::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, May 30, 2009

:: Pusat Jagaan Kanak-kanak Padang Tembak::

Cikgu Huda n beberapa pic adik-adik di pusat jagaan =)

Muhammad Ameen n Farah chan
@
Adik

Cikgu Aisyah dan adik-adik

Peace... Mohd Izzul Aiman, Sarah, Daniel I, Daniel Saaid, Hafuza, Asma, Alyaa, Nur Fitriah, Fatin, Balqis n Nayeem

Diatas tu beberapa pic adik-adik kat pusat jagaan kanak-kanak padang tembak... Rindu pulak rasanya kat diorang. Sekarang cikgu Mira yang ambil alih jaga adik-adik ni... Alhamdulillah, sebelum ambil keputusan untuk stay di kg. Adik-adik ni sudah pandai baca bacaan-bacaan dalam solat, makin dengar kata mak ayah. Ada mak ayah terharu bila adik2 ni baca doa pas solat kat rumah. Sangat tersentuh... Alhamdulillah...
Buat yang banyak membantu ( k.lilis, mc fariha, mc fauziah, mc latifah@ naqibah, salwa, adila, adikku azilah, teman-teman di Raudhatul Mahabbah, teman2 KARISMA, kak juwairiya, k.mira)kasih yang tak terhingga huda ucapkan... terlalu banyak bantuan, tunjuk ajar n bimbingan yang huda dapat. Moga kehidupan anda semua diberkati dan diredhai di dunia dan di akhirat.
Bingkisan buat sahabat dalam mencari sahabat....
Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua "Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat? Maka sahabatnya yang kedua menjawab, "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"

Sahabat yang pertama tadi membentak. "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta!" Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu.


Sahabat pertama tadi menjawab "Pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku.". Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu. "Wahai sahabat. Puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu tapi tidak juga kutemui." katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat, apa kesalahanku??" Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua. "Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??". Sahabatnya menggeleng. "Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??" Sahabatnya menggelengkan kepala. "Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan? Sahabatnya menggeleng lagi. "Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat??" Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertama tadi meneruskan soalannya. "Dan soalan ku yang terakhir. Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki??" Sahabat kedua mendiamkan diri sambil menangis teresak esak. "Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. Pergilah kau. Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.


Moral: Pernahkah kita melihat kedalam diri kita?? Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat?? Dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama kita. Layakkah dia menjadi sahabat kita?? Renungkan sendiri dengan mata hati. Perbaikilah diri. Mungkin suatu hari kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki. Berhati-hati memilih sahabat agar tidak terpilih sahabat yang menjerumuskan kita kedalam lembah dosa……

Dalam kebun pisang

Wahai sahabat2 sekalian, maaf andai aku seperti sahabat kedua di dlm cerita di atas.. harapanku satu, semoga persahabatan ini mampu membajai pohon keimanan dalam diri kalian, menunaskan rijal2 yang akan berdiri teguh tak gentar melawan tiupan angin kencang tak layu dek kemarau nan gersang tetap teguh meski dilanda banjir dan tetap harum mewangi pabila bunga takwa menguntum menghiasi dirimu…

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq