::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, November 21, 2010

Wasiat Nuh Alaihi Salam

Alhamdulillah... berkesempatan berziarah seudara maradi sungai petani. 

Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:
 
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”


WASIAT NUH ALAYHI AL-SALAAM

Renungilah wasiat Nabi Nuh Alayhi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum Baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya Baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

Manusia angkuh dengan Allah, orang ramai bongkak dengan hukum hakamNya, malah masih berani berpesta di Sungai Nibong walaupun bencana Tsunami hanya beberapa kilometer jaraknya. Selepas teguran dibuat oleh Mufti dan orang ramai, TV3 masih tidak segan silu meneruskan silsilah Konsert Sure Heboh yang hanya mengukuhkan lagi hedonisma sebagai rukun kehidupan masyarakat sekarang. Tidakkah sikap begini bermaksud memperlekehkan kebenaran? Bukankah sikap ini yang terpilih menjadi amaran Nabi Allah Nuh yang menyaksikan umatnya ditenggelamkan ‘Tsunami’?


Apabila masyarakat kita diperingatkan oleh alim Ulama dengan kebenaran, ramai yang gembira mempersendakan kebenaran tersebut. Ramai yang memperlekehkan ayat-ayat Allah tanpa segan silu. Bahkan dengan sifat jelek seperti itu, tidak hairan jika ramai pula yang zalim, menindas sesama manusia sama ada dengan kuasa, akta, mahu pun sikap dan tanduk di peringkat individu.

Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung dengan gelimpangan mayat seperti di Acheh, baru mahu tersentak dari kelekaan semua dan selama ini? Setiap kali menonton siaran berita di televisyen, saya tidak dapat menahan sebak di dada. Tetapi apabila mengenangkan kebiadapan manusia hari ini, mungkin Tsunami sahaja yang mampu memecahkan tempurung kepala kita hari untuk faham dan menginsafi kuasa Allah SWT. Ceramah tak makan, motivasi tak jalan, nasihat tak dilayan, teguran dipinggirkan, yang menang akhirnya tetap hiburan dan keseronokan. Tidakkah kita sebenarnya sudah terlalu jauh pergi meninggalkan sifat diri sebagai hamba Tuhan?

Tepuk dada tanyalah iman…

Salam takziah dari saya untuk tamadun manusia.

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

Sunday, November 14, 2010

::Heart::

Perkongsian: Kekosongan di dalam hati.

Kita memerlukan pergantungan dan sokongan yang terampuh! ~ picture by lady tori of deviant art.
Kita memerlukan pergantungan dan sokongan yang terampuh! ~ 
picture by lady tori of deviant art.

Di dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong. Tidak terisi.
 
Semua kita merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Dan kita takut dengan kesunyian yang ada di dalam ruang itu.
 
Akhirnya kita mula mencari sesuatu untuk mengisinya. Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan, ada yang mencarinya dengan memanjat gunung dan menyelam ke dasar laut, ada yang berusaha mengisinya dengan menganiaya orang lain, dan ada juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain.
Tetapi akhirnya semua itu ibarat berpusing di dalam bulatan.
 
Rasa kosong itu tetap tidak terisi. Kita rasa takut dengan kekosongan itu.
Maka apakah kekosongan itu? Dengan apakah kita patut mengisinya?
Itulah dia ruang khas untuk Ilahi. Kosong, kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan padanya. Itulah dia ketundukan dan ketaatan, serta pergantungan kita kepadaNya.


Kesedaran bahawa pergantungan kita adalah rapuh


Kita isi hidup kita dengan pelbagai pengisian. Kita bergantung dengan pelbagai pergantungan. Kita harap kasih sayang insan itu akan berkekalan. Kita damba kebahagiaan kita akan berterusan.
 
Tetapi sebagai manusia yang berfikir, kita akan terfikir, sejauh manakah kesenangan kita akan berkekalan? Selama manakah keamanan yang ada pada kita akan berterusan?
 
Apakah selepas kematian orang yang memberikan kasih sayang kepada kita, kita akan dapat meneruskan kebahagiaan ini seperti biasa? Apakah harta ini akan dapat memuaskan kita selama-lama?
 
Akhirnya kita akan melihat, ada 1001 kemungkinan di dalam perjalanan hidup kita di atas dunia ini, yang mampu membawa kita kepada kesengsaraan.
 
Kemalangan, tragedi, musibah, dugaan, kematian, semuanya adalah boleh terjadi, dan lantas kita sedar bahawa kita adalah sangat lemah. Tidak berkuasa. Tidak mampu berbuat apa-apa sebenarnya.
Di sinilah kita melihat kerapuhan.
 
Dan takut pun muncul.
Gerun dengan hari esok tanpa pergantungan yang utuh.


Allah adalah yang terampuh

Di sinilah akhirnya kita melihat, kekosongan itu hanya akan terisi apabila kita mendekat dengan Ilahi. Apabila kita mengadu kepadaNya. Apabila kita berharap kepadaNya. Apabila kita meminta kepadaNya. Apabila kita bernaung di bawahNya. Apabila kita melaksanakan perintah-perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
 

Sebab kita yakin bahawa, Allah adalah yang terampuh.
 
Dia yang menciptakan kita. Dia yang memberikan kita bahagia dan sengsara. Dia yang menyusun atur seluruh alam ini. Dia yang menciptakan semuanya. Dia yang Maha Tahu, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkuasa Atas Segala-gala.
 

Tiada yang mampu menandingiNya.
Hatta kehebatan mentari juga dalam kekuasaanNya.
Hatta keindahan bulan juga dalam genggamanNya.
 
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” Surah Al-An’am ayat 74-80.


Dengan Allah, kekosongan itu terisi

Dengan mendekati Ilahi, kekosongan di dalam hati yang amat misteri itu terisi. Rasa takut hilang. Rasa gundah sirna. Rasa gelisah musnah. Rasa resah punah.
 
Yang ada hanyalah ketenangan.
 
Ketenangan yang ditunjukkan Bilal bin Rabah RA saat batu menghempap atas dadanya.
 
Ketenangan yang ditunjukkan Suhaib Ar-Rumy RA saat mengorbankan seluruh hartanya.
 
Ketenangan yang ditunjukkan Bara’ bin Malik RA saat dia melemparkan dirinya ke kubu musuh.
 
Ketenangan yang ditunjukkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas saat dia ingin merentas sungai yang besar dan dalam.
 
Ketenangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, saat dia hanya berdua bersama Abu Bakr di dalam Gua Tsur.
 
Hingga ke tahap nyawa di hujung tanduk, ketenangan itu tetap wujud sebagai mana yang ditunjukkan oleh 

Khubaib ibn ‘Adi RA, saat tubuhnya dilapah hidup-hidup oleh Abu Jahal, dan juga apa yang ditunjukkan oleh Ali ibn Abi Talib RA saat dia menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW.
 
Apatah lagi sekadar kehidupan kita.
 
Ketenangan, rasa selamat, rasa bahagia, rasa aman yang abadi ini, yang terwujud walau saat kesukaran dan kegelisahan yang tinggi ini, hanya akan didapati apabila merapat dengan Ilahi. Inilah hakikatnya yang kita cari-cari.
 
Dan pada Ilahi adalah tempat untuk kita menuntutnya kini.


Penutup: Kembalilah kepada Allah dengan sebenar-benar pengembalian


Maka dekatilah Allah. Bukan semata-mata di dalam solat dan ibadah kita di masjid, bukan semata-mata di dalam qiam kita di tengah malam. Tetapi juga di tengah pejabat kita, di meja makan kita, di rumah kita, di tengah tempat belajar kita, di tengah padang permainan kita, di taman-taman rekreasi kita.
Mendekati Allah, tunduk kepadaNya, sepanjang masa. Ketika.
 
Kehidupan kita sendiri, kita bina atas apa yang diredhaiNya.
 
Dan kita telah lihat manusia-manusia yang telah berlalu sebelum kita, yang melakukan perkara yang sama(yakni mendekati Allah, tunduk kepadaNya sepanjang masa), apa yang mereka perolehi di dunia, dan apa yang mereka akan perolehi di akhirat.
 
“Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! - Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ Surah Al-Fajr ayat 27-30
 
Tidakkah kita melihat, ini jawapan kepada ‘kekosongan’ itu?
 
Maka apakah yang patut kita lakukan sekarang?

::Aidil Adha 1431H::

Perkongsian: Menjejak Keluarga Ibrahim

Adakah semata-mata haiwan yang terkorban? ~ picture by tya of deviant art.
 Adakah semata-mata haiwan yang terkorban? ~ picture by tya of deviant art.

Esok 9 Zulhijjah. Lusa 10 Zulhijjah. Aidiladha.
Aidiladha, Aidiladha. Setiap tahun ada Aidiladha. Tetapi apakah yang kita nampak pada Aidiladha?
Nama lain bagi Aidiladha adalah Hari Raya Korban. Ya, korban. Sebut sahaja Adiladha, orang akan nampak korban. Suka saya bertanya, korban apakah yang kita nampak?
Biasanya, orang akan menjawab kepada saya, korban kambing, lembu dan di tanah arab ini, kami korbankan juga unta.
 
Adakah Aidiladha ini, hanya untuk kita memerhatikan korban yang itu?
 
Pernahkah kita melihat ke dalam diri, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Allah SWT?
Maka di sini, suka saya hendak mengajak diri saya dan pembaca, untuk kita menjejak satu keluarga. Oh, ini bukan slot Bersamamu. Keluarga ini telah lama tiada. Tetapi masih hidup di dalam jiwa-jiwa manusia yang beriman. Yang telah menunjukkan pengorbanan yang tinggi kepada Allah SWT.
Mari kita menjejak Keluarga Ibrahim AS.

Apa yang berlaku pada keluarga itu?

Ibrahim AS telah membawa isterinya Hajar dan anaknya yang baru lahir bernama Ismail, ke satu lembah gersang di tengah padang pasir yang dikelilingi gunung ganang. Di situ, dia meninggalkan kedua-duanya.
Ini ditunjukkan dalam firman Allah SWT berkenaan doa Ibrahim As:
 
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” Surah Ibrahim ayat 37.

Ibrahim AS kemudiannya kembali kepada isterinya Sarah di Palestin.
Di sini kita dapat melihat bahawa, Ismail AS tidak membesar bersama-sama bapanya Ibrahim AS. Yang menjaganya, bersabung nyawa memastikan penerusan kehidupannya, adalah ibunya Hajar. Namun apakah Hajar kecewa? Merasa tidak berguna dan sebagainya?

Kita akan perhatikan nanti.

Ibrahim AS meninggalkan mereka di lembah gersang itu, adalah sebahagian daripada aturan Allah SWT untuk sesuatu yang besar pada masa hadapan. Dan di sini, Ibrahim AS telah melakukan satu pengorbanan yang besar dengan meninggalkan anak dan isterinya di satu tanah yang gersang, tiada sumber air dan makanan.
Namun keimanannya kepada Allah SWT, keyakinan bahawa perintah Allah tidak akan menghasilkan sia-sia, membuatkan dia tabah meninggalkan isteri dan anaknya.
Ini pengorbanan yang pertama
.
Ujian datang lagi buat keluarga itu

Selepas berlalu beberapa waktu, Nabi Ibrahim AS bermimpi bahawa dia menyembelih anaknya Ismail. Mimpi para Nabi bukanlah mimpi sebagaimana kita. Mimpi para Nabi adalah wahyu daripada Allah SWT.
Mendapat arahan itu, Nabi Ibrahim bergerak merentas padang pasir, daripada Palestin ke Makkah di Tanah Hijaz. Perjalanan yang bukannya pendek. Juga tidak mudah. Semata-mata untuk taat kepada Allah SWT, menyembelih anaknya sendiri.

Sampai sahaja di Makkah, kepada Ismail dia bertanya. Dan lihatlah apa yang Allah kisahkan akan jawapan seorang Ismail AS:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar Surah Assaffat ayat 102.

Ismail AS juga taat tanpa banyak bicara. Tanpa berdalih. Tanpa memberikan apa-apa alasan untuk meragukan ayahnya agar tidak melaksanakan perintah itu. Sedangkan, nyawanya adalah taruhan dalam hal ini.
Maka Ibrahim AS pun melaksanakannya. Namun apabila pisau yang tajam itu dilalukan pada leher Ismail AS, ia tidak mampu menyembelihnya. Menyangkanya tumpul, maka Ibrahim AS mengasahnya semula dan melakukan penyembelihan itu sekali lagi. Namun tetap gagal. Sekali lagi Ibrahim AS mengasahnya. Namun untuk kali ketiga, penyembelihan tetap gagal dilakukan.

Ketika inilah Allah SWT mengiktiraf ketaatan keluarga itu. Dan menggantikan Ismail AS dengan seekor Qibasy.

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;” Surah Assaffat ayat 103-107.

Dan ketaatan Ibrahim AS ini diiktiraf oleh Allah SWT, Ibrahim AS diangkat setinggi-tinggi darjat, bahkan dia dipuji oleh langit dan bumi. Ibrahim AS terkenal sebagai bapa para nabi, juga menjadi rebutan oleh kaum yahudi dan nasrani yang hendak menyatakan bahawa Ibrahim AS daripada kalangan mereka.

“Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.” Surah Assaffat ayat 108-113.

Apa yang ditunjukkan pada kisah keluarga ini?

Pengorbanan. Mengorbankan apa yang diri kita sayangi, untuk mentaati perintah Allah SWT. Itu yang saya hendak fokuskan dalam kisah keluarga Ibrahim. Mari kita lihat dengan lebih teliti, agar kita lebih merasai.
Pengorbanan pertama: Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di tanah gersang. Siapakah yang senang dengan keadaan demikian? Sebagai manusia, Nabi Ibrahim juga berat melakukannya. Namun itu adalah perintah Allah SWT, maka Nabi Ibrahim mengorbankan perasaannya, kepentinganya, kesenangannya, kerana yakin bahawa, tiadalah daripada perintah Allah SWT itu satu yang sia-sia.

Pengorbanan kedua: Nabi Ibrahim sanggup merentas padang pasir daripada Palestin ke Makkah, satu perjalanan yang jauh, untuk menyembelih anaknya. Sekiranya kita lihat semula, apakah itu? Bersusah payah merentas padang pasir panas, yang jauh, yang sukar, semata-mata untuk menyembelih anak sendiri? Tetapi Nabi Ibrahim melaksanakannya. Padang pasir yang panas, perjalanan yang jauh, menjadi kecil padanya dalam mentaati Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa, tiadalah daripada mentaati Allah itu, selain kebaikan sahaja.

Pengorbanan ketiga: Melihat di sisi Ismail AS pula, anak itu tidak berdalih langsung semasa dinyatakan berkenaan penyembelihannya. Bahkan dia taat, dan menyuruh Ibrahim AS mentaatinya. Mengapa? Mengapa begitu sekali gaya Ismail AS? Hingga sanggup mengorbankan diri sendiri? Kerana itu adalah perintah Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa Allah tidak akan mengarahkan sesuatu yang sia-sia, maka dia sanggup mengorbankan dirinya untuk mentaati Allah SWT.

Pengorbanan keempat: Satu watak yang tersembunyi dalam kisah ini adalah Hajar. Adakah Ismail AS itu, terbentuk taat begitu sahaja secara tiba-tiba? Tidak. Pastinya ada didikan yang membentuk Ismail menjadi sedemikian rupa. Itulah dia didikan tangan seorang Hajar. Bayangkan, Hajar, seorang isteri yang ditinggalkan di tanah gersang, dan dialah yang membesarkan Ismail. Namun, dia tidak membesarkan Ismail menjadi seorang yang membenci bapanya, bahkan membesarkan Ismail menjadi orang yang amat taat kepada Allah SWT. Ini menandakan Hajar rela dengan segala apa yang dilakukan Ibrahim AS. Kerana apa? Kerana Hajar tahu, bahawa Ibrahim AS mentaati Allah SWT. Dan Hajar mengetahui bahawa, mentaati Allah SWT tidaka akn emmberikan apa-apa melainkan kemuliaan.

Pengorbanan kelima: Ibrahim AS benar-benar menyembelih Ismail AS. Dan Ismail AS tidak menunjukkan pelarian di situ. Mereka benar-benar melaksanakannya. Bahkan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah SWT yang satu itu. Mengenepikan segala kepentingan diri, kesenangan hati dan kehendak peribadi. Semuanya untuk mentaati Allah SWT. Mereka melaksanakannya, semampu diri mereka. Bersungguh-sungguh.

Lima pengorbanan ini, kita perhatikan semula.

Semua ini didirikan atas apa?

Atas satu perkara. Ketaatan kepada Allah SWT.

Bagaimanakah kita boleh taat kepada Allah SWT?

Dengan keimanan kepadaNya.

Kekuatan untuk mampu berkorban hakikatnya, bergantung kepada keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita kepada Allah SWT itulah yang memprodus kekuatan untu mengangkat perintahNya menjadi sesuatu yang besar dalam kehidupan kita melebihi kepentingan diri kita sendiri..

Inilah yang Allah mahu kita lihat, dan Aidiladha itu bukan semata-mata perayaan.
Tetapi ia seakan-akan satu peringatan tahunan.

“Apakah kamu wahai hamba-hambaKu, sudah bersedia untuk mengorbankan hawa nafsumu?”

Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam?

Satu soalan mudah. Bagaimana kita menjawabnya?

Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam dalam kehidupan kita ini?
Apabila bertemu perintah Allah dengan tuntutan hawa nafsu kita, yang mana satukah kita korbankan?
Apabila datang perintah Allah SWT, dengan kepentingan peribadi kita, yang mana satukah yang kita utamakan?

Bila datang perintah Allah SWT, dengan perintah selain daripada Allah SWT, yang mana satukah akan kita taatkan?

Kita perhatikan kembali kehidupan kita. Kita perhatikan kembali rutin kita.
Apa?

Aidiladha semakin hampir. Dan kamu lihatlah apa yang telah kamu korbankan?

Penutup: Yang berkorban itu, Allah bayar

Mengambil ‘ending’ kisah Keluarga Ibrahim tadi, Allah membayar segala pengorbanan keluarga itu dengan kemuliaan dan darjat yang tinggi tidak terhingga. Allah membalas ketaatan hamba-hambaNya, dan bukan membiarkan mereka begitu sahaja.

Di sini, ia merupakan satu motivasi buat kita, bahawa mengorbankan kepentingan diri dalam mentaati Allah SWT itu bukanlah sia-sia.

Panas sedikit, rimas sedikit pakai tudung, bukan sia-sia.

Nampak kuno sikit, berpakaian kemas dan tidak koyak-koyak, dedah-dedah, bukan sia-sia.

Korban masa sikit, untuk buat amal kebaikan dan amal bermanfaat, bukan sia-sia.

Buat baik pada orang, walaupun orang tak baik pada kita, bukan sia-sia.

Korban wang, sedekah pada yang memerlukan, bukan sia-sia.

Mereka yang mengorbankan nyawa, dalam menegakkan agama Allah SWT, bukan sia-sia.

Itulah keimanan kita.

Kita belajar daripada keluarga Ibrahim AS.

Namun siapakah yang memerhatikan?

Dan yang memerhati, siapakah yang mempraktiskannya?

Aidiladha semakin hampir.

Apakah tahap kesediaan berkorban untuk Allah kita?

Friday, November 12, 2010

::Belajar Dari Alam::



Aku sering memandang ke luar jendela.
Merenung ke langit melihat pokok, bintang, langit yang biru, pokok-pokok yang berdiri tegak dan bintang-bintang yang berkelipan di kala malam.
Malah aku sebenarnya sangat tertarik dengan sebatang pohon di hadapan jendelaku yang kelihatan sangat lebat dan rendang daunnya.
Setiap kali aku memandang keluar jendela, pohon itulah yang sering menambat perhatianku terlebih dahulu.
Dalam hatiku pula, aku sering tertanya-tanya apakah yang dapat aku pelajari dan aku fikirkan daripada alam ciptaan Allah ini.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'' (Surah Al-Imran : 190-191)

Suatu hari aku terdengar petikan kata-kata Ustaz Zahazan dalam satu kuliahnya menerusi radio - orang beriman umpama pohon yang merendang. Akarnya sangat kuat dan sangat sukar untuk dipatahkan.
Malah akarnya bisa mencengkam ke dasar tanah. Begitulah jua dengan orang beriman.
Keimanannya teguh semata-mata kerana Allah yang Esa.
Daun pohon itu sangat rendang dan lebat umpama orang beriman yang semakin berusia, semakin bertambah pula amal ibadatnya semakin bertambah jua ilmunya.

Pohon itu sangat teguh dan kukuh di situ.
Meskipun kadangkala dahan dan dedaunnya meliuk lintuk dan bergerak dipukul angin kuat, namun pohonnya tetap di situ.
Akarnya yang kuat mampu menahan dirinya daripada tumbang.
Ya! Seperti orang yang beriman, meskipun kadangkala iman itu ada naik dan turunnya, meskipun terkadang hampir ditewaskan dengan pujuk rayu syaitan dan nafsu, namun keimanan yang teguh yang mendasari hati mengatasi segalanya.


Pohon itu tahan diuji dengan panas dan hujan. Malah meskipun disambar petir dan angin yang kencang.
Sepertimana orang yang beriman, meskipun diuji dengan dugaan dan ujian yang sangat berat, namun dia pasrah dan sabar.
Mereka tetap meneruskan hidup dengan senyuman dan tidak pernah mengalah.
Dedaun yang kering dan sudah tua tidak kekal di atasnya.
Ianya akan jatuh ditiup angin atau jatuh sendiri, dan akhirnya menyatu dengan tanah.
Sepertimana orang beriman yang tidak pernah membiarkan dirinya bersalut dosa, sering mencari peluang untuk bertaubat dan menyucikan diri, agar diri termasuk dalam kalangan orang yang diampunkan.
Pohon itu juga menjadi tempat untuk insan berteduh daripada kepanasan, bersandar kerana keletihan.
Tambahan itu, mereka juga dapat berlindung daripada panas dan hujan sepertimana orang beriman yang menjadi pelindung kepada saudaranya yang lain serta membantu saudaranya yang dalam kesusahan di samping membela nasib orang miskin dan anak-anak yatim.
Burung-burung juga sering singgah di dahan pohon tersebut.

Itulah umpamanya orang beriman yang dalam masa yang sama, menjadi penolong agama Allah dengan menyebarkan hidayah dan petunjuk-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang lain yang perlukan bimbingan. Mereka mengajak ke arah kebaikan, menyeru ke jalan yang benar dan mencegah daripada kejahatan.
Namun, pohon itu tetap pohon.
Sebatang pohon yang merupakan makhluk Allah. Dia tidak kekal dan saatnya akan tiba, Pasti ia akan mati jua.
Walau seteguh mana pun ia di situ, aku sedar, saatnya akan tiba di mana aku tidak mampu lagi menyaksikan ianya berdaun lebat dan berdiri kukuh di situ.
Sepertimana orang beriman, tiba masa dan ketika, dirinya tetap kan pergi menghadap Ilahi.
Namun kehilangannya pasti dirasai, jasa dan bakti mereka tetap dalam sanjungan.

Dan akhirnya aku dapat mempelajari sesuatu daripada sebatang pohon yang sering aku pandang selama ini.
Ini mengajarku untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik kepadaNya.
Bukan sekadar untuk dipandang, namun jua untuk dipelajari dan diambil pelajaran daripadanya. Semoga kita semua mampu belajar sesuatu daripada alam yang terbentang luas ini sebelum mata ini terpejam buat selamanya.
Juga, semoga kita bisa meningkatkan keimanan dan amal soleh kepada NYA ,serta termasuk dalam kaum yang memikirkan. Insya Allah.

Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (meningat Allah). (Surah Al-Qaaf, 50:7-8 )

Sunday, November 7, 2010

::Cuti 2::

Kisah Seorang Pembuat Teh..

Disatu pagi yg dingin,tekak ku berasa haus... bersama 4 orang kawan2 ku, kami pergi ke bilik masakan untuk membuat teh... sudah hampir 4 bulan rasanye aku tidak minum air teh ,gertak hati kecilku... aku pun berkata.. "hei Wan(bukan nama samaran sebenar), dah lama tak minum teh susu nie"... sejak kita datang sampai sekarang tak pernah kita buat teh"... ujar ku... lantas kawan ku berkata "yer x yer jugak".."biar aku yang buat,aku ada bawa teh dari Malaysia"...

 Donut coklat yg pertama kali dibuat sendiri =)

Time tu aku berasa sangat gembira, hajat dihati terlaksana.. 10 minit selepas tu... air yang diimpi terhidang didepan mata... sekali lihat air itu tak ubah macam air teh... 2 kali lihat air yang dibuat tak tumpah macam air susu biasa tanpa diletak teh. 'kesabaran x dapat ditahan,air yg dicita sudah ada didepan mata... kami mengapai cawan yang diisi air teh itu dengan kasarnya... mulut dibuka dengan luas,tangan menolak cawan ke mulut... dalam beberapa detik, air teh tersebut jatuh mencecah ke lantai mulut kami...


Alangkah terperanjatnya kami,akan rasa air teh itu... kami memandang sesama sendiri... rasanya tak begitu enak di minum... tapi kami tahu yang wan berusaha keras ketika membuat teh itu... nak dibuang membazir.. dah la membazir itu amalan syaitan... kalu dibuang jugak mungkin akan menguris hati kawan kami yang bersusah payah membuat teh untuk kami... wan tahu kami memang hendak sangat minum teh ketika itu... dengan kesungguhan yang diberikan, kami bertiga meminum air teh itu sampai habis... soal kelazatan teh yang diimpikan ditinggalkn. Yang penting hati wan kena kami jaga... walaupun begitu kami tetap berterima kasih kepada wan..


 Donut tanpa coklat...sedap =)
No need to go to Dunkin's Donought

Pengajaran disini... 
  1. Hargai usaha yang kawan berikan dan hormati pandangan org lain..
  2. Hargai pengorbanan ibu dan ayah yang berusaha keras menjaga kita.
  3. Jgn sekali-kali membazir,dan hargailah air,kerana itu adalah rezeki yang tuhan berikan..
  4. Bersyukur akan nikmat yg diberikan.
  5. Jangan malu-malu mengucapkan 'terima kasih'..
  6. Jangan membuat air teh jika bahan tidak cukup supaya kisah begini tak dirasai oleh sekalian manusia...

Assalamualaikum... alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan yang diberikan.. Alhamdulillah minggu ni berkelapangan untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang dah lama teringin nak laksanakan... Pic donut diatas apa kaitan ngan si pembuat teh? sama-samalah ambik mana yang baik =)

Ucapan Mc Mas yang penuh bersemangat =)

Tazkirah sebelum perasmian


Di sini kita akan dikembalikan....

With Alia dan Adam






Tuesday, November 2, 2010

::Cinta::

Bicara Kalbu: Cinta perlu berlandaskan syariat

Huhu... cinta lagi, pening juga fikirkan masalah cintan cintun anak2 didik ni... yuk, pengalaman n ada sesuatu yang Allah ingain diri ini pelajari... baru2 ni ada timbul sedikit 'pergaduhan' antara banin-banat... jenuh la... gaduh sbb masing-masing saling tak puas hati ngan satu sama lain. Banat marah sbb banin duk kutuk2 n 'terperasan' yg diri dikacau oleh banin. Banin pula tak puas hati kat banat... huh... perang Itqan meletus buat yang keberapa kali... Jenuh la muallimah... tup2 MPP buat perjumpaan tergempar utk banat, n banyak la undang-undang baru yang termeterai secara automatik... hah, rasakan akibat dari perbuatan diri sendiri... Allah masih menyayangi dan memelihara kamu anak2... banin dan banat... Peliharalah Allah, Allah akan memeliharamu....





SAYA selalu membaca jawapan terhadap beberapa persoalan cinta di kalangan remaja dalam ruangan ini. Saya membuat kesimpulan bahawa bercinta itu adalah haram. Benarkah kesimpulan saya ini.

Baru jatuh cinta,
Bandar Baru Bangi.



Jawapan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor
www.bicarakalbu.blogspot.com



ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)

Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.







Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

Jawapan disediakan pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor, dengan kerjasama Wanita JIM. Sebarang komentar boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

::Ubat::

Salam ukhwah... salam ziarah... salam kemanisan =)

Mencari bahan untuk memorandum Nadwah Kepimpinan 2010 pada 22 hingga 24 November ni... Terjumpa laman web JIM n tertarik ngan add ni http://bicarakalbu.blogspot.com/ , ni juga adalah salah satu hasil wanita JIM. Alhamdulillah... untuk tatapan pengunjung n diri-diri yang senantiasa merindui...

SAYA mengenali jejaka ini selama dua tahun sebagai jiran sebelah rumah. Kami bertegur sapa hanya beberapa kali. Dia pemuda masjid, perwatakannya warak, berbudi bahasa dan menghormati orang tua membuat saya mengagumi dia dalam diam. Hati saya sudah pandai merinduinya. Bagaimana cara menghadapi keadaan ini.
GADIS PINGITAN, Muar, Johor.

SYABAS saudari, saya bersyukur kepada Allah kerana dalam dunia tanpa sempadan dan serba bebas begini masih ada lagi gadis pingitan yang mampu menjaga batas pergaulan serta punya sifat malu yang masih terbendung.

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.” 
  • Bernikah dan membina rumah tangga langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik.

Jawapan disediakan panel penasihat Wanita JIM. persoalan yang lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

::5 Kesan minum Air Bikarbonat::

Sebelum ini, banyak yang saya dapat tahu dari orang lain (lisan @ pembacaan), tentang bahayanya air pepsi, coca cola, 100plus dan segala macam jenis air yang berkarbonat. Kata mereka, boleh menghakis daging. Siap ada yang cakap, air coca cola tu boleh buat cuci tandas. Hmm.... hebat tul air berkarbonat!!

Berlegar-legar satu persoalan di kepala otak saya, apa yang akan ter
jadi kepada daging manusia kalau minum air berkarbonat? (lantaran saya begitu menggemari 100plus)... Lalu satu kajian saintifik dibuat bersama salah seorang rakan kongsi @ rakan seperjuangan, mengenai kesan pepsi twist, 100plus dan air kosong ke atas daging... Bukan daging manusia tapi daging lembu.Huhu...


Hipotesis Awal : Air berkarbonat akan menghakis daging.

Pembolehubah;
dimanipulasikan : Jenis cecair
bergerak balas : Sifat fizikal daging
dimalarkan : Kuantiti daging & isipadu cecair


Ini dia daging di awal eksperimen...



Lepas 5 jam, inilah hasil pemerhatian merangkap keputusan eksperimen...


Kesimpulan akhir:
Tengok dalam bekas B dan C. Airnya berubah menjadi keruh. Kerana apa? Kerana airnya sudah bercampur dengan cebisan daging yang terhakis. Tengok dalam bekas A pula. Memang airnya merah kerana darah tapi jernih je. Daging pula, makin cantik!!

Memang betullah air berkarbonat menghakis daging. Daripada kajian ini, isipadu air yang digunakan hanya sedikit. Boleh dikatakan seteguk sahaja. Bayangkan kalau kita minum air berkarbonat tu sebotol sehari, apa yang akan terjadi pada kita. Ish..ish..ish... Lepas ni jangan lar minum air berkarbonat. Lagipun, pepsi dengan coca-cola kan kena boikot.. tak gitu?



p/s: Kalau orang yang demam campak, doktor akan menggalakkan supaya minum dua botol besar air 100plus. Apa kandungan dalam air tu yang dapat menyembuhkan demam campak? Hmm, kena kaji lagi ni pasal 100plus. (macam tak puas hati je. Hehe....)

Monday, November 1, 2010

::Kedudukan al-Qur’an dan Kewajipan Kita::

Kedudukan al-Qur’an dan Kewajipan Kita Selepas Ramadhan



 
 
Oleh: Dr. Ahmad Abdul Hadi Syahin Hamudah
 
Oleh kerana peri pentingnya al-Quran di dalam kehidupan umat Islam, Allah telah memerintahkan nabi dan umat supaya berpegang teguh dengannya. Ini kerana al-Quran adalah sumber kemuliaan , ketinggian, kesucian, kepimpinan dan kemenangan umat. Firman Allah:

“Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus.  Dan Sesungguhnya Al Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab. (Az-Zukhruf: 43-44)

Umat akan terus kuat dan teguh di hadapan musuh selagi berpegang teguh dengan al-Quran dan petunjuk nabi saw. Di dalam hadith disebutkan sabda nabi saw:

“Aku tinggalkan kamu selagimana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iatu Kitab Allah dan Sunnahku”. (Muslim)
  
1.      Al-Quran adalah kitab hidayah

Firman Allah di permulaaan surah al-Baqarah:

“Alif laam miin. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. (Al-Baqarah: 1-2)

Firman Allah:

“Sesungguhnya Al Quran Ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, (Al-Isra’: 9)

Oleh itu al-Qur’an memberi petunjuk kepada orang yang baik dan orang yang sesat. Al-Quran memberi petunjuk kepada jalan yang betul dan jalan Allah yang lurus dan memimpin manusia kepada keredhaan Khaliq, kemenangan memperoleh syurga dan pembebasan dari api neraka.

Manusia di dalam kehidupan di dunia inginkan suatu panduan yang membawanya ke syurga. Oleh itu manusia mestilah memperolehi dalil (penunjuk) yang akan memimpin jalan ke arahnya. Dalilnya ialah Kitab Allah. Firman Allah:

"Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha: 123-124)

Justeru al-Quran memberi petunjuk kepada individu, keluarga, masyarakat, Negara dan dunia seluruhnya ke arah jalan yang betul dan memimpin bahtera manusia ke perairan yang aman dan daratan yang selamat sebagai ganti kepada system dunia, undang-undang ciptaan manusia dan falsafah manusia yang menjerumuskan mereka ke lembah kesesatan dan kerosakan.
 

2. Al-Quran adalah kitab cahaya
 

Firman Allah:

“(Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang”. (Ibrahim: 1)

Al-Quran adalah kitab cahaya yang menerangi hati dan jiwa, menerangi masjid-masjid dan kehidupan. Al-Quran umpama tenaga elektrik yang berguna kepada masyarakat untuk menyalakan lampu di rumah dan lorong-lorong. Justeru jikalau kita inginkan lampu jiwa (hati) itu menyala dan meneranginya, maka semestinya masyarakat itu berhubung dengan punca kepada cahaya. Alangkah indahnya sajak ini:

“Qur’an kita adalah cahaya yang menerangi jalan kita...Quran kita adalah api bagi orang yang melampaui batas
Qur’an kita adalah cahaya kepada orang yang inginkan hidayah dan petunjuk...Quran adalah api bagi orang yang melampaui batas lagi banyak dosa”.

Situasi paling sulit bagi manusia ialah bila hidup dalam gelap gelita sedangkan di sisinya terdapat punca kepada cahaya tetapi tidak mengingininya. Kalaupun mereka mengambilnya, mereka tidak menggunakan sepenuhnya atau tidak mengambil kebaikan darinya. Firman Allah:

“(Dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun”. (An-Nur: 40)
 

3. Al-Quran adalah kitab Kehidupan
 

Firman Allah:

“Dan apakah orang yang sudah mati, Kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?”. (Al-An’am: 122)

Contoh yang menunjukkan bahwa al-Quran menghidupkan umat dari kematian dan membangkitkan umat kepada kehidupan ialah pertempuran yang berlaku pada 10 Ramadhan. Pada pertempuran ini, umat keseluruhannya kembali kepada Allah, pemimpin, tentera dan rakyat di mana semua muslimin berada di masjid-masjid dan memenuhinya dengan doa di dalam solat khususnya semasa solat malam. Para tentera dan pengawal meninggikan suara dengan bertakbir iaitu ketika mereka di medan pertempuran, maka kilat bersinar terang tanda hampirnya kemenangan sebelum asar, kerana pemberi kemenangan dan perancangnya ialah Allah SWT. Firman Allah:

“Sungguh Allah Telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya”. (Ali-Imran: 123)

 Firman Allah:

“Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka”. (Al-Anfal: 17)

Firman Allah:

Dan Sesungguhnya tentara Kami Itulah yang pasti menang”. (As-Shoffat: 173)
 

4. Al-Quran adalah penawar segala macam penyakit
 

Firman Allah:

“ Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”. (Al-Isra’: 82)

Al-Quran adalah penawar kepada penyakit jiwa , penyakit peribadi dan social. Firman Allah:

“ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An’am: 125)

Kita tidak akan mendapati orang yang membaca al-Quran ditimpa penyakit jiwa sehingga dia merasa sempit atau bosan dengan hidup. Ini kerana al-Quran melapangkan dada, mententeramkan hati, menerangi jiwa. Bahkan pembaca al-Quran memperoleh iman yang kuat yang memeliharanya daripada kelemahan dan keruntuhan.

Imam Ibn Qayyim pernah berpesan: “Orang yang sentiasa mengambil petunjuk nabi saw di dalam makanan, minuman, sedar dan tidurnya tidak akan ditimpa penyakit melainkan penyakit mati atau penyakit yang ditentukan oleh Allah ke atasnya”. (Zadul Maad)

Oleh itu orang yang mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah Allah akan memelihara dirinya daripada sebarang penyakit, sentiasa memelihara semua anggotanya dan mengurniakan kesihatan dan perasan bahagia di dalam jiwanya.
 

5. Al-Quran sentiasa dijamin oleh Allah sebagai penyelesaian kepada semua permasalahan kita
 

Firman Allah:

“Dan kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”. (An-Nahl: 89)

Firman Allah:

“Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab”. (Al-An’am: 38)

Ajaran al-Quran mencakupi kehidupan secara menyeluruh dan mendalam. Apa jua permasalahan yang dihadapi pasti kita akan dapati ada jalan penyelesaian di dalam al-Quran atau Sunnah nabi saw. Sumber-sumber syariat Islam yang diambil oleh para ulamak adalah dalam rujukan yang tertinggi iaitu al-Quran dan As-Sunnah sehingga Abu Bakr As-Siddiq r.a pernah berkata:

“Seandainya tali unta saya hilang pasti saya dapati di dalam Kitab Allah”.

Tiada satu pun di dunia ini sebuah kitab yang terkandung ciri-ciri dan keistimewaan ini sehingga mampu menyelesaikan semua permasalahan hingga ke akar umbinya seumpama al-Quran. Bahkan dari segi perlaksanaan, hukum dan ajarannya tidak terdapat sebarang masalah. Semoga umat kita mengetahui nilai, kedudukan dan keistimewaan kitab ini yang merupakan sekuat-kuat senjata dan secanggih-canggih senjata. Seandainya umat kita mengambil petunjuknya pastilah ia akan memimpin umat kepada suatu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.

Al-Quran ialah kitab Allah yang kekal dan mukjizatnya bertahan sehinggan hari Kiamat. Memadailah Allah mewakilkan diriNya dengan menjamin bahawa al-Quran tidak akan berubah dan berpinda atau diseleweng dan ditokok tambah. Firman Allah:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya. (Al-Hijr: 9)

 
Kewajipan kita terhadap al-Quran
 

1. Keyakinan yang penuh bahawa kesejahteraan umat ialah apabila mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah

Kewajipan pertama setiap muslim terhadap al-Quran ialah mengimani dan menyakini dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang penuh di dalam hatinya, tersemat di dalam jiwanya dan tidak berbelah-bagi keyakinan ini bahawa kesejahteraan umat apabila mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Saidina Umar al-Khattab pernah mengistiharkan sejak dahulu dengan katanya:

“Sesungguhnya Allah telah muliakan kita dengan Islam. Seandainya kita memilih selain Islam untuk memperolehi kemuliaan pastilah Allah akan menghinakan kita”. (Al-Hakim)

Sabda nabi saw:

“Sesungguhnya Allah meninggikan suatu kaum dengan sebab berpegang dengan Kitab ini dan merendahkan yang lain”. (Muslim)

Allah mengangkat orang yang beriman dengan Kitab dan merendahkan orang yang menolak dan mengengkarinya. Allah telah mengangkat kedudukan para sahabat setelah mereka menerima ajaran al-Quran ke atas mereka dan merendahkan musyrikin setelah mereka enggan menerimanya.
 
 

2. Membaca dan bertilawah al-Quran

Kita hendaklah sentiasa menyantuni al-Quran ini di dalam majlis, masjid dan rumah kita. Jangan kita biarkan hari-hari yang berlalu dalam hidup kita melainkan kita sentiasa berhubung dengan al-Quran melalui pembacaan dan tilawah. Firman Allah:

“Dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan”. (Al-Muzzammil: 4)

 Firman Allah:

“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran)”. (Al-Ankabut: 45)

Sabda nabi saw:

“Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di hari Kiamat kepada orang yang membacanya”. (Muslim)

Sabda nabi saw:

“Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran di hari Kiamat nanti, bacalah, bertartillah sepertimana kamu bertartil semasa di dunia. Ketahuilah kedudukan kamu ialah seperti ayat terakhir yang kamu baca”. (Tirmizi)

Sabda nabi saw:
إن الذي ليس في جوفه شيء من القرآن كالبيت الخرب
“Orang yang tiada pada dirinya sesuatu (hafazan) tentang al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Tirmizi)

Justeru orang yang rela dirinya seperti rumah yang roboh umpama sarang burung yang memelihara haiwan-haiwan liar, syaitan dan jin. Ia sebenarnya dalam kegelapan dan keruntuhan sekiranya kosong daripada al-Quran.
 

3. Mentadabbur dan memerhatikan maksud ayat

Firman Allah:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya”. (An-Nisa’: 82)

Mentadabbur mana-mana ayat akan membantu untuk memahami dan mendalami tujuan Allah yang sebenar sehingga menyedarkan akal dan hati tentang keagungan dan kebesaran Allah.

Firman Allah:

“Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran” (Shaad: 29)

Firman Allah:

“Allah Telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, Kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun”. (Az-Zumar: 83)
 

4. Beramal dengan al-Quran di peringkat individu, keluarga dan masyarakat

Terdapat ayat yang khusus ditujukan kapada individu, ada ayat yang ditujukan kepada keluarga dan ayat yang ditujukan kepada masyarakat. Setiap ayat berkaitan dengan tanggungjawab masing-masing. Individu yang belum berkahwin dituntut melaksanakan al-Quran ke atas dirinya dalam perkara fardu, ibadah, pengetahuan tentang halal dan haram serta berakhlak dengan akhlak al-Quran. Firman Allah:

“Dan tiap-tiap manusia itu Telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah Kitab yang dijumpainya terbuka. (Al-Isra’: 13)

Firman Allah:

“Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri”. (Maryam: 95)

Terdapat ayat yang ditujukan kepada keluarga yang menyentuh persoalan wali yang merupakan ketua bagi sebuah keluarga. Sabda nabi saw:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan bertanggungjwab terhadap orang yang dipimpinnya. Setiap suami adalah pemimpin keluarga dan bertanggungjwab ke atas orang yang dipimpinnya”. (Tirmizi)

Oleh itu seorang suami mempunyai tanggungjwab yang besar terhadap isteri dan anak-anaknya. Firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”. (At-Tahrim: 6)

Sebesar-besar kerugian yang menimpa manusia pada hari Kiamat nanti ialah orang-orang yang merugikan diri dan keluarganya. Firman Allah:
 

“Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat". ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata”.(Az-Zumar: 15)
 

Kita mohon kepada Allah supaya menjadikan kita termasuk orang bersama al-Quran.

………………….

Penulis adalah seorang pensyarah di Fakulti Usuludin dan Dakwah, Universiti al-Azhar

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

Loading...

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq