4 November 2008 - Selasa (Rumah Mc Fariha), bersiap seawal pagi untuk bantu mc fariha buka Tadika Amal. Ajar adik-adik baca jawi dan bercerita sementara tunggu cikgu sha dan cikgu ju datang( tak boleh buka tadika awal sebab kena p hospital). Pas tu hantar mawaddah p Tadika Amal cawangan satu lagi then bertolak ke tadika amal di Bertam untuk bincang ngan mc Yati pasal program untuk adik-adik masa cuti sekolah, cara nak uruskan childcare n kanak-kanak. Banyak tips yang dapat =). Then petang bersiap p Komtar untuk meeting ngan Jawatankuasa Pembangunan Wanita. ---> uruskan kanak-kanak yang bersih dari virus, uruskan duit untuk pembangunan rakyat, uruskan kanak-kanak (7-12 tahun) dari pelbagai kaum (cina, melayu dan india), usaha untuk bantu 'single mother', anak-anak kurang mampu dan terabai : Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan amanah ini, amanah yang azali pun masih lagi termengah-mengah... Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, maafkan atas kekhilafan dan kesilapan yang aku lakukan...
3 November 2008 - Isnin, bersiap p komtar utk bincg detail pasal childcare, then bertolak p Kompleks Kailan,kepala batas untuk jumpa mc fariha :: temui karenah manusia yg pelbagai ( dalam bas, di kompleks beli belah, tepi jalan, atas feri, stesyen bas, mereka yang diatas, mereka yang mengikut, mereka yang lemah, mereka yang dibawah, mereka yang berpendidikan tinggi tapi kefahaman rendah, dll). Ya Allah... pimpinlah kami ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus, bukan jalan orang yang zalim dan bukan pula jalan org yg sesat. Sesungguhnya kami tidak mengetahui Ya Allah. Berikanlah kekuatan pada mereka yang faham untuk menegur kami dan membawa kami ke jalan yang benar, agar tidak membiarkan kami terus dalam kesesatan dan kezaliman. Ya Allah tetapkan hati dan iman ini ya Allah. Diri ini sering memberontak, menangis, merintih bila berhadapan dengan kemungkaran dan perlakuan melampau manusia. Ku cuba sedaya upaya semampu yang mungkin untuk berhadapan menghadapinya.
2 November 2008 - Ahad, bersiap seawal pagi.. rancangnya nak beli nasi lemak kat bawah (tolong mak cik jual nasi lemak), last tukar planning p makan nasi lemak ngan adik di restu lepas jumpa mcf. Demam exam pelajar USM sekarang ni... sampai tak kuar bilik. Ada yang 'stado'... huhu...kuatkan azam, tingkatkan fokus. Amanah mak juga ayah, walau kita belajar dalam 'exam oriented', sistem kapitalis, berunsur dan berasaskan sekular. Dapat kad undangan kahwin dari seorang bekas teman seperjuangan karisma pulau pinang. Tahniah diucapkan, moga dengan penyatuan ini melancarkan lagi gerak kerja dakwah antunna. Amin. Pastu petang p kelas Tafsir Dr Daniel. Tafsir surah An-Najm ayat 52-58, serta sedikit kupasan pasal usul ke4 dalam rukun yang pertama, Faham. Lepas kelas, tak jd p umah k.lilis untuk ziarah baby boy baru n bincang pasal childcare sebab da lewat.
1 November 2008 - Sabtu , dari restu ke Raudhatul Mahabbah... Ada Interfaith Dialogue jam 2. Tapi kena p jam 11 sebab speaker, projektor n bahan2 untuk guna ada kat RM. Sebelum p bersiap untuk pameran karisma (prepare bahan edaran n buku2 untuk non-muslim). Bantu k.dila prepare utk jd mc petang tu. Alhamdulillah... berjalan lancar... masa meeting ngan YB Ong, ada jugak antara AJK pembangunan wanita yang non-muslim menyuarakan rasa kecewa sbb x dpt hadir dialog ni. Mereka janji wajib datang untuk program akan datang. Dibawah sedikit laporan:
::antara Ahli Panel yang hadir::
::hadirin dan sesi soal jawab::
_____________________________________________________________________
Salam.
Alhamdulillahirabbi l alamin. Dengan izinNYA jua, Interfaith Dialogue : Women In The Eyes of GOD,where do they stand, telah dapat berjalan dengan lancar di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru pada siang tadi, 1 Nov., Sabtu, jam 2.15 -5.30 petang.
Ianya telah dirasmikan oleh YB Ong Kok Fooi, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Komuniti, Belia dan Sukan Kerajaan Negeri.( Sebelum pulang, YB Ong sempat menyatakan kesediaan pihaknya untuk menjadi Co-Organizer' dengan JIM bagi program-program seumpamanya di masa akan datang...).
Dialog yang bermanfaat tersebut telah dapat menarik minat hampir 100 orang dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa dengan menampilkan 4 orang ahli panel:
i. Dr Marina daripada Young Women’s Christian Association
ii. Ven. Lee Yew Kuan daripada Malaysian Buddhist Association
iii. Peguam V.Amareson, Pengerusi 'Propagation Committee' Penang Hindu Sangam
iv. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj daripada Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( pada masa 'mail' ini ditulis, dalam penerbangan pulang ke KLIA, semoga selamat tiba, InsyaAllah ).
Dialog tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Munirah Ghazali.
Perbincangan berlangsung dengan penuh harmoni dalam tempoh 2 jam 30 minit beserta dengan soal jawab daripada hadirin.
Rakaman Dialog sepenuhnya telah dibuat oleh KRJ Motivation. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salinan CD rakaman dialog, boleh lah berhubung dengan Sdr.Shahidan di no. tel.bimbit : 0194757447.
Di kesempatan ini, Wanita /JIM Pulau Pinang selaku penganjur bersama DMM JIMPP dan JIM Timur Laut serta mendapat kerjasama mantap daripada KARISMA USM dan KRJ Motivation ingin merakamkan ucapan Jazakumullah khairan kathira kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langung dalam menyumbang tenaga, wang ringgit, masa dan doa yang berpanjangan bagi memastikan dialog ini dapat dilaksanakan. Semoga Allah swt. menerima amal kita, InsyaAllah.
Wassalam.
Mardiana
Wanita JIM Pulau Pinang
_____________________________________________________________
No comments:
Post a Comment