Bila kita berdisiplin dalam soal solat, sudah tentu kita akan menjaga soal kemanusiaan pula. Orang muslim yang benar-benar beriman tidak akan membazirkan masanya untuk perkara-perkara yang lagha atau melalaikan. Misalnya keluar berdating dengan pasangan yang belum sah atau belum dinikahinya. Maupun ber'sms' atau bergayut sehingga menghabiskan kredit beratus ringgit. Ataupun melepak tak tentu hala di merata tempat sehingga masa terbuang begitu sahaja.
Oleh itu, bagi mereka yang ingin menguruskan masa dengan baik. Peruntukkan masa untuk kegiatan yang bermanfaat dan mengurangkan kegiatan yang merugikan. Misalnya peruntukkan masa untuk :
1. Waktu solatApapun dalam mengurus pelbagai urusan kehidupan, anda kenelah ada 'organizer' atau 'diary' untuk mencatit butir-butir penting supaya tidak terlupa. Saya sering gunakan organizer ini untuk mengurus soal dateline, meeting maupun lain-lain aktiviti supaya tidak kelam kabut di kemudian hari.
2. Waktu kerja/bisnes/belajar/appointment/task
3. Waktu mengurus soal rutin (diri sendiri/rumah/family/anak)
4. Waktu membaca info berfaedah
5. Waktu membuat eksperimen/kajian/hobi
6. Waktu rehat/santai
7. Waktu ziarah/bersosial/aktiviti masyarakat
8. Lain-lain yang dirasakan sesuai
Optimumkan masa dan mininumkan pembaziran masa !
Biasanya anda boleh jadi orang yang berjaya apabila menguasai taktik 'master the art of time' sptmana yang mentor saya ajar. Sesetengah orang mungkin mengambil masa yang lama untuk membangunkan website ebiz, namun anda boleh buat kerja tersebut dengan singkat sekiranya sudah ada kemahiran sendiri. Di sini sudah boleh jimat masa bincang soal web, anda boleh buat keputusan sendiri dan fokus kepada soal marketing strategy lebih mapan.
Dalam soal bisnes, segalanya adalah mengenai keefisienan kita menggunakan sumber. Tak kiralah soal masa ataupun soal kewangan. Semuanya melibatkan kecekapan.
Apabila salah satu aspek spt masa kita mampu jimatkan masa bekerja dari 8 jam kepada 3 jam kerja tetapi hasilnya hebat dan sama. Maka kita sudah menguasai teknik yang saya sebutkan tadi. Mana lagi bagus, kerja 3 jam ataupun kerja 8 jam sehari ? Hasilnya sama saja. Ini satu kelebihan.
Ada banyak lagi teori yang dikemukakan dalam bab time management ini. Namun asasnya adalah anda perlu terlebih dahulu berdisiplin. Usah pandang enteng dengan masa yang ada, kalo boleh laksanakan kerja dengan baik dan tepat pada masanya, atau minimumkan pembaziran masa dengan perkara tak berfaedah sebaliknya maksimumkan masa dengan pelbagai perkara yang bermanfaat...
2 comments:
dikatakan solat dan puasa adalah satu latihan pengurusan masa, betul ke?
syukran. mohon share 8 tips tersebut
Post a Comment