::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, July 3, 2008

keturunan bugis rupanya...

Setibanya aku dari kampung halaman (23/6-28/6) ke sempadan kedah-penang, aku mendapat berita dari ayah mi yang menyatakan ayah za'im sakit tenat di Hospital Pantai ( diubah ke hospital besar pulau pinang untuk dioperate pada salur darah halus di dalam kepala ). Segala perancangan untuk ziarah sedara mara di kedah dah bertukar perancangan... Tapi alhamdulillah, segala-galanya ada hikmah...Dia lebih mengetahui, Dia Sebaik-baik perancang... Bermula dari perkabaran inilah aku dapat mengenali boleh dikatakan hampir kesemua adik beradik arwah ayah tersayang yang berada di merata negeri. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah... Engkau cucurilah rahmat ke atas arwah ayahku. Engkau lapangkanlah kubur ayahku, engkau terangilah kubur ayahku, engkau rahmati dan berkahilah roh ayahku... moga dia tenang di sana. Ya Allah... engkau satukanlah hati-hati kami dalam kami menjalani kehidupan dunia ini. Janganlah engkau lalaikan kami dengan keturunan kami, jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang terus memperjuangkan islam, ...

hanya lapisan umur ayah ngan mak sedara ja kenal, yang lain tak kenal (sepupu, adik, kakak n lain2)

Ayah Za'im - Adik arwah ayah, anak kepada Tok Wan Yam(satu-satunya isteri arwah tok wan@Abdullah haji sabil yang ada)

2/8 : Mc Liza --> "Zaim dah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 2.40 sebentar tadi. Rabu, 2 julai 2008" Inna lilla hiwainna ilaihiraji'un. Ya daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali,Al-Fatihah. Arwah ayah Zaim, adalah adik arwah ayah. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, simple, peramah, suka cerita pasal arwah ayah n kolej mara kulim). Kepulangan hakiki...meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Alam yang kekal abadi.Buat diri, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan. Gunakanlah nikmat itu untuk kebaikkan semua. Perlengkapkanlah dirimu dengan ilmu, iman dan amal...berjuanglah, berkorbanlah, jangan tewas dengan tuntutan hawa nafdsu dan syaitan, bersabarlah dan jangan putus asa...Agar saat kita bertemuNya, ada jawapan yang mampu kita ungkapkan ata sapa yang kita usahakan.


Waris Daeng Perani

Erm...baruku tahu cerita salasilah nenek moyangku. Kisah perjuangan Tok Wan dalam memperjuangkan islam di tanah melayu, dalam mempertahankan islam dan tanah melayu dari cengkaman British, kisah 13 mei, kisah Hartal... Alhamdullillah, moga-moga darah dan semangat perjuangan ini masih lagi mengalir dalam darah anak cucu dan seterusnya generasi seterusnya.
Tok wan @ Abdullah bin haji Abdul Sabil = betul2 mirip ngan ayah


Kami adik beradik adalah keturunan ke7 Waris Daeng Perani, pahlawan tanah melayu.. Arwah ayah adalah anak sulung kepada arwah tok wan, abdullah (nama yang telah diubah untuk mengelirukan pihak penjajah).

Ayah : Makhtar Abdullah
Ibu : Zainun Abd Kadir

1st sabil clan : Emanuddin B. Makhtar (t-shirt putih)
2nd sabil clan : Naziran B. Makhtar (not in pic)
3rd sabil clan : Me @ Fazlul Huda Bt. Makhtar (red scarf)
4th sabil clan : AzilahBt. Makhtar (pink scarf)
5th sabil clan : Mohd Rafik B. Makhtar (black t-shirt)

Pahlawan Bugis Yg Mangkat Di Kedah ~ Bahagian I
Asal usul Daeng Perani

Mengikut Catatan Raja Ali Haji dalam bukunya Salasilah Melayu dan Bugis serta Tuhfat Al-Nafis, Putera Bugis lima bersaudara ini adalah dari keturunan Opu Tendriburang Daeng Rilaga iaitu putera La Maddusalat, seorang Raja Bugis di negeri Luwuk. Opu Tendriburang Daeng Rilaga mempunyai lima orang anak iaitu Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng Menambun & Daeng Kemasi.

Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya keluar dari Luwuk setelah ayahandanya Opu La Maddusalat mangkat. Beliau memulakan perjalanan ke negeri To Pammana. Di sini beliau disambut meriah oleh pemerintah To Pammana. Beliau Kemudian ke Bone dan seterusnya ke Betawi bertemu dengan saudaranya Opu Daeng Biasa. Selepas pertemuan itu, beliau berangkat ke Siantan. Ketika di Siantan, Opu Daeng Perani telah berkahwin dengan anak Nakhoda Alang, keturunan Makasar. Dari Siantan Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya mengambara ke Johor dan Melaka serta Kemboja. Setelah beberapa lama tinggal di Kemboja, Opu Daeng Rilaga dan anak-anaknya kembali ke Siantan. Apabila mereka sampai di Siantan, isteri Opu daeng Perani telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Daeng Kemboja sempena kepulangannya dari negeri kemboja.

Tidak berapa lama pulang dari Kemboja, Opu Daeng Rilaga telah mangkat. Oleh yang demikian, peranan beliau telah diambil alih oleh Opu Daeng Perani.

Opu Bugis lima bersaudara ini kemudiannya telah terlibat dengan Johor, Linggi [Negeri Sembilan], Selangor, Perak & Kedah di Semenanjung Tanah Melayu, manakala Matan, Sambas & Mempawah di Kalimantan Barat.

Penglibatan Opu daeng Perani Di Dalam Politik Kedah.

Sebelum terlibat dalam politik Kedah, Daeng Perani dan saudaranya terlibat dalam politik Johor, membantu Raja Sulaiman Ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV mengalahkan Raja Kechil [Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, 1788 – 1722] dan menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah [1722 – 1760], bersemayam di Pulau Bintan. Sebagai mengenang jasa bantuan dan menepati janjinya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor [Yang Dipertuan Muda Johor] yang pertama.

Penglibatan mereka di kedah, seperti juga di Johor adalah dalam perselisihan takhta kerajaan. Penglibatan Opu Daeng Perani di Kedah dan berperang dengan Raja Kechil, Yang Dipertuan Siak digambarkan oleh Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu & Bugis serta Hikayat Siak.

Ketika berada di Selangor, Daeng Perani mendapat surat daripada Sultan kedah meminta bantuan. Beliau telah berangkat ke Riau berbincang lima bersaudara. Mereka berlima telah bersetuju dan berangkat ke Kedah mengadap Sultan kedah. Dalam pertemuan ini, Sultan kedah meminta Opu Lima bersaudara mengambil alih takhta kerajaan yang diduduki adinda baginda. Jika berjaya, Sultan kedah bersedia memberi ganjaran.

Peperangan berlaku diantara angkatan Sultan kedah yang lama angkatan yang disokong oleh Opu Bugis lima bersaudara. Peperangan berlarutan sehingga melebihi sebulan. Sultan kedah lama telah dikalahkan.

Pada 1136 Hijrah [1724] Opu Bugis lima bersaudara mendapat berita bahawa Raja Kechil Siak berada di kedah memenuhi jemputan Sultan kedah yang telah kalah membantu baginda menduduki semula takhta kerajaan Kedah. Opu Bugis Lima Bersaudara kembali membantu Sultan kedah dengan alas an perjanjian antara Sultan kedah dengan mereka belum selesai serta Opu Daeng Perani mempunyai seorang isteri di Kedah iaitu adinda kepada Sultan Kedah, Tengku Aishah.

Peperangan berlarutan selama dua tahun. Raja Kechil telah kalah dalam peperangan ini. Daeng Perani juga turut terkorban. Raja Kechil yang telah gagal , berundur ke Siak. Setelah Perang tamat, Daeng Chelak dan saudaranya Yamtuan Muda Daeng Marewah telah mengebumikan jenazah Opu Daeng Perani. Seterusnya Yamtuan Muda Daeng Marewah telah memohon kepada Sultan Kedah memohon kebenaran pulang ke Riau. Dengan itu, Daeng Marewah dan angkatan Bugis kembali ke Riau.

Nota: Petikan Kertas kerja yang dibentangkan dalam forum bertajuk ‘Di manakah Letak Sebenarnya Makam Daeng Perani’, bertempat di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah pada Ahad 13 Mei 2007. Oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali – Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala Lumpur

No comments:

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq