::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 28, 2008

:: Ambang Merdeka ::

Tentatif Program FORCE 313


Tarikh : 30-31 Ogos 2008

Tempat : Lebuh raya pantai Butterworth

Bil peserta : 40 orang ( Dijangka akan bertambah )

Masa

Aktiviti

6.00 pm- 7.30 pm

Berkumpul di masjid USM dan bertolak ke Masjid Kubang Buaya, Bagan, Butterworth

7.30 pm-8.30 pm

Sampai dan solat maghrib di Masjid Kubang Buaya,

8.30-12.00 am

Sesi penerangan perjalanan program di lapangan dan pembahagian kumpulan.

12.00 -5.00 am

Bertolak ke lebuhraya pantai Butterworth

5.00 am-7.30 am

Kembali ke masjid Kubang Buaya dan sesi postmortem

7.30 am

Bertolak balik ke USM

Maklumat tambahan boleh rujuk pada artikel Force-313

Force-313

Dakwah umat Islam seharusnya disampaikan di lapangan masyarakat dalam meningkatkan keberkesanan serta menambah pengalaman. Sentiasa berada dalam zon selesa menyebabkan umat Islam hari ini pandai berpidato di dalam dewan-dewan kuliah, menghentam meja di kedai-kedai kopi, tetapi permasalahan umat Islam masih di takat yang membimbangkan tanpa sebarang pembaikan. Uslub (cara-cara) dakwah umat Islam sepatutnya lebih realistik serta sampai kepada golongan masyarakat yang memerlukan bimbingan serta didikan Islam yang sempurna. Pendekatan Rasulullah s.a.w. dalam berdakwah merubah masyarakat pemikiran dan sosial masyarakat Arab jahiliah melalui turun ke akar umbi (grassroot) masyarakat seharusnya digunakan dalam gerak kerja dakwah pada hari ini dalam memaksimakan makna dakwah tersebut.

Seringkali kita lihat poster-poster dan risalah-risalah yang mengharamkan budaya bercinta terutama kepada golongan remaja. Sebaran-sebaran ini kadang-kala tidak sampai kepada remaja-remaja yang disasarkan malah pengisian dalam sebaran-sebaran ini mungkin tidak dapat dihayati dan diterima sepenuhnya oleh masyarakat. Melihat kepada situasi ini, ditambah pula dengan tarikh sambutan Hari Kemerdekaan yang semakin dekat, PPMUSM sebagai gerakan pelajar telah diamanahkan untuk menguruskan mana-mana pelajar kampus yang berminat untuk menyertai Force-313 Dakwah Malam Merdeka yang akan dijalankan pada 30 Ogos 2008.

Force-313 mengambil semangat 313 orang tentera Islam dalam yang pertama iaitu Perang Badar. Namun, program ini bukanlah berorientasikan penguatkuasaan atau penangkapan mana-mana pasangan yang berdua-duaan pada malam tersebut, tetapi lebih kepada kaunseling serta mendekati dari hati ke hati golongan ini. Program ini diharapkan dapat mengurangkan aktiviti maksiat serta tidak bermanfaat dan bukanlah untuk menghukum atau memalukan mana-mana pihak. Program ini juga disertai oleh semua NGO Islam Pulau Pinang dalam mewujudkan kesedaran para penggerak gerakan Islam untuk turun ke lapangan masyarakat dan bergerak kerja dakwah terus kepada golongan masyarakat yang disasarkan.

Pendaftaran di peringkat kampus boleh dilakukan dengan menghantar NAMA, NOMBOR TELEFON, dan WAKIL PERTUBUHAN kepada saudara Saiful Afindi Sulaiman di 013-9900138 atau saudari Fairuz Liyana di 019-4450464.

Semoga sahabat-sahabat diberi kelapangan untuk sama-sama turun ke masyarakat akar umbi serta memahami keperluan masyarakat semasa. Wassalam.

Daripada Masyarakat Kepada Masyarakat

No comments:

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq