::MUTIARA HATI:: bicara buat diri-diri yang mendambakan kasih, keredhaan dan kebaikkan di dunia dan akhirat dariNya,... ::rindukan pertemuan denganNya ::
Monday, April 4, 2011
:: Dunia baruku =)
Buat suamiku..
*Suamiku ketahuilah, pada dunia kau cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, kaulah duniaku, juga akhiratku.
*Suamiku, aku mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekelilingmu..tp ketahuilah..untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah kau sia-siakan aku.
*Suamiku, aku tahu kau berhak mempunyai isteri selain daripadaku, namun ketahuilah bahawa aku tidak kuat dan aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan wanita yang lain..walau apa jua alasanmu..fahamilah…hanya engkau milikku..
*Suamiku, masakanku mungkin tidak sesedap masakan chef2 terkemuka, atau seistimewa hidangan di restoran kegemaranmu, namun ketahuilah..hatiku senang melihat kau menjamu selera menikmati setiap air tanganku.
*Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu..janganlah kau terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula kau gunakan ia untuk membinasakan ku di suatu hari nanti..tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..
*Suamiku, aku senang jika kau gembira dan aku sedih bila kau berduka.. namun, aku lagi senang jika kau tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku..usah berselindung dariku, usah berahsia denganku..kita hidup bersama dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.
*Suamiku, aku suka melihat kau tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu..namun, fahamilah..aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 1 akal..kadang2 aku leka, aku khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafanku itu, kau mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul…aku mohon agar kau boleh memaafkanku..
*Suamiku, aku isteri yang diciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi..bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk kau pijak.. kasihilah aku seadanya..
*Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran..aku cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.
*Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu..namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku…aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..
*Suamiku…walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu..dan aku harap kau juga begitu…jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang datang meggoda..jangan pernah lupakan aku yang senantiasa....
*Suamiku, engkaulah syurga bagiku,akan ku raih redhamu untuk mengecap nikmat syurga Allah..dan engkau jugalah yang pernah aku sayang dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu..fahamilah..tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita..kita hanya hamba Allah..dan hanya mampu merancang…ku harap jodoh antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya..moga2,dirimu lah suami yang pertama dan terakhir buat diriku ini…AKAN KURAIH CINTA DAN REDHAMU HINGGA KE SYURGA ALLAH..amin…
Terima kasih abg ats segala-galanya.
DR ISTERIMU
* Sayang Abang *
-Fazlul Huda Makhtar-
Friday, March 4, 2011
::RAMA-RAMA::
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?
Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?
Tuesday, February 15, 2011
::Perutusan Raja Sehari::
Buat kawan-kawan di Sekolah Rendah Alor Lintah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Kolej Mara Kulim (Matrikulasi), Universiti Sains Malaysia. Dijemput datang... bgtau dulu =)
Monday, January 24, 2011
::Aku Cinta Allah::
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada kami. Berkatilah kehidupan mereka dengan keberkatan berpanjangan dariMu. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
Thursday, November 4, 2010
Tuesday, November 2, 2010
::Cinta::
SAYA selalu membaca jawapan terhadap beberapa persoalan cinta di kalangan remaja dalam ruangan ini. Saya membuat kesimpulan bahawa bercinta itu adalah haram. Benarkah kesimpulan saya ini.
Baru jatuh cinta,
Bandar Baru Bangi.
Jawapan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor
www.bicarakalbu.blogspot.com
ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.
Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.
Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)
Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.
Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.
Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.
Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.
Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.
Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.
Jawapan disediakan pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor, dengan kerjasama Wanita JIM. Sebarang komentar boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com
::Ubat::
- Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
- Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
- Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
- Bernikah dan membina rumah tangga langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik.
Nak cari apa?
yang selalu duk click
-
Sebelum ini, banyak yang saya dapat tahu dari orang lain (lisan @ pembacaan), tentang bahayanya air pepsi, coca cola, 100plus dan segala m...
-
Setibanya aku dari kampung halaman (23/6-28/6) ke sempadan kedah-penang, aku mendapat berita dari ayah mi yang menyatakan ayah za'im sak...
-
09 10 2009 Buku baru ke 23 Beberapa perancangan : Menetap di mana2 tempat yang ada terbiyah yang konsisten .1 Dapatkan kerja tetap .2 Baitul...
-
"Pagi dah menjelma, bersinar suria... hari pun cerah Burung-burung pula terbang sini sana, menyanyi riang... Bila hari petang, burung...
-
—–Wahai Puteriku —- يا ابنتي Oleh: Ali Ath-Thanthawi Putriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah ...
-
SALAM RAMADHAN... Alhamdulillah da masuk hari ke4 kita berpuasa, apa perkembangan amal n kebajikan anda? sedikit perkongsian... SOLAT TAHAJJ...
-
Surah Takathur diceritakan di dalam Al-Quran di dalam dua bentuk, iaitu amwaal dan/atau awlaad. Kedua-duanya bermaksud kelalaian dari mengin...
-
SEJARAH TINGKATAN DUA Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sult...
-
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir te...
::wanita::
DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....
PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....
DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...
PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...
DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...
GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....









