::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, April 25, 2008

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa
pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Tuesday, April 22, 2008

::: IJAZAH DAN RISALAH :::

IJAZAH dan RISALAH Bukan Jongkang Jongket

Dik, jomlah pergi usrah
Dik, jomlah berdakwah
Dik, ummah semakin koyak
Dik, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu!!
Aku kena study!!
Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiah dan program!!
Aku menyesal megikuti semua itu!!

Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,
tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke Islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam!!

Dik, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket

Jongkang jongket? Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah!
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah!
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan
menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!

Aku tak pernah rasa semua itu,
Jadi, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku!!
Cuma kena checklah sikit hati tu,
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah



Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar,
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi,
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya!!

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Adik dah faham
Adik kena banyak muhasabah
Adik dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Adik tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Adik tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut

Adiku,Sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,
aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku,
aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Adikku, Sahabatku, itulah yang ingin ku bentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat,
segalanya adalah dakwah!!
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya



Aku ingin berkongsi satu kisah,
mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna

Kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al Banna
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu
Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi.

Semua manusia mengenalinya!
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah

Sahabat, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran,
kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah. Tapi dik,
kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah.
Kemenangan Islam memerlukan
pengorbanan dari pengikutnya.

Sahabat, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya,
memberi ketenangan dan
kepuasan kepada hambaNya yang beriman,
apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan
Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya.



Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi.
Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu
bersama-sama ulama yang terkenal.
Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil.
Salah seorang ulama itu menghampiri saya.
Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.
Dia menyoal saya,
Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah?
Saya menjawab, Ini dia!
Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian .

Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!
Saya sangat gembira.
Pagi esoknya saya menduduki ujian.
Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca
di dalam mimpi tersebut.
Ini semua adalah rahmat Allah.
Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!

Pasti adik ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia lakukan?
HAMMAS berdiri dengan izzah!! Musuh menggeruninya!!

Dik, kita sempurna.
Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam!!
Ayuh berada dalam saf perjuangan!!

Sepinggan Pahala Berulamkan Dosa



Erm...alamak macam mana ni, nak buat teks tazkirah pun tak sempurna lagi macam mana nak buat buku ni? ish ish ish...

Tajuk artikel ini adalah adaptasi daripada artikel ustaz hazrizal(saifulislam.com) yang bertajuk Sepinggan Dosa Berulamkan Pahala. Tapi saya tukar sedikit kerana skop tajuk ini dikhususkan kepada semua pejuang dakwah siber agar jadi muhasabah kita semua. Terutamanya diri yang dhaif lagi hina ini.



MAD'U & DUAT

Mungkin dalam kesibukan kita menyajikan bahan dakwah kepada mad'u(orang yang kita nak dakwah) kita di alam siber ini. Jangan kita lupa bahawa para duat(pendakwah) juga akan diuji oleh Allah swt. dalam pelbagai dimensi. Samada dari ujian dalaman mahupun luaran. Dalaman melibatkan persoalan sejauhmana rasa berTUHAN kita wujudkan dalam diri.

Dakwah di dunia tanpa batasan. Tapi kadang-kadang ada yang tersesat didunia siber yang penuh dengan lumpur dosa. Akhirnya perjuangan terhijab daripada nusrah/pertolongan Allah swt. Bak kata pepatah yang didukung tercicir dan yang dicari tak dapat. Ini bukan sahaja tidak dapat bahkan dapat kemurkaan Allah swt. Bagaimanakah mungkin pertolongan Allah boleh turun jika keadaan ini berlaku?

Ketika orang tiada pantau kita dalam melayari internet. Semuanya boleh berlaku. Pengaruh syaitan dan nafsu jangan dipandang remeh oleh para pendakwah siber sekalian. Kerana suntikan syaitan dan desakan nafsu mampu mengegarkan iman walau setinggi gunung. Bukti telah banyak Allah tunjukkan kepada kita.

Mungkin disebabkan kita merasakan terlalu banyak menasihati orang menyebabkan kita sudah memandang ringan dosa kita sendiri. Dosa-dosa kecil kita anggap kecil. Boleh sahaja dihapuskan dengan amal kubra yang kita buat. Tapi kita lupa adakah kita yakin amalan kita itu sudah diterima atau tidak oleh Allah swt. Semuanya masih belum pasti.


CCTV AKHIRAT


Tapi kita alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan kita sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita.



Akhirnya, sebagai para duat siber sekalian. Ingatlah dan awasi diri bahawa cctv akhirat telah diwujudkan sejak kita baligh lagi. Tak perlu kawalan manusia dan software kalau kita betul-betul menghayati cctv akhirat.

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah,pertolongan dan lindungi kepada kita daripada fitnah ini kerana tiada jaminan untuk kita melainkan kita sendiri yang berusaha mewujudkan perasaan muraqobah(Allah sentiasa observe kita) dalam diri. Takutlah kamu wahai manusia akan slide show akhirat yang akan menayangkan segala tingkah laku mu samada buruk atau baik.

Sanggupkah muka mu itu menanggung malu yang teramat sangat nanti. Renungkanlah…


Wednesday, April 16, 2008

rindu...



Itulah jawapannya....

Allahlah yang meniupkan roh dalam hati manusia
Allah lah yang yang mengajarkan dan meniupkan sifat kasih sayang di hati manusia
Allahlah yang meniupkan sifat adil di hati manusia

maka...

meskipun manusia itu mangakui ataupun tidak mengakui wujudnya Allah, maka ia tersujud mengakui sifat-sifatnya...

manusia bukan mencari keadilan... tetapi mencari sifat adil
manusia bukan mencari kedamaian... tapi mencari sifat damai

Bukankah sifat adil dan damai tidak terlihat?

tapi...

senantiasa dirindu... bukan rindu pada kedamaian,

tapi...

Rindu pada Allah Azza Wa Jalla

Bukan mereka rindu kepada kebanaran...

tapi...

Rindu kepada Al-Haqq

Manusia bukan rindu dan bangga pada sifat mulia

akan tetapi...

Rindu pada Al-Qareem........


Saturday, April 12, 2008

~~~~~~~~~pen~~~~~~~

broken_pen.jpg

Saya ada sebatang pen. Saya gunakan pen itu sebagai ‘paku’ dinding. Apabila saya ketuk ‘paku’ itu ke dinding, akhirnya pen itu akan pecah dan rosak. Apabila pen rosak, ia menjadi sampah!

Bagaimanakah pen berakhir menjadi sampah?

Pen dicipta untuk satu tujuan yang amat spesifik. Fungsinya adalah sebagai bahan tulis. Apabila ia disalah guna, pen tersebut menjadi rosak. Dan apabila rosak ia menjadi SAMPAH.

Allah mencipta manusia atas satu tujuan yang sangat spesifik. Apabila manusia hidup dengan tujuan yang lain, maka manusia menjadi rosak, malah mampu menjadi makhluk perosak. Dan apabila manusia rosak, mereka menjadi sampah. Dari situlah datangnya SAMPAH MASYARAKAT.

SAMPAH MASYARAKAT adalah terjemahan kepada kehidupan tanpa matlamat. Kehidupan yang hidup tanpa makna.

Thursday, April 10, 2008

:::AIR PUTIH:::



KREATIVITI
BERANI MENGAMBIL RISIKO
KOMITMEN
TANGGUNGJAWAB
VISI
KEMAMPUAN MERASAKAN
KEMAMPUAN MEMBACA SITUASI
INISIATIF
SENSITIF
MERASAKAN DAN MELIHAT DENGAN MATA HATI

Monday, April 7, 2008

:: isteri solehah ::


Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat

Oleh Dr Hafidzah Mustakim


DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”

Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”



Penulis ialah doktor perubatan persendirian dan AJK JIM Pusat

serta boleh dihubungi melalui wanitajim0@yahoo. com
============ ========= ========= ========= =========

Saturday, April 5, 2008

::::Pewaris hati qarun::::


"Oh, Alangkah seksanya si kaya yang hidup dalam kemiskinan"

Malam itu tidurku terganggu.Kira bicara hati tak menentu. Walaupun ku kira adalah wang-wang pada nisab dan haul di hujung tahun... tetapi hakikatnya yang kutimbang adalah soal hati. Hati yang masih tamak. Hati yang hanya ingin menerima tetapi sukar memberi. Yang ku congak adalah zakat. Namun hakikatnya, neraca mahmudah dan mazmumah. Aku boleh menipu angka dan timbangan, tetapi mampukah aku menipu diri sendiri? lebih-lebih lagi mampukah aku menipu ilahi?

Yang paling penting dalam hidup ini ialah punya hati yang qanaah - hati yang berpada-pada dengan apa yang ada. Sedikit, mecukupi. Banyak, boleh diagih-agihkan. Pernah aku berjanji dengan diriku sendiri agar tidak melewati batas-batas keperluan. Jangan sekali-kali terjerumus ke jurang pembaziran. Keinginan yang melampaui batas, jika tidak dapat dikawal akan mengundang resah jiwa. Gelojaknya akan terus menganggu. Sedikit tidak cukup, banyak tidak puas.


Thursday, April 3, 2008

:::kesungguhan:::ketekunan:::cita-cita:::


Dalam membuang semak samun, mencantas pohon parasit yang kian berpucuk, terkadang aku terlupa untuk mengasah mata pisau yang aku gunakan... Akhirnya hasil yang didapati hanyalah sedikit dengan penat berlebihan... 'kelebihan Kualiti dari Kuantiti=nyamuk eades atau semuat api', Usah putus asa... usah gentar, bangkitlah semula wahai diri... jangan biarkan dirimu dijajah, ditewas, dikalahkan oleh al-hawa', jangan biarkan diri dibuai ad-dunya'... jangan, jangan sekali-kali...


Oleh itu...

Duhai diri... kita harus/mesti punyai kesungguhan dan ketekunan dalam mendapatkan ilmu [lihat Al-Ankabut 69]... Apa ayatnya? buka minda dan hati kamu untuk hafal,ingat dan hayati ayat ni yang bermaksud " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami nescaya Kami tunjuki mereka ke jalan Kami"Duhai diri... Ada satu ungkapan menyebut, orang yang berusaha mendapatkan sesuatu dengan bersungguh-sungguhpasti di capainya, dan orang yang mengetuk pintu dan melangkahkan kakinyalah yang dapat masuk rumah

"Sejauh mana cita-citamu maka sampai disitu pulalah yang boleh engkau capai"



Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

Loading...

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq