keluar mencari kekayaan, pengaruh dan kekuatan. Renaissance3 iaitu kebangkitan seni dan teknologi barat hanya berlaku sekitar pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17. Jadi kekuatan Eropah untuk keluar dari cengkaman Andalus bermula pada period berkenaan. Dan tidak juga dilupai antara faktor kemarahan dan kebangkitan Eropah adalah selepas peristiwa penawanan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al Fatih daripada tangan Rom Timur pada 1453. Ringkasnya pada pertengahan abad ke-14 dan pada penghujung abad ke-15, Eropah mula bangun. Andalus adalah empayar yang menjadi perantaraan penting tamadun Islam dengan negara-negara kecil Kristian pada waktu itu. Barat mempelajari ilmu teknologi dan kehidupan daripada khazanah Hellenistik melalui bahasa Suryani4 di Andalus.

Akhirnya Sepanyol membuka Amerika latin dan Amerika Tengah. Portugis menguasai Brazil (Amerika Latin) dan Goa. Kemudiannya di Omuz seterusnya ke Melaka. Pada abad 1511 (abad ke-16) Portugis menghancurkan pusat islam di Tanah Melayu. Perlu diingatkan kebangkitan Portugis yang pesat itu hanya baru berusaha 515 tahun (1492-2007). Manakala Islam membina tamadun dan memerintah Andalus lebih kurang 781 tahun !! (bermula 711-1492). Islam juga menguasai Baghdad berkurun lamanya. Begitu juga dengan Empayar Mughal dan akhirnya Empayar Uthmaniyyah yang juga lebih daripada 600 tahun usianya.

Gambaran fakta ini memberi kita suatu persoalan,

  • Mengapakah kebangkitan barat begitu memecut dengan pantas?

  • Bagaimana mereka begitu sabar mengumpul keilmuan islam di dalam masa naungan islam sehingga bersedia menyerang kembali umat islam?

  • Apakah yang terlalu bernilai dengan Konstantinopel sehingga peristiwa kejatuhannya itu untuk memutuskan semangat Eropah sebaliknya selepas itu mereka berjaya memusnahkan negara Islam di Timur terutama di India dan tanah Melayu?

  • Revolusi Politik Eropah (Enlightenment) hanya berlaku pada abad ke-17 - 18 dan sehingga kini hegemoni dunia masih dipegang oleh Eropah (Abad ke 21) iaitu bermakna 300 tahun sahaja !!

  • Betapa seni dan bersatunya golongan barat tidak mengira gerakan Freemason, Kristian Ortodoks, Atheis dan sebagainya untuk menjahanamkan hegemoni Islam terakhir iaitu Turki Uthmaniyyah.

  • Bagaimana resepi sekular yang bermula pada era Reneissance (Abad ke 14), diteruskan pada era Reformation (Abad ke-16) yang mempersoalkan kredibiliti Paderi dan Bible hingga zaman Revelusi Politik Eropah (Abad ke-17 - 18) serta Revolusi Industri (Abad ke 18) telah berjaya mendominasi golongan islam yang masih beragama? Apa masalah penganut Islam yang masih tegar dengan elemen fundamental (golongan usuliyyin) hingga kalah dengan sekular dalam masa yang amat pendek. Di mana justifikasi wahyu sebagai sumber kekuatan umat islam.

Di dalam penulisan yang lain, penulis berminat untuk megupas beberapa persoalan di atas agar kita dapat menilai dan membuat pertimbangan antara dua dikotomi sumber pemecutan tamadun. Antara Skularisme dengan Wahyu ketuhanan.


::struggle::

Dalam merentasi perjuangan islam, kita perlu meneliti diri dari semasa ke semasa agar kita dapat melihat dimanakah kita dalam menghayati dan menta'ati nilai ajaran islam yang menjadi intisari da'wahnya kepada masyarakat. kita harus meneliti dimanakah kita dalam persoalan iltizam dan comittment terhadap islam supaya kita tidak tergolong di kalangan orang yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam firmannya:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al-Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?."

(Surah Al-Baqarah 2:44)

Agar amal dan usaha kita tidak menjadi sia-sia dan tergolong dalam golongan orang-orang yang disifatkan oleh Allah dalam surah Al-Kahfi:

"yaitu orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya"

Orang-orang yang benar-benar rugi menurut neraca islam di hari Akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak berjaya menyelamatkan dirinya dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya. Sebaliknya orang-orang yang benar-benar beruntung mengikut neraca Islam ialah orang-orang yang berbuat baik terhadap diri mereka dan membebaskannya dari api neraka.Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, megapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu lakukan."

(surah As-Saff :2-3)


::Raudhatul Mahabbah::



Rudhatul mahabbah = taman kasih-sayang, taman idaman buat diri-diri yang merindui rasa bertuhan, merindui rasa ketenangan, mendambakan secebis kasih dan sayang berukhwah atas dasar kerana Allah... Begitulah apa yang diimpikan dalam hati kecil setiap diri... kepuasan, ketenangan, kebahagiaan itu fitrah bagi setiap manusia... walau sehebat mana pun, walau sekaya manapun, walau semiskin mana pun, walau sejahat manapun, walau apa jua... itulah yang sering terdetik dalam diri-diri manusia... juga setiap apa yang diciptakan oleh tuhan kita.


:: diawal perpindahan RM 97-19-5 ---> 97-7-3 ::

................................................................................................................................................

::khazanah buku-buku RM::

KABINET MALAYSIA 2008

Senarai pemimpin-pemimpin yang memimpin malaysia, nakhoda-nakhoda yang diberikan amanah untuk memimpin negaraku. Laksanakanlah dengan penuh amanah, penuh keikhlasan penuh kasih sayang. Kerana itu fitrah manusia, tak kira muslim or non... Buat baik dibalas baik, buat jahat akan dapat balasannya... kalau tak pada kita, pada apa yang kita sayang ; anak-anak kita, family kita, perniagaan kita n so on so forth.

::KABINET MALAYSIA 2008::


Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI Menteri : Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Zaid Ibrahim (senator), Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan : Datuk Johari Baharum Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator) Timbalan : S K Devamany Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar, Timbalan : Datuk Chor Chee Heung, Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN Menteri : Datuk Ong Tee Keat, Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed, Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui, Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor, Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan : Datuk Liew Vui Keong, Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Menteri : Datuk Mustapa Mohamed, Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad, Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein, Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal, Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Menteri : Datuk Dr S Subramaniam, Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili, Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Menteri : Datuk Ong Ka Chuan, Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew, Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN Menteri : Datuk Seri Najib Razak, Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim, Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob, Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN Menteri : Datuk Liow Tiong Lai, Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI Menteri : Datuk Noh Omar, Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen, Timbalan : Noriah Kasnon


KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung, Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

Loading...

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq