::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Tafsir. Show all posts
Showing posts with label Tafsir. Show all posts

Monday, November 1, 2010

::Kedudukan al-Qur’an dan Kewajipan Kita::

Kedudukan al-Qur’an dan Kewajipan Kita Selepas Ramadhan



 
 
Oleh: Dr. Ahmad Abdul Hadi Syahin Hamudah
 
Oleh kerana peri pentingnya al-Quran di dalam kehidupan umat Islam, Allah telah memerintahkan nabi dan umat supaya berpegang teguh dengannya. Ini kerana al-Quran adalah sumber kemuliaan , ketinggian, kesucian, kepimpinan dan kemenangan umat. Firman Allah:

“Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus.  Dan Sesungguhnya Al Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab. (Az-Zukhruf: 43-44)

Umat akan terus kuat dan teguh di hadapan musuh selagi berpegang teguh dengan al-Quran dan petunjuk nabi saw. Di dalam hadith disebutkan sabda nabi saw:

“Aku tinggalkan kamu selagimana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iatu Kitab Allah dan Sunnahku”. (Muslim)
  
1.      Al-Quran adalah kitab hidayah

Firman Allah di permulaaan surah al-Baqarah:

“Alif laam miin. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. (Al-Baqarah: 1-2)

Firman Allah:

“Sesungguhnya Al Quran Ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, (Al-Isra’: 9)

Oleh itu al-Qur’an memberi petunjuk kepada orang yang baik dan orang yang sesat. Al-Quran memberi petunjuk kepada jalan yang betul dan jalan Allah yang lurus dan memimpin manusia kepada keredhaan Khaliq, kemenangan memperoleh syurga dan pembebasan dari api neraka.

Manusia di dalam kehidupan di dunia inginkan suatu panduan yang membawanya ke syurga. Oleh itu manusia mestilah memperolehi dalil (penunjuk) yang akan memimpin jalan ke arahnya. Dalilnya ialah Kitab Allah. Firman Allah:

"Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha: 123-124)

Justeru al-Quran memberi petunjuk kepada individu, keluarga, masyarakat, Negara dan dunia seluruhnya ke arah jalan yang betul dan memimpin bahtera manusia ke perairan yang aman dan daratan yang selamat sebagai ganti kepada system dunia, undang-undang ciptaan manusia dan falsafah manusia yang menjerumuskan mereka ke lembah kesesatan dan kerosakan.
 

2. Al-Quran adalah kitab cahaya
 

Firman Allah:

“(Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang”. (Ibrahim: 1)

Al-Quran adalah kitab cahaya yang menerangi hati dan jiwa, menerangi masjid-masjid dan kehidupan. Al-Quran umpama tenaga elektrik yang berguna kepada masyarakat untuk menyalakan lampu di rumah dan lorong-lorong. Justeru jikalau kita inginkan lampu jiwa (hati) itu menyala dan meneranginya, maka semestinya masyarakat itu berhubung dengan punca kepada cahaya. Alangkah indahnya sajak ini:

“Qur’an kita adalah cahaya yang menerangi jalan kita...Quran kita adalah api bagi orang yang melampaui batas
Qur’an kita adalah cahaya kepada orang yang inginkan hidayah dan petunjuk...Quran adalah api bagi orang yang melampaui batas lagi banyak dosa”.

Situasi paling sulit bagi manusia ialah bila hidup dalam gelap gelita sedangkan di sisinya terdapat punca kepada cahaya tetapi tidak mengingininya. Kalaupun mereka mengambilnya, mereka tidak menggunakan sepenuhnya atau tidak mengambil kebaikan darinya. Firman Allah:

“(Dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun”. (An-Nur: 40)
 

3. Al-Quran adalah kitab Kehidupan
 

Firman Allah:

“Dan apakah orang yang sudah mati, Kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?”. (Al-An’am: 122)

Contoh yang menunjukkan bahwa al-Quran menghidupkan umat dari kematian dan membangkitkan umat kepada kehidupan ialah pertempuran yang berlaku pada 10 Ramadhan. Pada pertempuran ini, umat keseluruhannya kembali kepada Allah, pemimpin, tentera dan rakyat di mana semua muslimin berada di masjid-masjid dan memenuhinya dengan doa di dalam solat khususnya semasa solat malam. Para tentera dan pengawal meninggikan suara dengan bertakbir iaitu ketika mereka di medan pertempuran, maka kilat bersinar terang tanda hampirnya kemenangan sebelum asar, kerana pemberi kemenangan dan perancangnya ialah Allah SWT. Firman Allah:

“Sungguh Allah Telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya”. (Ali-Imran: 123)

 Firman Allah:

“Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka”. (Al-Anfal: 17)

Firman Allah:

Dan Sesungguhnya tentara Kami Itulah yang pasti menang”. (As-Shoffat: 173)
 

4. Al-Quran adalah penawar segala macam penyakit
 

Firman Allah:

“ Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”. (Al-Isra’: 82)

Al-Quran adalah penawar kepada penyakit jiwa , penyakit peribadi dan social. Firman Allah:

“ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An’am: 125)

Kita tidak akan mendapati orang yang membaca al-Quran ditimpa penyakit jiwa sehingga dia merasa sempit atau bosan dengan hidup. Ini kerana al-Quran melapangkan dada, mententeramkan hati, menerangi jiwa. Bahkan pembaca al-Quran memperoleh iman yang kuat yang memeliharanya daripada kelemahan dan keruntuhan.

Imam Ibn Qayyim pernah berpesan: “Orang yang sentiasa mengambil petunjuk nabi saw di dalam makanan, minuman, sedar dan tidurnya tidak akan ditimpa penyakit melainkan penyakit mati atau penyakit yang ditentukan oleh Allah ke atasnya”. (Zadul Maad)

Oleh itu orang yang mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah Allah akan memelihara dirinya daripada sebarang penyakit, sentiasa memelihara semua anggotanya dan mengurniakan kesihatan dan perasan bahagia di dalam jiwanya.
 

5. Al-Quran sentiasa dijamin oleh Allah sebagai penyelesaian kepada semua permasalahan kita
 

Firman Allah:

“Dan kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”. (An-Nahl: 89)

Firman Allah:

“Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab”. (Al-An’am: 38)

Ajaran al-Quran mencakupi kehidupan secara menyeluruh dan mendalam. Apa jua permasalahan yang dihadapi pasti kita akan dapati ada jalan penyelesaian di dalam al-Quran atau Sunnah nabi saw. Sumber-sumber syariat Islam yang diambil oleh para ulamak adalah dalam rujukan yang tertinggi iaitu al-Quran dan As-Sunnah sehingga Abu Bakr As-Siddiq r.a pernah berkata:

“Seandainya tali unta saya hilang pasti saya dapati di dalam Kitab Allah”.

Tiada satu pun di dunia ini sebuah kitab yang terkandung ciri-ciri dan keistimewaan ini sehingga mampu menyelesaikan semua permasalahan hingga ke akar umbinya seumpama al-Quran. Bahkan dari segi perlaksanaan, hukum dan ajarannya tidak terdapat sebarang masalah. Semoga umat kita mengetahui nilai, kedudukan dan keistimewaan kitab ini yang merupakan sekuat-kuat senjata dan secanggih-canggih senjata. Seandainya umat kita mengambil petunjuknya pastilah ia akan memimpin umat kepada suatu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.

Al-Quran ialah kitab Allah yang kekal dan mukjizatnya bertahan sehinggan hari Kiamat. Memadailah Allah mewakilkan diriNya dengan menjamin bahawa al-Quran tidak akan berubah dan berpinda atau diseleweng dan ditokok tambah. Firman Allah:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya. (Al-Hijr: 9)

 
Kewajipan kita terhadap al-Quran
 

1. Keyakinan yang penuh bahawa kesejahteraan umat ialah apabila mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah

Kewajipan pertama setiap muslim terhadap al-Quran ialah mengimani dan menyakini dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang penuh di dalam hatinya, tersemat di dalam jiwanya dan tidak berbelah-bagi keyakinan ini bahawa kesejahteraan umat apabila mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Saidina Umar al-Khattab pernah mengistiharkan sejak dahulu dengan katanya:

“Sesungguhnya Allah telah muliakan kita dengan Islam. Seandainya kita memilih selain Islam untuk memperolehi kemuliaan pastilah Allah akan menghinakan kita”. (Al-Hakim)

Sabda nabi saw:

“Sesungguhnya Allah meninggikan suatu kaum dengan sebab berpegang dengan Kitab ini dan merendahkan yang lain”. (Muslim)

Allah mengangkat orang yang beriman dengan Kitab dan merendahkan orang yang menolak dan mengengkarinya. Allah telah mengangkat kedudukan para sahabat setelah mereka menerima ajaran al-Quran ke atas mereka dan merendahkan musyrikin setelah mereka enggan menerimanya.
 
 

2. Membaca dan bertilawah al-Quran

Kita hendaklah sentiasa menyantuni al-Quran ini di dalam majlis, masjid dan rumah kita. Jangan kita biarkan hari-hari yang berlalu dalam hidup kita melainkan kita sentiasa berhubung dengan al-Quran melalui pembacaan dan tilawah. Firman Allah:

“Dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan”. (Al-Muzzammil: 4)

 Firman Allah:

“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran)”. (Al-Ankabut: 45)

Sabda nabi saw:

“Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di hari Kiamat kepada orang yang membacanya”. (Muslim)

Sabda nabi saw:

“Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran di hari Kiamat nanti, bacalah, bertartillah sepertimana kamu bertartil semasa di dunia. Ketahuilah kedudukan kamu ialah seperti ayat terakhir yang kamu baca”. (Tirmizi)

Sabda nabi saw:
إن الذي ليس في جوفه شيء من القرآن كالبيت الخرب
“Orang yang tiada pada dirinya sesuatu (hafazan) tentang al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Tirmizi)

Justeru orang yang rela dirinya seperti rumah yang roboh umpama sarang burung yang memelihara haiwan-haiwan liar, syaitan dan jin. Ia sebenarnya dalam kegelapan dan keruntuhan sekiranya kosong daripada al-Quran.
 

3. Mentadabbur dan memerhatikan maksud ayat

Firman Allah:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya”. (An-Nisa’: 82)

Mentadabbur mana-mana ayat akan membantu untuk memahami dan mendalami tujuan Allah yang sebenar sehingga menyedarkan akal dan hati tentang keagungan dan kebesaran Allah.

Firman Allah:

“Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran” (Shaad: 29)

Firman Allah:

“Allah Telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, Kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun”. (Az-Zumar: 83)
 

4. Beramal dengan al-Quran di peringkat individu, keluarga dan masyarakat

Terdapat ayat yang khusus ditujukan kapada individu, ada ayat yang ditujukan kepada keluarga dan ayat yang ditujukan kepada masyarakat. Setiap ayat berkaitan dengan tanggungjawab masing-masing. Individu yang belum berkahwin dituntut melaksanakan al-Quran ke atas dirinya dalam perkara fardu, ibadah, pengetahuan tentang halal dan haram serta berakhlak dengan akhlak al-Quran. Firman Allah:

“Dan tiap-tiap manusia itu Telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah Kitab yang dijumpainya terbuka. (Al-Isra’: 13)

Firman Allah:

“Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri”. (Maryam: 95)

Terdapat ayat yang ditujukan kepada keluarga yang menyentuh persoalan wali yang merupakan ketua bagi sebuah keluarga. Sabda nabi saw:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan bertanggungjwab terhadap orang yang dipimpinnya. Setiap suami adalah pemimpin keluarga dan bertanggungjwab ke atas orang yang dipimpinnya”. (Tirmizi)

Oleh itu seorang suami mempunyai tanggungjwab yang besar terhadap isteri dan anak-anaknya. Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”. (At-Tahrim: 6)

Sebesar-besar kerugian yang menimpa manusia pada hari Kiamat nanti ialah orang-orang yang merugikan diri dan keluarganya. Firman Allah:
 

“Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat". ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata”.(Az-Zumar: 15)
 

Kita mohon kepada Allah supaya menjadikan kita termasuk orang bersama al-Quran.

………………….

Penulis adalah seorang pensyarah di Fakulti Usuludin dan Dakwah, Universiti al-Azhar

Sunday, October 17, 2010

Oleh: Dr. Muhammad Kamal
 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas penutup para nabi, pemimpin para rasul dan pembawa rahmat ke seluruh alam iaitu junjungan kita nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Adapun selepasnya;
 
Allah SWT telah menciptakan manusia, memuliakannya, meninggikan kedudukannya dan menyerahkan kepadanya suatu tugas agung iaitu beribadah kepada Allah semata-mata, melantiknya menjadi khalifah di muka bumi untuk memakmurkannya di atas manhaj Allah dan syariatNya dan Allah menguji manusia dengan memberikan pilihan, sama ada memilih iman atau kekufuran. Firman Allah: 
 
“Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir". (Al-Kahfi: 29)
 
Sama ada manusia itu mensyukuri nikmat atau meningkarinya . Firman allah:
 
“Sesungguhnya kami Telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir”. (Al-Insan: 3)
 
Oleh itu manusia memilih jalan di dalam kehidupan dunia ini sedangkan jalan ini adalah jalan yang perlu bersungguh-sungguh dan sentiasa bekerja keras. Firman Allah: 
 
“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya”. (Al-Insyiqaq: 6)
 
Hidup manusia berakhir dengan kematian manusia dan menemui Tuhannya. Ketika itu jelaslah kesudahan dan nyatalah hakikat.
Firman Allah; 
 
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, Maka kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, Maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam”. (Qaf: 22)
 
Para mukminin telah sedar dengan baik. Mereka memilih jalan dalam kehidupan dunia ini, iaitu jalan yang lurus dan betul. Firman Allah:
 
“(yaitu) jalan Allah yang Kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan.”. (As-Syura: 53)
 
Mereka mengetahui betapa besarnya balasan yang Allah sediakan untuk mereka sekiranya mereka menepati janji dengan Allah SWT. Firman Allah;
 
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”. (Ali-Imran: 185)
 
Di dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah ra. Nabi saw bersabda:
 
“Sesiapa yang takut berjalan pada waktu malam dan orang takut berjalan waktu malam tetap sampai ke rumah. Ketahuilah, barangan Allah terlalu mahal. Ketahuilah, barangan Allah itu ialah syurga”. (Tirmizi)
 
Para mukminin daripada generasi pertama telah menyedari bahawa dunia adalah kesenangan yang palsu. Dunia hanya sebagai jambatan atau laluan menuju ke akhirat. Lalu mereka menyeberangi dan menempuhinya dengan kata-kata dan perbuatan mereka. Umar bin al-Khattab pernah mengungkapkan:
 
“Orang yang bertakwa kepada Allah nescaya tidak akan kekal kemarahannya. Orang yang takut Allah tidak akan berbuat apa yang diingininya. Jika tidak kerana akhirat, tentulah akan jadi lain selain yang kamu lihat”.
 
Kemudian, kepercayaan ini dan keyakinan ini dengan apa yang ada di sisi Allah menjadikan  Anas bin Nadhar memanggil Saad bin Muaz pada hari Uhud sambil berkata: “Wahai Saad, sesungguhnya aku telah mencium bau syurga”. Para sahabat yang mulia telah mencium bau syurga sebelum dipisahkan dari dunia. Mereka telah diuji dengan ujian yang hebat sehingga ada sahabat pada tubuhnya terdapat lebih 80 tikaman pedang, lembing dan panah dan tidak dapat dikenali melainkan melalui saudara perempuannya. Allah telah mengabadikan pengorbanan mereka di dalam al-Quran di dalam firmanNya: 
 
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya), Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu Karena kebenarannya,”. (Al-Ahzab: 23)
 
Mudah-mudahan kejujurannya berpanjangan di semua zaman dan tempat dengan perintah dari Allah hingga benar-benar dapat menikmati aura haruman syurga. 
 
Marilah kita perhatikan, adakah kita telah mengetahui dengan mendalam tentang syurga sepertimana para salaf as-soleh ra. mengetahuinya dengan mendalam.
 
Nama-nama syurga dan maknanya
 
Syurga ialah negeri akhirat yang Allah sediakan  kepada orang-orang bertakwa. Di dalam syurga terdapat pelbagai jenis nikmat, keriangan, kegembiraan dan penyenang hati yang tidak dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terfikir di dalam hati manausia. 
 
Allah SWT telah menyatakan bahawa syurga adalah sebuah negeri yang sejahtera (Dar as-Salam). Firman Allah: 
 
“Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)[685].” (Yunus: 25)
 
[685]  arti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
 
Syurga sebuah negeri yang kekal (Dar al-Khuld). Penghuninya tidak akan berpindah dari tempat ini selama-lamanya. Firman Allah: 
 
“Sesungguhnya Ini adalah benar-benar rezki dari kami yang tiada habis-habisnya.”. (Shad: 54)
 
Syurga sebuah negeri tempat tinggal yang kekal (Dar al-Muqamah). Firman Allah:
 
“Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu". (Fathir: 34-35)
 
Syurga sebuah negeri tempat tinggal  (jannah al-Ma’wa). Firman Allah: 
 
“ Dan Sesungguhnya Muhammad Telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (yaitu) di Sidratil Muntaha.  Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, (An-Najm: 13-15)
 
Syurga ialah jannah Adn. Firman Allah:
 
“(bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan Pakaian mereka didalamnya adalah sutera”. Fathir: 33)
 
Syurga ialah negeri yang menjadi tempat kehidupan yang tidak diiringi kehancuran dan kebinasaan seperti kehidupan dunia yang menjadi tempat main-main yang sementara waktu. Firman Allah: 
 
“Dan tiadalah kehidupan dunia Ini melainkan senda gurau dan main-main”. (Al-Ankabut: 64)
 
Syurga ialah jannah al-Firdaus. Firman Allah:
 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,”. (Al-Kahfi: 107)
Syurga ialah tempat tinggal yang disenangi. Firman Allah: 
 
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai Di tempat yang disenangi[1441] di sisi Tuhan yang berkuasa”. (Al-Qamar: 54-55)
 
[1441]  maksudnya tempat yang penuh kebahagiaan, yang bersih dari hiruk-pikuk dan perbuatan-perbuatan dosa.
 
Istana dan mahligai syurga
 
-          Mahligai di syurga. Sabda nabi saw:

“Allah telah menjadikan jannah And dengan TanganNya batu bata dari mutiara putih dan batu bata dari permata merah dan batu bata dari batu perhiasan kehijauan (Berkilauan). Tanah lumpurnya kesturi, pasirnya intan  dan rumputnya za’faran. Kemudian ada sahabat bertanya tentang syurga, sebutlah padaku (siapakah mereka). Lalu dijawab: “Beruntunglah orang-orang mukminin”. Firman Allah SWT: Demi kemuliaan dan keagunganKu, tidak akan berada di sisiku kalau kamu bakhil”. Kemudian Rasulullah membacakan ayat: “Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”. (Al-Hasyr: 9)

-          Seorang murid bertanya Ibn Abbas dengan berkata:

“Hai Ibn Abbas apakah muka bumi syurga? Ibn Abbas menjawab: “Marmar putih berkilau daripada perak seakan-akan cermin. Muridnya bertanya lagi: “Apakah cahayanya?”. Ibn Abbas menjawab: “Seperti detik yang kamu lihat sebelum terbit matahari, maka begitulah cahayanya, tetapi di sana tiada matahari dan tidak juga dingin yang menggigil”.

-          Di dalam Sunan Ibn Majah dari Usamah bin Zaid berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Ketahuilah, adakah ada orang yang dipercepatkan ke syurga. Sesungguhnya di syurga suatu tempat yang tidak pernah terdetik di dalam hati manusia tentang kecantikannya. Iaitu syurga dan Tuhan Kaabah adalah cahaya yang berkilau dan bauan yang menyenangkan, mahligai yang teguh, sungai yang bersambungan, buah-buahan yang masak, isteri yang baik, cantik dan halal lagi ramai, tempat tinggal yang kekal abadi di dalam rumah yang sejahtera, buah-buahan, kehijauan, kesukaan dan kenikmatan di tempat tertinggi lagi cantik dan luas”. Para sahabat bertanya: Adakah kami termasuk orang yang dicepatkan masuk ke syurga?. Jawab nabi: “Katakanlah insya Allah”. Lalu sahabat menjawab: Insya Allah”.  (Ibn Majah)

-          Bauan syurga. Rasulullah telah menyatakan tentangnya seperti hadith daripada Jabir ra. Bahawa nabi saw telah bersabda:

“Bauan syurga sudah dapat dihidu sejauh berjalan selama seribu tahun. Demi Allah tidak akan dapat menghidunya orang yang menghalang dan memutuskan silaturrahim”. (Tabrani)

-          Mahligainya pula, dikatakan bahawa di dalam syurga ada mahligai daripada emas dan ada mahligai daripada perak, mahligai daripada mutiara, mahligai daripada intan dan mahligai daripada batu perhiasan yang berkilauan. Ahli syurga yang berada pada kedudukan terbawah mempunyai rumah daripada mutiara di bilik dan pintunya. Daripada Abdullah bin Umar dari nabi saw yang bersabda:

“Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik yang dapat dilihat luarnya dari dalam dan di lihat dalamnya dari luar”. Lalu Abu Malik al-Asy’ari bertanya: Bagi siapakah itu wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Bagi orang yang berkata yang baik, memberi makan kepada orang miskin dan gigih bangun malam sedang orang lain tidur”.

Sungai dan pokok di syurga

-          Sungai-sungai di syurga, ianya mengalir tanpa parit di bawah mahligai, rumah dan bilik dan di bawah pokok. Ianya terpancar dari atasnya kemudian mengalir turun ke sejauh-jauh tingkat seperti hadith dari nabi saw:

“Di dalam syurga ada seratus tingkat yang Allah sediakan kepada para mujahidin di jalan Allah di mana antara dua tingkat itu bagaikan antara langit dan bumi. Kalau kamu diberi peluang meminta kepada Allah tentulah kamu akan meminta syurga Firdaus. Ketahuilah syurga Firdaus itu syurga terbaik, syurga tertinggi dan di bawahnya ‘Arsy Allah. Dari syurga Firdaus terpancar sungai-sungai syurga”. (Bukhari)

Kauthar ialah sungai di dalam syurga. Rasulullah telah bersabda tentangnya:

“Aku telah memasuki syurga. Apabila aku berada di sungai (Kauthar) yang mengalir, di tepinya terdapat tempat-tempat kediaman daripada mutiara, lalu aku memukulkan tanganku di tempat air yang mengalir dan bila aku mengangkatnya aku mencium bauan haruman kesturi. Lantas aku bertanya: Untuk siapakah tempat ini wahai Jibril? Jawab Jibril as: “Kauthar ini dikurniakan Allah untukmu”.

-          Daripada Ibn Mas’ud al-Khudri ra.: 
 
“Seorang lelaki telah bertanya kepada nabi: Wahai Rasulullah, beruntunglah orang yang melihat kamu dan beriman kepada mu. Lalu nabi menjawab: Beruntunglah bagi orang yang melihatku dan beriman kepadaku, kemudian beruntunglah, kemudian beruntunglah, kemudian beruntunglah bagi orang yang beriman kepadaku tetapi tidak pernah melihatku”. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah apakah keuntungan itu?. Jawab nabi saw: “Iaitu pokok di syurga yang sebesar seakan-akan berjalan selama seratus tahun dan pakaian ahli syurga keluar daripada kelopak bunganya”.

Pohon yang ditanam di syurga

-          Daripada Ibn Mas’ud, nabi saw bersabda:

“Aku telah bertemu nabi Ibrahim a.s pada malam Isra’ ku. Beliau telah berkata: Wahai Muhammad, bacakanlah kepada umatmu dariku “As-Salam” dan beritahu mereka bahwa di syurga ada tanah yang baik dan air yang manis. Di dalam syurga ada dua halaman yang luas dan pohon yang ditanam ialah Subhanallah, al-hamdulillah dan Laila ha illah wallahu akbar”. (Muslim)

Monday, August 16, 2010

:: An-Nur::

Assalamualakum... salam kesyukuran, salam ketenangan, salam kemanisan, salam keindahan diucapkan. puji dan syukur atas begitu banyak kurniaan, atas ketenangan dan kebahagiaan hati ini... sepanjang masa,setiap ketika... Alhamdulillah... alhamdulilah... alhamdulillah...

Ramadhan ke-5

makin indah... makin bahagia... makin bermakna...


sungguh... can't help falling in love... really

Love to Allah

Love toMuhammad P.B.U.H

Love to Mum

Love to You 

Love to Him

Love to Her

Love to Myself

Ya Allah.., peliharalah kami, peliharah iman dan hati kami...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI


"  Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "


"  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah an-Nur : 30 - 31)


“Ya Rabbi,lembutkan hatiku,agar mudah ia mengadu padaMu.Lenturlah jiwaku agar ia mudah merayu&meminta padaMu.Haluskanlah perasaanku agar aku mampu menangis&merintih padaMu.Hancur&remuk-redamlah diriku dalam menerima didikanMu kerana di situlah pengiktirafan aku sebagai hambaMu.”

Thursday, July 3, 2008

:: manusia itu lalai tentang umurnya ::

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat iman dan islam yang engkau masih kurniakan pada diri ini... moga-moga teman-teman juga terus bersyukur,berusaha untuk mendekatkan diri padaNya, mensucikan hati , usah putus asa dengan rahmat dan ujian dariNya. Teruskan langkahan dalam pengembaraan dan perjalanan menujuNya.Ingatan buat diri-diri...

"Telah mendekat kepada manusia perhitungan mereka. padahal mereka di dalam kelalaian, lagi pada berpaling. Tidaklah datang kepada mereka dari sesuatu yang baru dari Tuhan mereka melainkan mereka dengarkan dia; namun mereka bermain-main. Berlalai-lengah hati mereka, dan mereka merahsiakan percakapan; orang yang aniaya itu bukankah manusia seperti kamu? apakah kamu hendak menemui sihir? padahal kamu melihat? Dia berkata: Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi. Dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Bahkan mereka berkata: Kekacau-balauan rasian(mimpi), bahkan dia itu seorang penyair. Maka datanglah kepada Kami dengan suatu tanda, sebagaimana telah diutus (Rasul-Rasul) yang dahulu. Tidaklah beriman sebelum mereka dari penduduk-penduduk suatu negeri yang telah Kami binasakan?” Al-Anbiya’ 21 : 1 - 6

Peringatan agar manusia bersiap-siap menunggu waktunya. Dan waktu itu telah dekat, yaitu bahawa semua manusia pasti mati. Dan hidup tidaklah berhenti sehingga mati itu sahaja. Sesudah mati kelak akan ada lagi hidup. Pada hidup yang kedua kali itu, segala amal perbuatan Marusia selama di dunia akan diperhitungkan. Yang baik akan mendapat balasan baik, yang jahat dapat balasan jahat. Penganiayaan tidak akan ada. Sebab itu maka di permulaan ayat dikatakan: ""Telah mendekat kepada manusia perhitungan mereka.”

Kalau difikirkan dengan tenang nescaya insaflah manusia bahawa maut itu senantiasa telah mendekat dan mendekat. Perkataan yang terdapat di sini tepat benar: iqtaraba.

Dengan makna mendekat terus. Bukan quraba makin dekat. Setiap hari maut itu mendekat. Sehari kita lahir ke dunia, sehari pula kita telah kurang umur kita sehari. Tambah sehari tambah jauh kita dari lahir kita dan tambah mendekat kepada hari mati kita : "padahal mereka di dalam kelalaian, lagi pada berpaling.”. Begitu umur itu berkurang setiap hari, sehingga hari perhitungan di akhirat itu, kian hari kian mendekat namun manusia lalai juga. Mereka tidak mengigat itu, sehingga mereka ada persiapan buat menghadapiNya. Malahan lebih jahat lagi, bukan sahaja mereka lalai, bahkan mereka itu berpaling jika ada yang memberi ingat. Telah kita ketahui, surat ini diturunkan di Makkah. Semacam inilah sikap kaum kafir Quraisy itu seketika Nabi s.a.w. menyampaikan seruanNya.

"Tidaklah datang kepada mereka dari sesuatu yang baru dari Tuhan mereka melainkan mereka dengarkan dia.” . Artinya jika Rasulullah s.a.w datang menyampaikan suatu peringatan tetap juga mereka dengarkan tetapi sebagai pepatah boleh diibaratkan seperti masuk di telinga kanan keluar keluar ke telinga kiri. Tidaklah yang mereka dengarkan itu mereka masukkan ke dalam hati. Malahan di hujung ayat ditegaskan : "namun mereka bermain-main.”. segala peringatan tidak ada yang mereka perhatikan sungguh-sungguh. Mereka anggap tidak ada sangkut-pautnya dengan diri mereka.
"Berlalai-lengah hati mereka,”. Inilah kelanjutan dari sikap mereka terhadap peringatan yang disampaikan. Hati mereka berlalai-lalai atau main-main dan tidak ada kesugguhan, kadang-kadang mereka anggap semuanya itu sandiwara saja. Sebab yang penting bagi mereka ialah kesenangan diri mereka jangan sampai terganggu.

Tuesday, June 17, 2008

:: mata rantai ::

Alhamdulillah...Allah melapangkan hati-hati kami untuk berhalaqah. Segala puji padaMu Ya Allah. Pertemuan itu, detik itu, saat itu amat bermakna bagi kami. Moga diri-diri ini terus berada dalam pimpinan dan rahmatMu.

Pertemuan kali ini membicarakan tentang ayat-ayat cinta Allah. Ayat-ayat yang penuh dengan keajaiban hingga ke hari ini. Apakah keajaiban itu?

Hari ini, jika kita lihat... pelbagai pihak cuba untuk meneroka ke alam angkasa. Dengan pelbagai cara dan kemampuan, pihak-pihak ini berusaha untuk menerobos ke luar jagat raya, tetapi mampukah? Hal ini telah dibicarakan 1429 tahun yang lepas. Adalah mustahil manusia boleh terbang di udara pada masa itu dan kini melainkan dengan kekuatan@alat. Tetapi cubaan tersebut akan gagal pada peringkat tertentu iaitu apabila Allah menimpakan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair ke atas mereka yang cuba untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi. Inilah sebagaimana yang berlaku kepada golongan jin apabila mereka berusaha untuk mencuri dengarkalam dari tempat al-Mala' al-A'la. Dikawasan itu mereka akan dihalang. Disini menunjukkan bangsa jin ini lebih canggih dari bangsa manusia.

"Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)." Ar-Rahman 55:33-35


"...dan sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya)."

Dalam ayat ini menyatakan bahawa manusia dan jin akan berusaha untuk naik ke ruang angkasa. Mereka akan cuba melepasi lapisan langit dan bumi. Tetapi hal ini tidak boleh berlaku melainkan dengan kelengkapan. Allah akan memerangi mereka menggunakan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair yang membakar untuk menghancurkan mereka ketika mereka mencuri dengar berita dari Al-Mala' al-A'la. Selain itu, jika kita perhatikan teknologi jin mendahului manusia dalam bidang ini. Mereka telah sampai ke tempat yang membolehkan mereka mencuri dengar....

Monday, May 12, 2008

:: Tafsir :: Surah At-Takathur

Surah Takathur diceritakan di dalam Al-Quran di dalam dua bentuk, iaitu amwaal dan/atau awlaad. Kedua-duanya bermaksud kelalaian dari mengingati Allah dan Allah turunkan surah ini adalah untuk memperingati manusia dari kelalaian dan seharusnya kita mengingati Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh kita.


Di dalam surah At-Taubah ayat 69 [9:69] kita sepatutnya mengambil pengajaran dari orang yang hidup sebelum kita, seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran tentang kaum-kaum yang lalu. Mereka memiliki kekuatan, kekayaan, dan kuasa. Tetapi mereka akhirnya dimusnahkan oleh Allah akibat kesombongan dan juga akibat kebiadaban terhadap rasul Allah, apatah lagi mereka langsung tidak bersyukur dengan apa yang mereka terima.


Seperti kita hari ini, kita mempunyai hidup yang mewah, makan, pakai dan tempat tinggal yang mewah tetapi sekiranya kita tidak bersyukur, kita hanya seperti kaum-kaum yang dahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah. Kita semua sepatutnya ingat yang ada di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan tiada yang kekal. Dan akhirnya kita semua akan menjadi orang-orang yang rugi! Nauzubillah..


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [30:9]



Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. [40:82]


Di dalam ayat pertama surah ini, Allah menggunakan perkataan LAHA, yang bermaksud lalai, leka, sesat, berpaling, terlupa, bermain-main [sila cek di dalam kamus arab]. Sementara itu LAHWUN, bermaksud, apa-apa perkara atau benda yang menyebabkan manusia leka kepada perkara yang lebih penting atau perkara yang serius. Perkataan ini juga digunakan di dalam ayat-ayat lain di dalam Al-Quran seperti di dalam: [6:32], [6:70], [7:51], [21:17], [24:37], [63:9]


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [63:9]

Tujuan utama manusia diciptakan ialah ibadah kepada Allah iaitu melakukan perkara yang di suruh, dan meninggalkan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56] Dan hasil daripada ini, maka manusia itu akan bertaqwa kepada Allah, iaitu memelihara diri dari melakukan perkara yang dimurkai-Nya. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa [2:21] dan akhirnya manusia itu akan mencapai kejayaan [falah] yang diidamkan oleh semua manusia yang beriman kepada Allah, kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.[2:189] Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]


Semua ini sangatlah penting dan perlu diingatkan selalu di dalam hati kita bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya dan akhirnya kita akan mencapai falah yang hakiki. Apa yang ada di dunia ini hanyalah mampu menyesatkan dan melalaikan kita dari tujuan asal kita diciptakan, dan hanya orang yang selalu mengingati Allah sahaja yang akan mampu melawan segala godaan dunia.


Perkataan JAHEEM di alam surah ini agak ’menarik’ sekali. Kaitan dengan perkataan TAJAHHAMA membawa maksud Allah akan membakar/menyeksa di dalam neraka Jaheem dengan tidak ada belas kasihan sedikit pon, atau dalam erti kata lain Allah telah membalas perbuatan manusia akibat ketamakan dan perasaan sombong itu, dan Allah juga akan ’rasa tamak’ untuk membalasnya, dengan cara Allah tersendiri. Nauzubillah..



(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [9:35](Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). [47:36]


Sumber: www.quranicteachings.co.uk

Terjemahan Oleh: Cahaya Pembela

Perpustakaan Hamzah Sendut II

Lunch hour ; 13.44 pm

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq