::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 28, 2009

::Kota Bharu::

-Ground rule is very important, the first thing first we do... whatever they say.. just look forward,struggle to acheive your goal-
"Katakanlah, 'Wahai Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan siang kedalam malam dan Engkau masukkan malam kedalam siang. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab.' " (QS. Ali Imran:26-27)


-If you give, you gave... be sure what you do... yuk, with confident n just go on-

"Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus (benar), iaitu jalan orang-orang yang telah engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang sesat" (QS: Al-Fatihah 6-7)


-'H1N1'-
..'virus2' yang menyerang..
rawatlah 'ia' segera.... makin parah...
Apa 'obat' pada 'penyakit' 'virus2' itu ?
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan Hari Akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan semua nabi, dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyanyanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta, dan unuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjakannya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan. mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa" (QS: Al-Baqarah 177)




Niat yang baik + matlamat yang jelas + keyakinan = kebahagiaan
"Ya Allah, sihatkanlah badanku; Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku; Ya Allah, sihatkan peenglihatanku, Ya Allah... Aku berlindung kepadaMu dari rasaelisah dan sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan bakhil, dari tekanan hutang dan dari kesewenang-wenangan orang"
"Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah, dan cukupkanlah kesabaran, dan perteguhlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beruntung"
Al-Imran 200

-sessi taaruf-
How much do you know about yourself?
There are some adjective from A to Z
Artistic
Brilliant
Caring
Daring
Enthusiastic
Friendly
Generous
Honest
Interesting
Joviel
Kind
Loving
Marvelous
Nice
Outstanding
Patient
Qualified
Romantic
Smart
Thoughtful
Understanding
Versatile
Wonderful
Xcellent
Youthful
Zestful
Just for example...
F A Z L U L H U D A


There are 2 A , 2 L and 2 U... so da dominent ones are ARTISTIC, LOVING and UNDERSTANDING...

-da twin-

::Ilmu + Iman::


Alam Persekolahan


S.M.K.A.N.I


-Da banyak berubah... dulu Perpustakaan-

....kiraan menurun a.k.a countdown...


-Perhimpunan tiap-tiap pagi jam 7.30pagi... baca asma ul-husna, denda pelajar2 lambat pun kat sini-



1... 2... 3... kelas k.huda hok mano so dulu ?
Aleesya Wafiyah (4 years old) + Iqbal Waie (8 years old)




-Tilawah Quran Peringkat Kebangsaan-

Monday, July 27, 2009

::Syabaan::


Syaaban persiapan tempuh Ramadan


Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).


Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.


Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).


Bulan dalam bahasa Arab disebut Al-Syahru yang bermaksud zaman atau masa iaitu merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan dirasmikan penggunaan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah:


l Muharram erti diharamkan, kerana ia adalah bulan pertama daripada empat bulan yang diharamkan berperang dalam Islam.


l Safar pula ertinya kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.


l Rabiulawal dan Akhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.


l Jumada Ula dan Jumada Akhir, erti Jumada itu ialah membeku di mana waktu ini biasanya berlaku musim sejuk yang menyebabkan air membeku. Asal perkataan Jumada ialah ‘Jamada’ yakni membeku.


l Rejab pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka mengadakan gencatan senjata di bulan ini sebagai memuliakannya.


l Syaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rejab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.


l Ramadan bererti panas, kerana kebiasaannya pada waktu dahulu pada bulan ini berlaku cuaca panas.


l Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan.


l Zulkaedah merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.


l Zulhijjah pula dikaitkan dengan kebiasaan kaum Arab ke Kaabah menunaikan haji pada bulan ini.


Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Termasuklah juga dengan bulan Syaaban.


Ketibaan bulan Syaaban seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan. Sebabnya hidup seorang muslim hendaklah sentiasa berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.


Sebagai Muslim sewajarnya kita mengetahui apakah kelebihan bulan Syaaban agar ketibaannya dapat dihayati dengan sebaiknya.


Memanfaatkannya


Keistimewaan ini juga menunjukkan kepada kita bagaimana Islam sangat mementingkan soal masa. Di mana ada saat-saat tertentu yang mempunyai fadilat yang khusus dan jika tidak diambil kesempatan untuk memanfaatkannya akan berlalu begitu sahaja serta tiada peluang lagi untuk dikembalikan.


Menyentuh tentang kelebihan bulan Syaaban terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentangnya.


Antaranya: Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).


Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).


Abu Salamah r.a. pula berkata: Aku pernah bertanya Aisyah r.a. tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu dijawab: Bahawa Nabi berpuasa sehingga kami berkata memang ia berpuasa dan ia berbuka sehingga kami berkata memang ia berbuka, dan aku tidak pernah melihatnya berpuasa lebih banyak daripada bulan Syaaban, ia pernah berpuasa sebulan pada bulan Syaaban dan pernah juga ia berpuasa sedikit pada bulan Syaaban. (riwayat Muslim).


Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan. (riwayat Tirmidzi).


Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahawa bulan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW berpuasa ialah bulan Syaaban kemudian disambung ke bulan Ramadan. (riwayat Abu Daud dan Ahmad).


Bagi mereka yang ingin berpuasa di bulan Syaaban sebaiknya dimulakan dari awal bulan Syaaban. Ini kerana terdapat larangan berpuasa dihujung Syaaban bagi mereka yang tidak pernah berpuasa di awalnya.


Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila sudah tinggal separuh dari bulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.


Berdasarkan hadis ini para ulama menyatakan adalah ditegah jika seseorang berpuasa di hujung Syaaban kerana ingin menyambungnya terus dengan puasa di bulan Ramadan.


Berkenaan dengan hikmah atau rahsia menunaikan ibadah di bulan Syaaban, terdapat hadis-hadis sahih yang menceritakannya. Antaranya:


Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa. (riwayat Nasai dan Ahmad).


Abu Musa al-Asyaari pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah melihat (amalan hamba-hamba-Nya) pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya (hamba-Nya) kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya). (riwayat Ibnu Majah).


Abdullah bin Amru juga pernah meriwayat bahawa Rasulullah bersabda: Allah melihat kepada makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan hambanya kecuali dua iaitu orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya) dan pembunuh. (riwayat Imam Ahmad).


Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dan pertengahan bulan Syaaban atau Nisfu Syaaban sebagai pintu masuk kepada ketibaan bulan yang lebih istimewa iaitu Ramadan.


Pelaksanaan ibadah bulan Syaaban adalah satu kebebasan kepada umat Islam tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu kecuali nas yang menggalakkan berpuasa sunat.


Oleh itu, di samping ibadah puasa, bolehlah juga dilakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, berzikir, qiamullail dan sebagainya.


Di samping itu, elok juga di bulan Syaaban ini kita membuat persiapan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu Ramadan. Pada kebiasaannya umat Islam menghias rumah dan membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebaliknya persiapan Ramadan tidak diambil berat. Sedangkan hari raya cuma sehari, puasa Ramadan pula sebulan lamanya.


Sebaiknya bulan Syaaban dibuat persediaan bagi menempuh Ramadan. Persiapan sama ada dari sudut ruhiah yakni dengan membiasakan diri dengan puasa dan ibadah lain di samping persiapan fizikal seperti menghias rumah, menyediakan pakaian baru dan mengadakan ruang khusus untuk beribadat di rumah.


Bulan Syaaban juga elok dijadikan saat untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah dan berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.

Friday, July 24, 2009

::ghibah::

Macam-macam manusia ni...tepuk dada, tanya iman....

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)







SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.


Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.



Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.


Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.



Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.


Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.




JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.


Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:


(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.


(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.


(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.



(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.



(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.



(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.



—————————–

Satu Lagi Hadis dan kupasan..



Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:


1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.


2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.


3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.


4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.


5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.


6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.


Disediakan oleh:
Ust Muhamad Farhan bin IsmailJabatan Feqh Wa UsulUniversiti Mu’tahJordan.

Thursday, July 9, 2009

::solat dan alam::




Artikel yang diterima ini sangat menarik malangnya saya kehilangan penulis asalnya.Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.



Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?




Kredit kepada penulis asal artikel ini.

Wednesday, July 8, 2009

::surat::

Surat dari Isteri.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta,

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan yang cantik, dia memang mengalahkan Aliyah. Wajah berdandan, mungkin kurang bagi abang pada Aliyah. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa isteri-isteri abang. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Jika munajat Abg di Masjid Azhar mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sesuatu yang istimewa untuk Abang.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama keistemewaannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

"Kau mampu Hafiz, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah nanti. "Abang Hafiz, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Azhar, dia cuba mencari dirinya, Hafiz Adam yang dulu. Hafiz Adam anak Imam Kampung Seputih. Hafiz Adam yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

BUKAN SEKADAR CERITA, JADIKAN TAULADAN.
UNTUK ISTERI-ISTERI DAN SUAMI-SUAMI DAN YANG BAKAL BERISTERI DAN YANG BAKAL BERSUAMI, PERBAIKI AGAMA DAN KEHIDUPAN AGAR MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya






Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?





Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.





Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.






Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.






Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.





Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.




::ceritera::



Cerita yang dicopy daripada website halaqah.net..


Mat...mat....Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.


Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.


Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus kedapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.


Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suamibersarapan.

Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.


Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.


Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehinggaselesai dan dijemur.


Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anaksupaya membuat kerja sekolah.


Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supayatangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.



Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan,


Pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskansupaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.


Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,

"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlahisteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,



"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untukmelahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....


"Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!~~~~~ "


Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???


"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan..Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.


P/s Berkahwin bukan perkara mudah andai kita tidak bersedia dan tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk melayari bahtera keluarga.


~~~~~~ > huhu... boleh tak bayangkan apa akan jadi kalau seorang ibu tak dapat memainkan peranan sebagai pengurus yang cekap?




Thursday, July 2, 2009

::KISAH TELADAN::

Abdul Malik bin Umar al-Quraisy, seorang tokoh islam pada kurun kedua hijrah dan tergolong dikalangan orang yang berpengetahuna tinggi, pernah meriwayatkan suatu wasiat yang disampaikan oleh seorang ibu kepada anak perempuannya yang bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda dari kalangan keluarga ternama.


Ibu yang penyayang itu bernama Umamah binti Al-harith, seorang wanita yang berhemah tinggi, sementara anak perempuannya bernama Ummu Iyas. Bakal suami kepada anaknya ialah al-Harith bin Amru al-Kindi.


Kata Umamah kepada puteri kesayangannya ummu Iyas: Bawakan daripadaku 10 perkara untuk dijadikan khazanah harta dan peringatan.



PERTAMA dan KE-2 : Bersahabatlah dengannya dengan penuh qana'ah dan bergaullah dengan penuh pendengaran dan ketaa'tan. Sesungguhnya pada qana'ah itu terdapat kerehatan pada hati dan pendengaran dan ketaatan yang elok terdapat pada keredhaan tuhan.


KE-3 dan KE-4 : Menjaga hidungnya dan mangawasi matanya. Janganlah matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan janganlah hidungnya menghidu daripadamukecuali bau yang paling wangi. Sesungguhnya celak mata adalah sabaik-baik kebaikkan yang wujud dan air adalah sebaik-baik wagian yang hilang.


KE-5 dan KE-6 : Menjaga waktu makannya dan menenangkan waktu tidurnya. Sesungguhnya kepanasan, kelaparan amat membuak dan gangguan sewaktu tidur mendatangkan kemarahan.


KE-7 dan KE-8 : Memelihara kaum kerabatnya, keluarganya dan menjaga hartanya. Sesungguhnya menjaga harta memperelokkan pengakuan dan memelihara kaum kerabat dan keluarga memperelokkan pengurusan.


KE-9 dan KE-10 : Jangan pecahkan rahsianya dan jangan membantah perintahnya. Sesungguhnya jika kamu memecahkan rahsianya, kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya dan jika kamu melanggar perintahnya, kamu telah menikam dadanya.



Kemudian jaga-jagalah wahai anakku, kegembiraan disisinya sekiranya dia sedang berduka cita dan kesedihan sekiranya dia sedang gembira, sesungguhnya sifat yang pertama termasuk dari kelalaian dan sifat yang kedua adalah termasuk kekeruhan.



Jadilah kamu orang yang paling menghormatinya, nescaya dia akan menjadi orang yang paling memuliakan kamu. Jadilah kamu orang yang paling menerima pendapatnya, nescaya dia akan menjadi orang yang paling lama menemani kamu. Ketahuilah wahai anakku.... sesungguhnya kamu tidak akan mencapai apa yang kamu cintai daripadanya sehinggalah kamu mengutamakan keredhaanya atas keradhaan kamu, kehendaknya atas kehendak kamu dalam perkara yang kamu sukai dan kamu benci. Allahlah yang akan menunjukkan kamu dan memelihara kamu.

Wednesday, July 1, 2009

::HIDUP DAN KEINDAHAN::

  • Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghadam buku karangan Prof Hamka : Pandangan hidup Muslim.. dikongsikan salah satu bab dalam buku ini... selamat menghayati...

HIDUP ITU UNTUK APA? Alangkah murahnya hidup ini., kalau semata-mata terbatas pada kebendaan. Apalah harganya manusia ini, kalau fikirannya hanya tertuju kepada nasi dan gulai, roti dan garam. Tidak pernah matanya singgah kepada bunga yang sedang mekar atau bintang berkelip dihalaman langit.


Alangkah kersangnya hidup ini, kalau bekerja petang pari, siang malam, hanya menghitung membilang, membagi, membuat kali2. Memperinci ilmu pasti pada alam, tetapi tidak meresapkan keindahan yang ada dalam alam.


Tubuh menghendaki benda untuk menyuburkannya; dia hendak makan, hendak pakaian, hendak tempat tinggal. Akal berkehendakkan kepada bahan yang akan difikirkan menurut undang-undang berfikir (logika). Tetapi disamping tubuh dan akal, ada lagi perasaan yang halus ('athifah).


Yang meninggikan semangat halus itu ialah keindahan.


Ilmu-pasti dan logika kerapkali kering dan kersang. Tetapi hidup dalam perasaan kerana keindahan adalah lunak dan halus. menimbulkan serba rasa, dari gembira dan bahagia sampai kepada terharu. Dan semuanya menimbulkan ilham.


Perasaan ialah garam hidup. Dengan perasaan manusia merenung, mencari ketenangan dalam pergolakan. Menampak bahagia dalam sengsara. Menampak jernihnya masa depan dalam keruhnya masa sekarang. Imbangan nada tinggi-melengking dengan nada rendah mengendor, itulah ia muzik dari kehidupan.


Perasaan, apabila diasah-asah, tajamlah ia mencari yang indah. Sehingga dilihat orang diluar dinding, disangkanya tersiksa, padahal bagi orang didalam dinding dirasai ni'mat.


Manusia sejak ia dijelmakan, selalu merentangkan tali diantara alam dengan hatinya. Tumbuhlah kehalusan perasaanitu dengan sederhana pada mulanya, kerana melihat keindahan langit, kesuburan bumi dan keluasan laut, warna warni bulu burung dan mekarnya kembang, matahari terbit dan terbenam. tetapi kerana beratnya tekanan hidup, mencari barang beras seliter kadang-kadang kendurlah tahi hubungan hati dengan alam itu atau pudarlah sama sekali. Demi apabila keperluan sehari-hari beransur kemakmurannya, mulailah dirasai bahawa hidup bukanlah semata-mata men'cari makan'. Hidup bukan semata-mata mencari ilmu. Ada yang lebih tinggi dari makan dan ilmu, yaitu kehalusan perasaan buat menagkap yang indah, yang ada disekeliling kita.


Bila ini dirasai, inilah "Tiang Hidup"


****************************************


Alangkah ramai dan banyaknya yang indah dalam alam ini. Bertambah direnung, dilihat, bertambah jelas "kesatuan Pokok" dalam berbagai ranting. Kesatuan hulu dalam berbagai hilir.
Alangkah miskin hidup ini, kalau mata berkembang, tapi tak melihat. Telingan terdandang tapi tak mendengar. Alangkah payahnya "mengesek biola le telinga kerbau".


Gosoklah mata ini, bukan dari luar, tapi dari dalam. Cungkillah kotoran dalam telinga, bukan dari kulitnya, tapi dari isinya; sehingga bila melihat yang indah, saudara tidak ingin merosakkannya. Melihat sawah menguning ketika padi mulai masak, bukan semata-mata teringat kepada berapa hasil berasnya. Melihat laut terhampar bukan semata-mata timbul selera makan ikan. Melihat gadis cantik jelita, bukan semata-mata ingin menjadikan isteri.


Bukan saudara! Bukan!


Pandanglah unta bagaimana ia dijadikan, dan pandanglah langit bagaimana ia diangkatkan, dan pandanglah gunung bagaimana ia dipacangkan, dan pandanglah bumi bagaimana ia dihamparkan.


Kalau saudara hendak mengetahui rahsia kebenaran, ingatlah bahawa usia manusia bukanlah disandarkan kepada bilangan tahun ia hidup. Kekayaan manusia bukanlah ukuran gedung atau mobilnya. Nilai umur dan nilai hidup ditentukan oleh halus-kasarnya perasaan melihat keindahan-keindahan yang ada disekeliling kita.


Bergetarlah hati, atau membatukah hati tatkala melihat bunga kembang, mendengar cengkerik berbunyi, dan angin sayu-mendayu, sungai mengalir, dan gunung menjulang langit, dan asap mengepul naik, bukit nan menhijau dan laut dalam membiru. Adakah terjadi soal jawab diantara hati saudara dengan keindahan itu atau diam sajakah?


Itu semua adalah "pintu-pintu", itu semua adalah "rumus-rumus" daripada sesuatu Yang Ada dibelakangnya. Yaitu keindahan yang mutlak. Keindahan yang Abadi, Keindahan yang Azali.
Tertegun sejenak merenung alam, dan sanggup mempertalikan keindahan itu dengan hati, lebih berharga saudara, daripada 1000 tahun menghabiskan usia mengumpulkan harta, bahkan mengumpulkan "kuliyah" dan 'ilmiyah"


* * * * * * * * * * * *


Pada segala sudut dan segi Alam itu kelihatan dan kedengaran Keindahannya. setiap keindahan ada warnanya sendiri dan ada rasanya sendiri.


Berdiri keatas bukit dan merenung kebawah, kelihatan lembah dan sungai. Matahari memancarkan sinar, mentilau bernyayi, ayam berkokok dan air sungai mengalir menuju lautan.


Pergi kehalaman rumah diwaktu malam, menyaksikan bintang-bintang berkelip-kelip, laksana berbisik dan tersenyum. Seakan-akan tidak peduli bahawa kita dalam susah.


Semuanya itu meninggalkan kesan dalam hati, sangat dalam. Kita merasa terharu.


Terharu adalah gabungan dari dua perasaan yang berlawanan: yaitu sedih dan gembira; atau gembira dalam sedih.


Yang menimbulkan gembira ialah kerana indahNya; JamalNya.


Yang menimbulkan rasa sedih ialah kerana agungNya; JalalNya.


Melihat bagaimana besar dan agungnya, mulianya, terasalah rendah dan kecilnya kita manusia ini. Dimanakah letaknya 'aku' didalam kebesaran dan keagungan yang hebat dahsyat ini?


Lihatlah matahari yang indah dan perkasa ini. Dia adalah sumber cahaya kita dan api kita. Kedatangannya dan pemergiaannya selama 24 jam, meninggalkan bekas yang ajaib kepada alam kita.


Kepada laut, cahaya yang panas itu menyebabkan wap. Dan wap diangkat oleh awan ke langit. setelah berkumpul ia menjadi mega mendung dan turun balik kebumi dengan nama hujan. Dari hujan mangalir sungai, kali dan batang. Dibasahinya bumi yang kering, sehingga subur. Dibasahinya urat kayu, maka mekarlah bunga. Dan ia jalan terus. Jalan terus, kembali ke lautan tempat datangnya tadi. Panas cahaya matahari mempermainkan angin, dan angin mempermainkan laut, sehingga menjadilah alun.


Alun menimbulkan gelombang, gelombang menimbulkan ombak, dan ombak memecah ke pantai. Bahtera besar sedang belayarpun dipermainkannnya, dibuih-buihkannya, laksana sabut terapung pada sebuah kolam kecil sahaja. Dan manusia yang menumpang dikapal itu dipermainkan pula oleh kapal itu sendiri.


Lihatlah bulan yang bening dan damai itu, tak terhenti ia membawa keindahan; sejak masih bulan sabit kecil kerus ramping. Tiap malam diperlihatkan perubahannya. Laksana seorang gadis menunggu tunangannya datang, sehingga dia kurus, harap cemas; kian lama kian gemuk sebab telah bertemu kasih.


Sepanjang bulan pada setiap tahun, kita diberi peringatan tentang nasib yang harus dilalui manusia dalam hidup; sejak kecil, kanak-kanak sampai naik muda remaja, sampai matang sempurna umur, sampai menurun sehingga tua, sampai.... hilang. Dan bulan itupun mempermainkan air laut, sehingga timbul pasang naik dan pasang turun.


Maka bertanyalah kepada diri: "Apakah yang indah ini, dimana aku tahu apa yang indah.

Dimana yang sebenarnya indah itu. Adakah aku merasai keindahan, kalau dalam aku sendiri tidak ada keindahan?


Siram suburkanlah rasa keindahan yang ada dalam jiwa saudara... sebab dialah alat penangkap keindahan diluar diri. Apabila telah berpadu diantara keindahan diluar dengan yang didalam, nescaya akan terlompat dari mulut saudara satu ucapan diatasnya lagi : "Rabbana ma khalaqta hadza bathilan Subhanak!"


"Tuhanku, semuanya ini tidak ada yang Engkau jadikannya dengan sia-sia. Maha Suci Engkau"


Tuhanku,


Tiada yang lain,


Hanya Engkau...........

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

Loading...

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq