::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 1, 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut





*LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air
lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air
dekat Laut Merah.*

*BOULDER, Amerika Syarikat (AS)* - Saintis-saintis di AS membuktikan
kebenaran kisah *Nabi Musa* membelah laut seperti yang diceritakan dalam
kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis */Carl
Drews/* dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati
fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

_Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan
menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel
terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut
di hadapan mereka._

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil
mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini
dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut
Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu
menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan
angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8
kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan
lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi
melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa
meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat
sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali
mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh */Jurnal
Public Library of Science ONE/*. - Agensi

http://www.red10.tk/2010/09/saintis-buktikan-nabi-musa-belah-laut.html

************************************************************************

Cuma persoalan saya, hipothesis yg dibuat oleh Carl Drews ni, untuk
'membelah' lautan tu, angin perlu bertiup selaju 100 km sejam, dan
dengan kelajuan angin seperti ni (macam taufan punya speed), boleh ka
manusia meredah angin selaju tu?
  Amir Effendy

MMA

******************************************************************

Assalamu 'alaikum
Memang jika suatu itu pelik, anda tak boleh pecahkan
semua pelik itu, kecuali terima sahaja pelik itu sebagai biasa.

contohnya jika kita pecahkan pelik seperti berikut
pelik = biasa + tahu + ajaib

maka terungkailah dua perkara iaitu "biasa" dan "tahu"
tetapi masih berbaki "ajaib" yang tidak ada beza dengan "pelik"

orang biasa kata pelik bin ajaib, tentunya sekarang kita bertemu
ajaib, iaitu bapa kepada pelik.

Jangan tanya pula bagaimana manusia boleh berjalan dengan ada
angin lebih 100km sejam, anda boleh pecahkan ini dengan
berkata mereka semua diterbangkan angin. Tetapi ini semua
membawa kepada datuk kepada pelik, bapa kepada ajaib.
entah berapa generasi pelik bin ajaib bin entah apa-apa?

Apakah kita tidak senang dengan penjelasan bahawa air itu
makhluk Allah yang patuh dengan peraturan Allah. Dan
segala tabiat, perilaku air itu telah Allah tetapkan ke atasnya
dan air itu patuh terhadapnya. Dan kita percayai perkara ini
telah tertulis di dalam kitab induk luh mahfuz. Maka salah
satu dari tabiat air itu ialah apabila nabi musa disuruh memukul
tongkatnya ke air (laut) maka mereka hendahlah memberi
laluan kepada mereka. Maka air itu menyisihlah ke kiri dan
ke kanan termasuk air yang ada dalam tanah.. Ini menjadikan
tanah dasar laut kering bukan berselut seperti biasa. Memudahkan
mereka melaluinya. Bagaimana angin laju boleh mengeringkan
tanah? tentu mereka masuk lumpur.

Anda tidak perlulah ambil bulat-bulat penjelasan saya.
Saya tidak melihatnya dengan mata, tentu ada versi lain
versi yang menjelaskan bentuk belahan air, yang tidak
menakutkan, dan tidak menjadi orang terpegun melihatnya.
Jika kejadiannya amat pelik tentu mereka terlupa bahawa
fir'aun mengejar mereka. Sebagaimana apabila Allah menurunkan
azab kepada umat terdahulu orang beriman disuruh lari dan di larang
dari menoleh ke belakang.

Allahu a'lam
Wan Hasbullah

No comments:

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq