::mak tengah blue kurung with mak su, mak cik, che ngah::
-raya 2009-
Ini adalah kisah mengenai Nilai kasih Ibu.
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
_______________________________________________________________________________
Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:
رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة
Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”[1][1] Sahih Muslim bawah bab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab
*************************************************************************
Air mata ibu mengalir,
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran.
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir
ceria memekar taman jiwa.
Segala puncak seng sara hancur semerta,
selamat zuriat melihat dunia...
Air mata ibu menitis lagi,
bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah,
kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...
Hari itu,air mata ibubergerimis lagi,
bukan kepiluan tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan
tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...
Takdir tuhan siapa menyangka,
harap panas bertahan
sang hujan bertamu ditengah laman...
Tika ini,air mata ibubergenang kelukaan,
hati tua robeksarat calaran,
permata kebanggaan hilang kilauan kemanusiaan,
didikan tinggi tiada pedoman,
akibat gelap hati iman harta nafsu jadi panduan...
Kemuliaan ibu,
hilang ditimbus padam,
insan mulia yang sarat pengorbanan
ditinggal gersang...
Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...
Bukan balasan jasa pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata
sementara jasad bersisa nyawa
biar tenang menutup mata...
"WAHAI TUHAN KAMI,AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI,KASIHANILAH MEREKA BERDUA SEPERTIMANA MEREKA MENGASIHANI KAMI KETIKA KAMI KECIL"
::with baby A'atif Zhafran::
Ibu,
Disebalik gelaran itu,
Tersimpan suatu rahsia
Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu
Ibu, Izinkanlah aku bercerita tentang Suka duka bersamamu...
Terlalu banyak kisah-kisah yang telah kulalui bersamamu.
Ibu, segala-galanya tidak akan luput dari Ingatanku sama sekali...
Ibu,kau begitu istimewa
Segala jasa dan pengorbananmu akan kukenang Sepanjang hayatku...
Ibu,
Tidak ternilai kasih sayang mumendidik dan menjagaku
Agar aku menjadi insan yang bijak dan berguna...
Ibu,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana aku telah dipertemukan dengan insan sepertimu...
Kaulah insan yang bergelar ibu..
Kau juga yang ku anggap sebagai sumber inspirasiku
Ibu,
Aku berjanji pada diriku
Untuk menunaikan tanggungjawabku
Untuk membalas budi dan jasamu
Agar kau senang dan gembira
Ibu,
Ampunkan segala dosaku
Jika ada kesalahan
Yang aku lakukan
Sehingga akhir hayatku
Ibu,
Aku berdoa pada Ilahi
Agar ibu diberkati selalu
Supaya kau ditempatkan di syurga
Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...
No comments:
Post a Comment