::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label adik kecil. Show all posts
Showing posts with label adik kecil. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.     
 Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
        sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku         bersih."

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini

        merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-         ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
        semua perkara kebaikan.

3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
        menenangkan minda.

4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
        penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
        sebanyak 3X.

5.     
 Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
        sebutkan.

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk

        diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
        sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

        senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
        hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif."
        Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan         sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

        kejahatan.

9.      Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,

        tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10.    Kekalkan wuduk.

Sunday, November 7, 2010

::Cuti 2::

Kisah Seorang Pembuat Teh..

Disatu pagi yg dingin,tekak ku berasa haus... bersama 4 orang kawan2 ku, kami pergi ke bilik masakan untuk membuat teh... sudah hampir 4 bulan rasanye aku tidak minum air teh ,gertak hati kecilku... aku pun berkata.. "hei Wan(bukan nama samaran sebenar), dah lama tak minum teh susu nie"... sejak kita datang sampai sekarang tak pernah kita buat teh"... ujar ku... lantas kawan ku berkata "yer x yer jugak".."biar aku yang buat,aku ada bawa teh dari Malaysia"...

 Donut coklat yg pertama kali dibuat sendiri =)

Time tu aku berasa sangat gembira, hajat dihati terlaksana.. 10 minit selepas tu... air yang diimpi terhidang didepan mata... sekali lihat air itu tak ubah macam air teh... 2 kali lihat air yang dibuat tak tumpah macam air susu biasa tanpa diletak teh. 'kesabaran x dapat ditahan,air yg dicita sudah ada didepan mata... kami mengapai cawan yang diisi air teh itu dengan kasarnya... mulut dibuka dengan luas,tangan menolak cawan ke mulut... dalam beberapa detik, air teh tersebut jatuh mencecah ke lantai mulut kami...


Alangkah terperanjatnya kami,akan rasa air teh itu... kami memandang sesama sendiri... rasanya tak begitu enak di minum... tapi kami tahu yang wan berusaha keras ketika membuat teh itu... nak dibuang membazir.. dah la membazir itu amalan syaitan... kalu dibuang jugak mungkin akan menguris hati kawan kami yang bersusah payah membuat teh untuk kami... wan tahu kami memang hendak sangat minum teh ketika itu... dengan kesungguhan yang diberikan, kami bertiga meminum air teh itu sampai habis... soal kelazatan teh yang diimpikan ditinggalkn. Yang penting hati wan kena kami jaga... walaupun begitu kami tetap berterima kasih kepada wan..


 Donut tanpa coklat...sedap =)
No need to go to Dunkin's Donought

Pengajaran disini... 
  1. Hargai usaha yang kawan berikan dan hormati pandangan org lain..
  2. Hargai pengorbanan ibu dan ayah yang berusaha keras menjaga kita.
  3. Jgn sekali-kali membazir,dan hargailah air,kerana itu adalah rezeki yang tuhan berikan..
  4. Bersyukur akan nikmat yg diberikan.
  5. Jangan malu-malu mengucapkan 'terima kasih'..
  6. Jangan membuat air teh jika bahan tidak cukup supaya kisah begini tak dirasai oleh sekalian manusia...

Assalamualaikum... alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan yang diberikan.. Alhamdulillah minggu ni berkelapangan untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang dah lama teringin nak laksanakan... Pic donut diatas apa kaitan ngan si pembuat teh? sama-samalah ambik mana yang baik =)

Ucapan Mc Mas yang penuh bersemangat =)

Tazkirah sebelum perasmian


Di sini kita akan dikembalikan....

With Alia dan Adam






Tuesday, November 2, 2010

::Cinta::

Bicara Kalbu: Cinta perlu berlandaskan syariat

Huhu... cinta lagi, pening juga fikirkan masalah cintan cintun anak2 didik ni... yuk, pengalaman n ada sesuatu yang Allah ingain diri ini pelajari... baru2 ni ada timbul sedikit 'pergaduhan' antara banin-banat... jenuh la... gaduh sbb masing-masing saling tak puas hati ngan satu sama lain. Banat marah sbb banin duk kutuk2 n 'terperasan' yg diri dikacau oleh banin. Banin pula tak puas hati kat banat... huh... perang Itqan meletus buat yang keberapa kali... Jenuh la muallimah... tup2 MPP buat perjumpaan tergempar utk banat, n banyak la undang-undang baru yang termeterai secara automatik... hah, rasakan akibat dari perbuatan diri sendiri... Allah masih menyayangi dan memelihara kamu anak2... banin dan banat... Peliharalah Allah, Allah akan memeliharamu....





SAYA selalu membaca jawapan terhadap beberapa persoalan cinta di kalangan remaja dalam ruangan ini. Saya membuat kesimpulan bahawa bercinta itu adalah haram. Benarkah kesimpulan saya ini.

Baru jatuh cinta,
Bandar Baru Bangi.



Jawapan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor
www.bicarakalbu.blogspot.com



ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)

Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.







Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

Jawapan disediakan pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor, dengan kerjasama Wanita JIM. Sebarang komentar boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

::Kisah burung::


"Pagi dah menjelma, bersinar suria... hari pun cerah
Burung-burung pula terbang sini sana, menyanyi riang...

Bila hari petang, burung-burung pulang... masuklah ke sarang

Hari mula kelam, suria terbenam... hari pun malam"


Teringat masa nyanyi dengan riang ria zaman kanak-kanak dulu... best n lagu ni amat menyenangkan n mengembirakan... adakah sebab jiwa ni macam kanak-kanak lagi? lala.... best juga...


Perhimpunan pagi tadi diserikan dengan riang tawa burung yang menhiasi dada langit... amat bebas dengan riang tawa...






Burung adalah sejenis makhluk yg unik.sebaik saja ia bertemu dengan pasagannya.ia akan setia kepada pasangannya.ia akan bersama-sama sepanjang hayatnya.selepas musim mengawan ia akan bekerjasama membuat sarang.

Ini adalah kisah tentang sepasang burung yang setia.pernahkah anda melihat burung membuat sarang? selepas memilih tempat yang sesuai,mereka mula bekerja dengan tekun,membina sarang.setiap seekor terbang berulang-alik dengan membawa rumput yang kering,daun dan sebagainya.ia terbang beribu-ribu kali,berulang alik berusaha keras untuk menyiapkan sarang nya.setelah sarang siap dibina,si iu akan duduk bertelur.sebaik saja bertelur,siibu akan mengeram telur tersebut sehingga ia menetas.tugas burung jantan pula ialah menyediakan makanan untuk pasangannya dan juga mengawalnya daripada gangguan binatang lain.

Sebaik saja telur menetas,keadaan disarang menjadi riuh randah oleh kicauan anak-anaknya yang lapar.ia memerlukan makanan.

suatu pagi, si bapa sedang berusaha untuk menarik bangkai seekor ular diatas jalanraya,apabila secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah belakang lalu melanggar sibapa dan ia mati serta merta.si ibu yang tidak tahan mendengar kicauan anak-anak,keluar untuk mencari sibapa dan diwaktu yang sama juga berusaha untuk mencari makanan untuk anak-anaknya.

akhirnya ia ternampak,sibapa terlantar diatas jalanraya.ia berusaha untuk mengalih bangkai sibapa ke tepi jalan.ia cuba membangunkan sibapa tetapi sia-sia.

segala-galanya sudah terlambat.ia merasa amat kecewa dan sedih.dengan rasa yang penuh kehampaan,ia terbang kembali kesarang untuk melihat anak-anaknya.ia tidak berhati-hati.dibelakangnya terdapat seekor ular sawa yang bersedia untuk menyerang.akhirnya ular tersebut dapat menelan si ibu.

tinggallah anak dalam keadaan yang lapar.menangis dan menangis.walapun terdapat banyak burung-burung lain yang berterbangan diatas sarang mereka,tetapi tiada seekorpun yang datang untuk memberi makanan kepada mereka.dikala itu adakah kita boleh salahkan burung-burung yang lain yang tidak menghiraukan mereka?tidak.kerana mereka juga mempunyai keluarga sendiri untuk dijaga dan diberi makan.

Moral of the story...

Segala yang berlaku di depan dalam dunia ni adalah dengan ketentuan Allah, kita sebagai makhluk yg dikurniakan akal, fikiran dan nafsu agar dapat merenungi apakah tujuan kita hidup di dunia ini.....

Wednesday, October 21, 2009

::huda & kanak-kanak::



kartun la huda ni...

tak kenal maka tak cinta...
"people don't care how much you know until they know how much you care"

masa kat pusat jagaan kanak-kanak di ayer itam, pulau pinang... Izzul Aiman(6), daniel(8), hafizi(11), maisarah(8), nasha(10), hafuzah(10), danial(11), alya(7), fitriah(7), izzati(8)..nanti cikgu datang penang nanti bawak sos terengganu ya, kami nak makan ngan nasi ikan goreng...

Bila hari lahir cikgu? t kami nak bawak kek nak makan ngan cikgu kat sini... cikgu jangan la berhenti ya...

kak huda.. mei main cikgu2 ngan kami...

hari ni kak huda nak ajar apa?
kak huda nak kertas n pensil.. kami nak buat... kak huda nak suh bt ape?

kak huda izzat, amier, wa'ie main ikan kat dalam kolam kak huda...

kak huda.. mana kak ilah,abg apik n abg udin?

Ni la jadi bila cucu2 mak long balik kg....
kak huda.... kak huda... kak huda..... kak huda.....

kak huda:

eh budak2 ni... jangan la duk main ikan kat kolam tu...
jangan la duk main kejar anak2 ayam n itik... kesian kat dia... penat dia(+ .....kak huda)

Ya Allah... habis la bunga kat dalam pasu tu...

nanti opah marah main pasir... jangan main...

Mei duduk teratak tok kedah abg iran... kak huda nak ajar

Ni jadi bila masa cuti sekolah + saya ada kat umah..
Kalau time raya... lagi best...

Nur Alya Maisarah... Sempat lepas tranning kat Kb... p keja jap kat Tadiska Tahfiz Gemilang... dekat ja ngan umah... kebetulan tak de cikgu kat situ... so apa lagi... cheak it out

semangat mereka nyanyi lagu TTG ...

:: Buku latihan::

:: Lagu sekolah::


::jamuan raya:: A'adif (1), Alya (5), Aqilah (5)

::pandai posing budak2 ni... tak menang tangan n mulut::
::bestnya kek ni::
::1, 2... smile....::
::Tekunnya baca buku::
:: Biahaqi n naza anaki:
::Anis@bleh jadi ketua kelas ni... suka cubit org, Ramadhan@suka nangis, hakeem@bagus siapkan keja cikgu bagi...

Ni pulak Iqbal wa'ie n Alysha Wafiyah...

mana satu alysha tak tau... pegi ngan bas ngna cikgu2... first time dia p bukan ngan family...

:: Alysha(6) with ummi, kakak, n iqbal wa'ie... masa majlis khatam Al-quran peringkat neg. terengganu:: seronoknya dia....

::suasana majlis::

with kak ngah, farah n wani.... sambil sembang2 pasal macam2

Kartun ke? Biasa la... untuk certain2 benda... we have to be serious... but for certain thing no need la.. just be u'r self... apa yang penting.. kita kena tau apa yang kita lakukan... set target, pegang kemas2 stereng n pastikan jalan yang kita lalui itu membawa kita sampai ke tempat yang sepatutnya.. InsyaAllah.. Dia kan ada bersama2 kita... Ta Tahzan Wa La Takhaf... Inna Allah ha Ma'ana... moga Allah memberkati, meredhai dan mempermudahkan apa jua yang kita lakukan...

Tuesday, March 11, 2008

::bingkisan hati::



Hadiah yang paling ISTIMEWA

PAGI 16 Mei 2005, saya dikejutkan dengan beberapa orang anak murid yang meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu... Selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya.

Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka.. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya di-penuhi pelbagai jenis hadiah. Ada yang membawa jambangan bunga,jam, bingkai gambar, kerongsang, tudung dan macam-macam lagi. Hari itu saya rasakan terlalu indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda menghargai pemberian dan ingatan mereka.
"Terima kasih... bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya," pesan saya pada Anna lalu satu kucupan singgah di pipi gebunya.
Di sisi Anna, saya lihat Mariam tersengih-sengih.
"Cikgu... Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi takbawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya? " kata anak kecil itu bersungguh.
"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa. Cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira," saya cuba memujuknya kerana tidak mahu
menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.
Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarga, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tabika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.
Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dengan pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengka n kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah.
Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat cikgu, tau." Tatkala itu saya benar-benar tersent
uh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya.
Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dengan ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dengan senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dengan keadaan tubuh yang bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.
"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dengan rasa kasih yang mendalam.

"Tak apa... hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh.
Meriam meletakkan begnya di atas
meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warna akibat dimamah cahaya matahari.
"Sekejapya, cikgu," kata Meriam yang masih tercungap-cungap kepenatan.
Saya lihat Meriam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.
"Alaaaa... koyak pulak cikgu," rungut Meriam penuh kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menanti
nya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Meriam keluarkan.
"Apa yang Meriam bawa tu? " saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama.
Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat lima biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung di kelopaknya.
"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah.
Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Meriam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu... cikgu tak suka buah bacang ke? " tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan lima biji buah bacang yang bergulingan di atas meja.
Saya cuba tahan air mata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.
"Taakkkkk... Cikgu... cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan, ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong.
Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandi kan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa lima biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh dua kilometer.
Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak... cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi..

Anak kecil itu mengangguk. "Tengok Meriam pun bagi hadiah kat cikgu juga," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.
"Eleh.... buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak," kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.
"Tak apa... semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak, semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis air mata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru.
Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang denga
n perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya lima biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main di ruang mata saya.
Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titik air mata ini tumpah lagi kepipi.


Terima kasih, Mariam. Lima biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq