::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, January 24, 2011

::Aku Cinta Allah::




“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada kami. Berkatilah kehidupan mereka dengan keberkatan berpanjangan dariMu. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Tuesday, January 4, 2011

::Pengurusan masa::

Dari segi manusia, pengurusan masa yang baik akan memberi kesan kualiti hebat pada hidup seharian. Memang kita dikurniakan 24 jam sehari untuk menguruskan masa dengan baik, malah lebih menarik dalam Islam kita perlu melaksanakan solat 5 waktu yang memang terbukti baiknya dari segi sains dan juga kesihatan. Solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya sudah menggambarkan betapa Islam ini mementingkan soal pengurusan masa. Dengan menunaikan solat kita sudah menegakkan tiang agama, sudah menjalankan kewajipan muslim/muslimat, seterusnya menjadikan seseorang itu yakin dengan rahmat dan rezeki tuhan.

Bila kita berdisiplin dalam soal solat, sudah tentu kita akan menjaga soal kemanusiaan pula. Orang muslim yang benar-benar beriman tidak akan membazirkan masanya untuk perkara-perkara yang lagha atau melalaikan. Misalnya keluar berdating dengan pasangan yang belum sah atau belum dinikahinya. Maupun ber'sms' atau bergayut sehingga menghabiskan kredit beratus ringgit. Ataupun melepak tak tentu hala di merata tempat sehingga masa terbuang begitu sahaja.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin menguruskan masa dengan baik. Peruntukkan masa untuk kegiatan yang bermanfaat dan mengurangkan kegiatan yang merugikan. Misalnya peruntukkan masa untuk :

1. Waktu solat
2. Waktu kerja/bisnes/belajar/appointment/task
3. Waktu mengurus soal rutin (diri sendiri/rumah/family/anak)
4. Waktu membaca info berfaedah
5. Waktu membuat eksperimen/kajian/hobi
6. Waktu rehat/santai
7. Waktu ziarah/bersosial/aktiviti masyarakat
8. Lain-lain yang dirasakan sesuai
Apapun dalam mengurus pelbagai urusan kehidupan, anda kenelah ada 'organizer' atau 'diary' untuk mencatit butir-butir penting supaya tidak terlupa. Saya sering gunakan organizer ini untuk mengurus soal dateline, meeting maupun lain-lain aktiviti supaya tidak kelam kabut di kemudian hari.

Optimumkan masa dan mininumkan pembaziran masa !

Biasanya anda boleh jadi orang yang berjaya apabila menguasai taktik 'master the art of time' sptmana yang mentor saya ajar. Sesetengah orang mungkin mengambil masa yang lama untuk membangunkan website ebiz, namun anda boleh buat kerja tersebut dengan singkat sekiranya sudah ada kemahiran sendiri. Di sini sudah boleh jimat masa bincang soal web, anda boleh buat keputusan sendiri dan fokus kepada soal marketing strategy lebih mapan.

Dalam soal bisnes, segalanya adalah mengenai keefisienan kita menggunakan sumber. Tak kiralah soal masa ataupun soal kewangan. Semuanya melibatkan kecekapan.

Apabila salah satu aspek spt masa kita mampu jimatkan masa bekerja dari 8 jam kepada 3 jam kerja tetapi hasilnya hebat dan sama. Maka kita sudah menguasai teknik yang saya sebutkan tadi. Mana lagi bagus, kerja 3 jam ataupun kerja 8 jam sehari ? Hasilnya sama saja. Ini satu kelebihan.

Ada banyak lagi teori yang dikemukakan dalam bab time management ini. Namun asasnya adalah anda perlu terlebih dahulu berdisiplin. Usah pandang enteng dengan masa yang ada, kalo boleh laksanakan kerja dengan baik dan tepat pada masanya, atau minimumkan pembaziran masa dengan perkara tak berfaedah sebaliknya maksimumkan masa dengan pelbagai perkara yang bermanfaat...

Monday, January 3, 2011

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.     
 Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
        sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku         bersih."

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini

        merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-         ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
        semua perkara kebaikan.

3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
        menenangkan minda.

4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
        penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
        sebanyak 3X.

5.     
 Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
        sebutkan.

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk

        diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
        sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

        senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
        hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif."
        Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan         sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

        kejahatan.

9.      Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,

        tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10.    Kekalkan wuduk.

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq