::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 27, 2010

::I Love Aqsa::



 ::viva palestina israel gaza arab muslim algerie::



::Konvoi Viva Palestina dan Aqsa Syarif ke Gaza 18 Sept 2010:: Interview with Hj. Taufiq@Aqsa Syarif Pulau Pinang::

Hj. Taufiq dijemput datang ke sekolah untuk berkongsi ngan anak-anak pelajar Itqan...

-Kredit buat informer...

Tuesday, October 26, 2010

::Kisah burung::


"Pagi dah menjelma, bersinar suria... hari pun cerah
Burung-burung pula terbang sini sana, menyanyi riang...

Bila hari petang, burung-burung pulang... masuklah ke sarang

Hari mula kelam, suria terbenam... hari pun malam"


Teringat masa nyanyi dengan riang ria zaman kanak-kanak dulu... best n lagu ni amat menyenangkan n mengembirakan... adakah sebab jiwa ni macam kanak-kanak lagi? lala.... best juga...


Perhimpunan pagi tadi diserikan dengan riang tawa burung yang menhiasi dada langit... amat bebas dengan riang tawa...






Burung adalah sejenis makhluk yg unik.sebaik saja ia bertemu dengan pasagannya.ia akan setia kepada pasangannya.ia akan bersama-sama sepanjang hayatnya.selepas musim mengawan ia akan bekerjasama membuat sarang.

Ini adalah kisah tentang sepasang burung yang setia.pernahkah anda melihat burung membuat sarang? selepas memilih tempat yang sesuai,mereka mula bekerja dengan tekun,membina sarang.setiap seekor terbang berulang-alik dengan membawa rumput yang kering,daun dan sebagainya.ia terbang beribu-ribu kali,berulang alik berusaha keras untuk menyiapkan sarang nya.setelah sarang siap dibina,si iu akan duduk bertelur.sebaik saja bertelur,siibu akan mengeram telur tersebut sehingga ia menetas.tugas burung jantan pula ialah menyediakan makanan untuk pasangannya dan juga mengawalnya daripada gangguan binatang lain.

Sebaik saja telur menetas,keadaan disarang menjadi riuh randah oleh kicauan anak-anaknya yang lapar.ia memerlukan makanan.

suatu pagi, si bapa sedang berusaha untuk menarik bangkai seekor ular diatas jalanraya,apabila secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah belakang lalu melanggar sibapa dan ia mati serta merta.si ibu yang tidak tahan mendengar kicauan anak-anak,keluar untuk mencari sibapa dan diwaktu yang sama juga berusaha untuk mencari makanan untuk anak-anaknya.

akhirnya ia ternampak,sibapa terlantar diatas jalanraya.ia berusaha untuk mengalih bangkai sibapa ke tepi jalan.ia cuba membangunkan sibapa tetapi sia-sia.

segala-galanya sudah terlambat.ia merasa amat kecewa dan sedih.dengan rasa yang penuh kehampaan,ia terbang kembali kesarang untuk melihat anak-anaknya.ia tidak berhati-hati.dibelakangnya terdapat seekor ular sawa yang bersedia untuk menyerang.akhirnya ular tersebut dapat menelan si ibu.

tinggallah anak dalam keadaan yang lapar.menangis dan menangis.walapun terdapat banyak burung-burung lain yang berterbangan diatas sarang mereka,tetapi tiada seekorpun yang datang untuk memberi makanan kepada mereka.dikala itu adakah kita boleh salahkan burung-burung yang lain yang tidak menghiraukan mereka?tidak.kerana mereka juga mempunyai keluarga sendiri untuk dijaga dan diberi makan.

Moral of the story...

Segala yang berlaku di depan dalam dunia ni adalah dengan ketentuan Allah, kita sebagai makhluk yg dikurniakan akal, fikiran dan nafsu agar dapat merenungi apakah tujuan kita hidup di dunia ini.....

Wednesday, October 20, 2010

::Jannah- Child of paradise::

::Darul Quran::

PELAJAR OKUMP DARUL QURAN KUMPULAN PERTAMA MENDUDUKI PEPERIKSAAN DIPLOMA DARUL QURAN.

Sejuta kesyukuran dipanjatkan buat pamilik hati ini... alhamdulillah... masih diberi kanikmatan-kanikmatan untuk melangkah dalam kehidupan seharian ini... 
Selaras dengan keperluan ummah dan negara, Darul Quran JAKIM telah mengorak langkah dengan menawarkan program Diploma Tahfiz al-Quran untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan bermula pengambilan pada Mei 2010. Seramai 8 pelajar OKUMP telah menduduki Peperiksaan ini yang terdiri daripada 5 lelaki dan 3 perempuan bersama-sama 630 pelajar Diploma yang lain. Peperiksaan Diploma bagi sesi Mei 2010-Sept 2010 ini telah bermula pada 1 September yang lalu dan berakhir pada 27 September 2010 bagi ujian syafawi dan tahriri serentak dengan Maahad Tahfiz Negeri yang turut menjalin kerjasama Diploma Darul Quran.

Monday, October 18, 2010

::Ekspedisi Ke Taman Negara::























Kepimpinan Melalui Pengaruh
www.iluvislam.com
Kiriman: taufiqzulkefli*
Editor : b_b


CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, maka saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis. Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini? Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH. Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh. Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita dalam konteks kehidupan yang luas ini.




KEPIMPINAN DAN PENGARUH

 
Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya 'Becoming A Person of Influence'. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh. Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan. Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

KEPIMPINAN DI SEKOLAH

 
Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal. Ini adalah di antara punca mengapa ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal berperanan. Pelajar sekolah agama yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana kuasanya), mungkin gagal berbuat apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah universiti yang tiada persatuan Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa. Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan boleh diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di Kiev Ukraine, Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea?

Ini antara analisa saya terhadap kegagalan sesetengah pelajar sekolah agama berperanan di kampus-kampus negara Barat. Apabila latar belakang mereka diselidik, mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah mereka adalah di antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah. Tetapi kenapa gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin, malah ramai juga yang ‘pencen awal’ dari identiti agama. Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan Tarbiyah mereka semasa di sekolah. Badan-badan agama yang diberikan otoriti1 oleh pihak sekolah, atau diwarisi turun temurun, berperanan sebagai ‘cemeti’ melaksanakan dakwah di sekolah. Tetapi jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH! Malah, di kampus juga, kekalahan kumpulan dakwah akan melenyapkan figura-figuranya2 daripada terus berfungsi di dalam masyarakat, kerana kebergantungan mereka kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Mereka terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan. Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!




GLOSARI:
1 otoriti - pihak berkuasa (atasan)
2 figura - perwakilan (representasi) (terutamanya bentuk manusia) dlm lukisan atau ukiran





Sunday, October 17, 2010

Oleh: Dr. Muhammad Kamal
 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas penutup para nabi, pemimpin para rasul dan pembawa rahmat ke seluruh alam iaitu junjungan kita nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Adapun selepasnya;
 
Allah SWT telah menciptakan manusia, memuliakannya, meninggikan kedudukannya dan menyerahkan kepadanya suatu tugas agung iaitu beribadah kepada Allah semata-mata, melantiknya menjadi khalifah di muka bumi untuk memakmurkannya di atas manhaj Allah dan syariatNya dan Allah menguji manusia dengan memberikan pilihan, sama ada memilih iman atau kekufuran. Firman Allah: 
 
“Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir". (Al-Kahfi: 29)
 
Sama ada manusia itu mensyukuri nikmat atau meningkarinya . Firman allah:
 
“Sesungguhnya kami Telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir”. (Al-Insan: 3)
 
Oleh itu manusia memilih jalan di dalam kehidupan dunia ini sedangkan jalan ini adalah jalan yang perlu bersungguh-sungguh dan sentiasa bekerja keras. Firman Allah: 
 
“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya”. (Al-Insyiqaq: 6)
 
Hidup manusia berakhir dengan kematian manusia dan menemui Tuhannya. Ketika itu jelaslah kesudahan dan nyatalah hakikat.
Firman Allah; 
 
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, Maka kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, Maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam”. (Qaf: 22)
 
Para mukminin telah sedar dengan baik. Mereka memilih jalan dalam kehidupan dunia ini, iaitu jalan yang lurus dan betul. Firman Allah:
 
“(yaitu) jalan Allah yang Kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan.”. (As-Syura: 53)
 
Mereka mengetahui betapa besarnya balasan yang Allah sediakan untuk mereka sekiranya mereka menepati janji dengan Allah SWT. Firman Allah;
 
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”. (Ali-Imran: 185)
 
Di dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah ra. Nabi saw bersabda:
 
“Sesiapa yang takut berjalan pada waktu malam dan orang takut berjalan waktu malam tetap sampai ke rumah. Ketahuilah, barangan Allah terlalu mahal. Ketahuilah, barangan Allah itu ialah syurga”. (Tirmizi)
 
Para mukminin daripada generasi pertama telah menyedari bahawa dunia adalah kesenangan yang palsu. Dunia hanya sebagai jambatan atau laluan menuju ke akhirat. Lalu mereka menyeberangi dan menempuhinya dengan kata-kata dan perbuatan mereka. Umar bin al-Khattab pernah mengungkapkan:
 
“Orang yang bertakwa kepada Allah nescaya tidak akan kekal kemarahannya. Orang yang takut Allah tidak akan berbuat apa yang diingininya. Jika tidak kerana akhirat, tentulah akan jadi lain selain yang kamu lihat”.
 
Kemudian, kepercayaan ini dan keyakinan ini dengan apa yang ada di sisi Allah menjadikan  Anas bin Nadhar memanggil Saad bin Muaz pada hari Uhud sambil berkata: “Wahai Saad, sesungguhnya aku telah mencium bau syurga”. Para sahabat yang mulia telah mencium bau syurga sebelum dipisahkan dari dunia. Mereka telah diuji dengan ujian yang hebat sehingga ada sahabat pada tubuhnya terdapat lebih 80 tikaman pedang, lembing dan panah dan tidak dapat dikenali melainkan melalui saudara perempuannya. Allah telah mengabadikan pengorbanan mereka di dalam al-Quran di dalam firmanNya: 
 
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya), Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu Karena kebenarannya,”. (Al-Ahzab: 23)
 
Mudah-mudahan kejujurannya berpanjangan di semua zaman dan tempat dengan perintah dari Allah hingga benar-benar dapat menikmati aura haruman syurga. 
 
Marilah kita perhatikan, adakah kita telah mengetahui dengan mendalam tentang syurga sepertimana para salaf as-soleh ra. mengetahuinya dengan mendalam.
 
Nama-nama syurga dan maknanya
 
Syurga ialah negeri akhirat yang Allah sediakan  kepada orang-orang bertakwa. Di dalam syurga terdapat pelbagai jenis nikmat, keriangan, kegembiraan dan penyenang hati yang tidak dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terfikir di dalam hati manausia. 
 
Allah SWT telah menyatakan bahawa syurga adalah sebuah negeri yang sejahtera (Dar as-Salam). Firman Allah: 
 
“Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)[685].” (Yunus: 25)
 
[685]  arti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
 
Syurga sebuah negeri yang kekal (Dar al-Khuld). Penghuninya tidak akan berpindah dari tempat ini selama-lamanya. Firman Allah: 
 
“Sesungguhnya Ini adalah benar-benar rezki dari kami yang tiada habis-habisnya.”. (Shad: 54)
 
Syurga sebuah negeri tempat tinggal yang kekal (Dar al-Muqamah). Firman Allah:
 
“Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu". (Fathir: 34-35)
 
Syurga sebuah negeri tempat tinggal  (jannah al-Ma’wa). Firman Allah: 
 
“ Dan Sesungguhnya Muhammad Telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (yaitu) di Sidratil Muntaha.  Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, (An-Najm: 13-15)
 
Syurga ialah jannah Adn. Firman Allah:
 
“(bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan Pakaian mereka didalamnya adalah sutera”. Fathir: 33)
 
Syurga ialah negeri yang menjadi tempat kehidupan yang tidak diiringi kehancuran dan kebinasaan seperti kehidupan dunia yang menjadi tempat main-main yang sementara waktu. Firman Allah: 
 
“Dan tiadalah kehidupan dunia Ini melainkan senda gurau dan main-main”. (Al-Ankabut: 64)
 
Syurga ialah jannah al-Firdaus. Firman Allah:
 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,”. (Al-Kahfi: 107)
Syurga ialah tempat tinggal yang disenangi. Firman Allah: 
 
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai Di tempat yang disenangi[1441] di sisi Tuhan yang berkuasa”. (Al-Qamar: 54-55)
 
[1441]  maksudnya tempat yang penuh kebahagiaan, yang bersih dari hiruk-pikuk dan perbuatan-perbuatan dosa.
 
Istana dan mahligai syurga
 
-          Mahligai di syurga. Sabda nabi saw:

“Allah telah menjadikan jannah And dengan TanganNya batu bata dari mutiara putih dan batu bata dari permata merah dan batu bata dari batu perhiasan kehijauan (Berkilauan). Tanah lumpurnya kesturi, pasirnya intan  dan rumputnya za’faran. Kemudian ada sahabat bertanya tentang syurga, sebutlah padaku (siapakah mereka). Lalu dijawab: “Beruntunglah orang-orang mukminin”. Firman Allah SWT: Demi kemuliaan dan keagunganKu, tidak akan berada di sisiku kalau kamu bakhil”. Kemudian Rasulullah membacakan ayat: “Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”. (Al-Hasyr: 9)

-          Seorang murid bertanya Ibn Abbas dengan berkata:

“Hai Ibn Abbas apakah muka bumi syurga? Ibn Abbas menjawab: “Marmar putih berkilau daripada perak seakan-akan cermin. Muridnya bertanya lagi: “Apakah cahayanya?”. Ibn Abbas menjawab: “Seperti detik yang kamu lihat sebelum terbit matahari, maka begitulah cahayanya, tetapi di sana tiada matahari dan tidak juga dingin yang menggigil”.

-          Di dalam Sunan Ibn Majah dari Usamah bin Zaid berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Ketahuilah, adakah ada orang yang dipercepatkan ke syurga. Sesungguhnya di syurga suatu tempat yang tidak pernah terdetik di dalam hati manusia tentang kecantikannya. Iaitu syurga dan Tuhan Kaabah adalah cahaya yang berkilau dan bauan yang menyenangkan, mahligai yang teguh, sungai yang bersambungan, buah-buahan yang masak, isteri yang baik, cantik dan halal lagi ramai, tempat tinggal yang kekal abadi di dalam rumah yang sejahtera, buah-buahan, kehijauan, kesukaan dan kenikmatan di tempat tertinggi lagi cantik dan luas”. Para sahabat bertanya: Adakah kami termasuk orang yang dicepatkan masuk ke syurga?. Jawab nabi: “Katakanlah insya Allah”. Lalu sahabat menjawab: Insya Allah”.  (Ibn Majah)

-          Bauan syurga. Rasulullah telah menyatakan tentangnya seperti hadith daripada Jabir ra. Bahawa nabi saw telah bersabda:

“Bauan syurga sudah dapat dihidu sejauh berjalan selama seribu tahun. Demi Allah tidak akan dapat menghidunya orang yang menghalang dan memutuskan silaturrahim”. (Tabrani)

-          Mahligainya pula, dikatakan bahawa di dalam syurga ada mahligai daripada emas dan ada mahligai daripada perak, mahligai daripada mutiara, mahligai daripada intan dan mahligai daripada batu perhiasan yang berkilauan. Ahli syurga yang berada pada kedudukan terbawah mempunyai rumah daripada mutiara di bilik dan pintunya. Daripada Abdullah bin Umar dari nabi saw yang bersabda:

“Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik yang dapat dilihat luarnya dari dalam dan di lihat dalamnya dari luar”. Lalu Abu Malik al-Asy’ari bertanya: Bagi siapakah itu wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Bagi orang yang berkata yang baik, memberi makan kepada orang miskin dan gigih bangun malam sedang orang lain tidur”.

Sungai dan pokok di syurga

-          Sungai-sungai di syurga, ianya mengalir tanpa parit di bawah mahligai, rumah dan bilik dan di bawah pokok. Ianya terpancar dari atasnya kemudian mengalir turun ke sejauh-jauh tingkat seperti hadith dari nabi saw:

“Di dalam syurga ada seratus tingkat yang Allah sediakan kepada para mujahidin di jalan Allah di mana antara dua tingkat itu bagaikan antara langit dan bumi. Kalau kamu diberi peluang meminta kepada Allah tentulah kamu akan meminta syurga Firdaus. Ketahuilah syurga Firdaus itu syurga terbaik, syurga tertinggi dan di bawahnya ‘Arsy Allah. Dari syurga Firdaus terpancar sungai-sungai syurga”. (Bukhari)

Kauthar ialah sungai di dalam syurga. Rasulullah telah bersabda tentangnya:

“Aku telah memasuki syurga. Apabila aku berada di sungai (Kauthar) yang mengalir, di tepinya terdapat tempat-tempat kediaman daripada mutiara, lalu aku memukulkan tanganku di tempat air yang mengalir dan bila aku mengangkatnya aku mencium bauan haruman kesturi. Lantas aku bertanya: Untuk siapakah tempat ini wahai Jibril? Jawab Jibril as: “Kauthar ini dikurniakan Allah untukmu”.

-          Daripada Ibn Mas’ud al-Khudri ra.: 
 
“Seorang lelaki telah bertanya kepada nabi: Wahai Rasulullah, beruntunglah orang yang melihat kamu dan beriman kepada mu. Lalu nabi menjawab: Beruntunglah bagi orang yang melihatku dan beriman kepadaku, kemudian beruntunglah, kemudian beruntunglah, kemudian beruntunglah bagi orang yang beriman kepadaku tetapi tidak pernah melihatku”. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah apakah keuntungan itu?. Jawab nabi saw: “Iaitu pokok di syurga yang sebesar seakan-akan berjalan selama seratus tahun dan pakaian ahli syurga keluar daripada kelopak bunganya”.

Pohon yang ditanam di syurga

-          Daripada Ibn Mas’ud, nabi saw bersabda:

“Aku telah bertemu nabi Ibrahim a.s pada malam Isra’ ku. Beliau telah berkata: Wahai Muhammad, bacakanlah kepada umatmu dariku “As-Salam” dan beritahu mereka bahwa di syurga ada tanah yang baik dan air yang manis. Di dalam syurga ada dua halaman yang luas dan pohon yang ditanam ialah Subhanallah, al-hamdulillah dan Laila ha illah wallahu akbar”. (Muslim)

Friday, October 8, 2010

::Ketupat cinta::

Salam kerahmatan... salam ketenangan... salah satu penulis yang diminati selain saifulislam adalah faisal tehrani. Amat menarik dan unik cara penulisan kedua-dua penulis ini. 

Ketupat Cinta - Siri 6: Gulai Batang Pisang Parameswara
Oleh Faisal Tehrani



SYAHDAN telah sepurnama hakir membawa hikayat Tun Lepat untuk dijamu buat tuan-tuan yang bijaksana. Maka setelah beberapa lama, tuan-tuan sudah pun menelaah akan serba sedikit kisah hidup Tun Lepat di hujung nyawanya. Adapun Tun Lepat itu bakal ia dijadikan korban kerana penganiayaan seorang perempuan rakus kepada takhta dan singgahsana. Adapun kali ini izinkan hakir berhenti sejenak menggantung ceritera, nanti akan kita kembali semula kepada fasal Tun Senaja dan segala kerenahnya.

Izinkan hakir membawa tuan-tuan kepada renungan asal usul Tun Lepat itu. Mana asalnya, mana usulnya dan bagaimana ia sampai menjadi gerau tersohor di istana Melaka. Namun segan di hati hakir kerana bukanlah hakir layak membawa kisah ini melainkan Tun Lepat sendiri jua. Maka berilah laluan buat ayahanda Tun Lepat untuk berlipur sendiri:

Asal kita dari negeri yang jauh. Nama negeri itu Pasai. Hendaklah tuan-tuan tahu, akan ayahanda kita itu datangnya dari negeri bernama Najaf, orang Arab juga ia. Oleh bermacam-macam kesusahan hidup di negeri jauh itu dan oleh zalimnya pemerintah Abbasiyyah menindas orang yang tidak sefaham dengannya maka ayahanda kita menumpang bahtera dengan dua tiga sahabat sepermainannya lalu sampailah ia ke negeri Pasai. Di situlah ayahanda kita berkahwin bertemu jodoh dengan sanak-saudara Raja Merah Silu, dan lahirlah kita tidak lama sesudah itu. Kala kita berusia baru beberapa purnama terjadilah daga besar di negeri Pasai.

Oleh daga besar itu terkorbanlah ayahanda dan bonda kita, dan kita diasuh oleh bapa saudara kita bernama Musa al Kazim. Oleh macam-macam penderitaan di negeri Pasai, maka bertolaklah kami ke negeri baharu bernama ia Palembang. Adapun negeri Palembang ini sedikit entah apa-apa tuan-tuan. Adalah dikatakan pemerintah Palembang itu orang dari kayangan. Entahlah, padahal kita lihat sama sahaja mereka itu. Tidak macam jin atau bunian pun.

Adalah dikatakan mereka itu keturunan Iskandar Zulkarnain itupun kita rasa semacam tidak percaya kerana kita sendiri yang ada darah Arab jauh lebih putih merah dari mereka itu. Warna kulit mereka hitam-hitam manggis seperti Ayah Pin sahaja. Hidung mereka tiada pun mancung seperti kanda Sheikh Muszaphar kita yang segak itu padahal kanda Sheikh sudah sampai kayangan betul.

Tambah lagi kita tiada percaya ialah kerana orang di Palembang itu makan minum berak macam manusia juga, manakan insan dari kayangan makan nasi seperti kita jua? Malah tiadalah kita percaya ada manusia dari atas langit, kerana Nabi Muhammad yang kekasih Allah itu pun datang dari bumi. Kalaulah ada manusia yang lebih hebat daripada Nabi Muhammad itu biarpun ia kononnya alim ulama maka itu namanya bohong.

Mamak kita itu pada suatu malam saat terlena ia, mendapat khabar mimpi yang meresahkan hatinya. Dalam mimpinya seorang lelaki yang juga namanya Musa al Kazim memberitahu supaya bapa saudara atau mamak kita menjadi pengikut seorang petinggi bernama ia Parameswara.

Menurut yang empunya cerita adalah Parameswara itu putera kepada Sang Aji Palembang, ia berkahwin dengan sepupu Bhatara Tumapel, raja negeri Jawa. Adapun Parameswara atau Param itu setelah beberapa tahun berkahwin ia mulai menunjuk lagak dan cuba ia menunjuk kuasa untuk memisahkan negeri Palembang daripada naungan Jawa.

Bhatara Tumapel amatlah marah oleh cubaan pengkhianatan Parameswara, “Ini semua kerja orang gila ini…” Maka Parameswara pun diusir dari Palembang dan belayarlah ia ke sebuah pulau kecil bernama Temasik. Bapa saudara kita Musa al Kazim, berpandukan mimpi yang aneh sebelumnya turut mengikut rombongan Parameswara. Kita pun dibawa bersama. Terdapat tujuh puluh dua orang semuanya dalam bahtera termasuklah dua ekor anjing.

Parameswara itu tuan-tuan dapatlah kita katakan serakah ia kepada kekuasaan. Adapun lapan hari baru di Temasik, sudah dibunuhnya pemerintah Temasik waktu yang bernama Sang Aji Yew Temasik. Adalah Sang Aji Yew ini menantu raja Siam, Sri Thaksin Watt. Itulah bukan pada zaman tuan-tuan sahaja ada hubungan Siam dengan Temasik, dulu-dulu pun sudah ada. Setelah dibunuh Sang Aji Yew itu, Parameswara pun memerintah Temasik. Serakah kuasa - janganlah tuan-tuan kehairanan kerana orang di zaman tuan-tuan ada orang mengatakan dalam bahasa orang putih: `The time will come when they will learn their lesson.'

Adalah lima tahun Parameswara memerintah Temasik. Isteri Parameswara itu namanya Ratu Kamarul Ajaib. Tidaklah seperti namanya, tiadalah ajaib sangat Ratu Kamarul itu. Hidungnya pesek, matanya sedikit sepet, rambutnya tiada merah seperti rambut ratu cantik kerana sudah botak, badannya agak bagak seperti jantan juga. Kita tahu itu kerana ia suka berkemban, menunjuk apa yang boleh ditunjuk. Kalau ditanya orang mengapa ia suka berkemban, ia akan menjawab, `'Entahlah, mak kita pun berkemban. Jadi nak malu apa.”

Bila ada orang membantah kerana berkemban itu boleh menampak malu di badan, dan bukan budaya orang kayangan, Ratu Kamarul Ajaib akan membalas semula dengan penuh marah-marah, “Jika berkemban itu boleh merosakkan budaya, maka marilah kita semua berkemban merosakkan budaya.”

Ratu Kamarul Ajaib ini kuat cemburu orangnya. Masakan tidak, hendak ia berkepit dengan Parameswara sepanjang masa. Andainya Parameswara bermain-main dengan anjing-anjingnya baginda ratu akan segera mengamuk. Kalau Ratu Kamarul Ajaib ini bertutur tiada kita faham seperti pelat orang mualaf jua. Suaranya pun serak-serak garau, kalau bermesra dengan baginda tuanku itu kita pun naik geli-geleman.

“Kanda Param, apa gerangan kanda membelai-belai anjing sahaja sepanjang masa? Kita yang gersang ini tiada pula hendak dibelai.”

Sekarang tahulah tuan-tuan mengapa Parameswara yang sudah berusia 62 tahun itu tiada selera akan Ratu Kamarul Ajaib. Seperti yang tuan-tuan pun tahu Pameswara waktu itu menjalinkan hubungan sulit dengan anak perempuan pembesarnya bernama Sang Rajuna Tapa. Mula-mula tiada diketahui orang tetapi lama-kelamaan diketahui juga orang kerana meskipun tiada CCTV di zaman itu tetapi jin mambang di zaman tersebut mulutnya becok usah dikira, kerjanya jin mambang menyampai khabar sahaja kepada siapa yang patut disampai.

Memang tuan-tuan rasa sepeti tiada kemunasabahannya tetapi itulah hakikat konon raja Melayu itukan dari petinggi Demang Lebar Daun yang turun dari kayangan. Oleh kerana itulah tuan-tuan tatkala Islam tiba di rantau Melayu, belajarlah bangsa Melayu itu menjadi munasabah dan menggunakan akal. Tiadalah lagi ia percaya kononnya orang kenamaan itu berkuasa melebihi Tuhan.

Fahaman yang orang di zaman tuan-tuan panggilkan feudal itu satu faham salah yang mendatangkan fitnah dalam negeri sahaja. Adalah agama yang mendorong umatnya menggunakan akal dan berhenti mempercayai susuk, anak pontianak, saka, dan segala tahyul itu hanyalah Islam kerana Allah ada berfirman dalam surah Sad ayat dua puluh sembilan:

`Inilah kitab yang telah kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan agar mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.'

Jadi tuan-tuan fikirkanlah, gunalah akal. Sementara tuan-tuan berfikir itu, hendaklah kita berbalik kepada kisah-kisah tiada masuk akal dahulu yang membabitkan gundik Parameswara, perempuan itu memanglah lawa, hendak menangis kalau diperi. Bila ditatap seperti merak emas. Rambutnya mengerbang seakan ular mamdud.

Adalah riwayat mengatakan alat kelaminnya diperbuat daripada perak sakti, payu daranya daripada tembaga. Saat mereka bersama seperti bertemu Dewi Lakpurba dengan Derma Gangga. Maka Ratu Kamarul Ajaib sungguh cemburu maka dihasut dan difitnahnya Dang Ranum itu. Dikatakanlah Dang Ranum itu sudah naik minyak dengan seorang hulubalang yang kacak, Hang Chen.

“Kalau kanda Param tak percaya, lekas-lekas tanyakan kepada Dang Ranum itu. Hissy entah apa yang ranum tiadalah kita mengerti.”

Maka diperintahkanlah Dang Ranum menghadap.

“Dinda, apa benar dinda ada melakukan hubungan sulit…”

“Bukan sekadar hubungan sulit tetapi hubungan selit.” Ratu Kamarul Ajaib menyampuk dengan suara garau seraya membetulkan kembannya yang makin melorot.

Parameswara menahan sabar. “Biarlah kanda siasat dahulu.”

Diam seisi balairong seri. Tatkala Parameswara itu naik berang ada-ada saja titah yang tiada dijangka. Pernah sekali dulu Parameswara memerintah dibunuh seorang anak-anak kerana ia mencadangkan orang Temasik memakan ikan todak dan berhenti memakan daging lembu.

Dang Ranum menangis-nangis mengangkat sembah. “Ampun tuanku beribu ampun…sembah pacal ini haraplah diampunkan. Kalau tiada ampun apalah kiranya pacal ini.”

“Cettt, betul atau tidak?”

Dang Ranum makin melalak. “Tuanku…adalah pacal ini masih muda.'

Parameswara membundarkan mata. “Jadi betulkah?”

“Tuanku, percayalah kata pacal. Apa yang berlaku itu tiada melibatkan perak dan tembaga.”

Parameswara menggigil kemarahan. “Jadi, selain itu ada?”

Dang Ranum tersedu-sedu. Sang Rajuna Tapa tiada dapat menyahut sepatah apa.

“Cis, dasar tiada kenang budi. Hendak dikatakan gundik bukan gundik…apa gerangan Ranum buat begini? Cepat khabarkan mengapa Ranum sampai boleh menduakan beta?”

“Ini sudah lebih daripada menduakan namanya kanda…” Ratu Kamarul Ajaib tersipu-sipu senyum tanda suka.

“Mengapa Ranum?” Parameswara mendesak.

Dang Ranum menangis tambah mengugu. “…tuanku, macam tu aja!”

“Macam tu aja? Kau katakan aku macam tu aja. Dato Temenggung panggilkan orang sula jalang ini.” Titah Parameswara yang singkat akalnya.

Dato Temenggung menggigil. “Ampun tuanku, adapun sula tiada boleh kerana Ranum itu ranumnya diperbuat daripada perak.”

“Cis, gunalah akal. Jolok ikut mana dapat.”

Sang Rajuna Tapa amatlah berduka, kerana hukuman sula itu tuan-tuan amatlah mengaibkan. Adalah hukuman itu juga amat kejam dan penuh siksa. Apatah pula di khalayak ramai. Maka oleh sakitnya hati itu Sang Rajuna Tapa pun membuka pintu kota Temasik lalu dijemput tentera Bhatara Tumapel, dan dijemput bala tentera Siam supaya dapat dibalas dendam akan kematian Sang Aji Yew yang tiada terbela.

Maka terpaksalah Parameswara berundur ke dalam hutan, merentas selat dan sungai sampailah masuk ke dalam belukar belantara. Benarlah ingatan tuan-tuan itu, adalah mamak kita ikut sama rombongan Parameswara. Hendak dijadikan sebab, adalah waktu berundur itu amat tergesa-gesa dan tiada dibawa sebarang bekalan makanan.

Adapun kita sudah pun berusia dalam tujuh tahun. Sudah berapa pekan rombongan Parameswara bersembunyi dalam hutan tiada makan dengan sempurna. Suatu hari yang cerah Parameswara memerintahkan beberapa orang hulubalang melembing dua ekor babi hutan. Setelah dipanggang hidup-hidup santaplah mereka.

Adapun kita dan mamak kita sebagai orang Islam tiada boleh makan binatang itu. Adalah sedikit bekalan daging yang sudah kita keringkan. Untuk dijadikan sedap daging itu mamak kita Musa al Kazim mencari pokok pisang hutan yang tumbuh meliar di kawasan berbukit. Pokok pisang hutan ini tuan-tuan tiada ditanam kerana buahnya tidak boleh dimakan disebabkan terlalu banyak biji. Mamak kita mencari pokok pisang hutan yang masih muda yakni belum ia berbuah lantas diambil umbutnya iaitu bahagian tengah batang pisang, untuk dimasak.

Adalah kita dan mamak menebang pokok terpilih, batang pisang itu dikoyak kulitnya untuk diambil umbut yang lembut. Ketika meredah rimba itu kita juga mengambil hasil hutan seperti pucuk paku, rebung dan pokok tepus yang umbutnya cukup enak dibuat ulam.

Setelah itu kita dan mamak memasukkan umbut batang pisang ke dalam periuk dan dibuat gulai. Adalah daging sedikit. Kalau tuan-tuan suka nanti tatkala masukkan umbut pisang itu masukkan ia ketika daging separuh masak, jika batang pisang dimasukkan lebih awal, ia akan menjadi terlalu lembut.

Bolehlah tuan-tuan mencubanya. Kalau ada santan eloklah juga, berilah tambah rasa dengan rempah basah dan rempah kering. Adapun rempah basah itu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung seperti bawang, halia, bawang putih dan cili.

Adapun rempah kering itu pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini tuan-tuan hendaklah disangai terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar.

Kalau hendak lebih bagus cadangan kita gunakan juga segala macam herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala. Bau gulai itu terapung merebak dan terhidulah dek hidung Parameswara yang sudah Kompong.

“Apa nama makanannya yang kamu berdua makan?”

“Gulai batang pisang tuanku.”

“Ohhh…beta suka pisang. Mari beta cuba sedikit.”

Setelah disantap sedikit, suka benar Parameswara dan Ratu Kamarul Ajaib. Parameswara pun bertitah, “Kalau begitu sepanjang kita kembara ini tuanlah jadi geraunya.”

Mamak bersuara, “Tiada hamba dan anak hamba ini makan babi.”

“Tak mengapa, kalau sedap tiada makan babi pun tak apa. Carilah ganti yang lebih baik. Boleh tupai, monyet atau beruang.”

Terkelip-kelip mata mamak menjeling kita di sisi.

Begitulah tuan-tuan selang tiga hari kemudian dua ekor anjing besar kesayangan Parameswara itu ditendang seekor pelanduk. Parameswara pun mendapat ilham untuk menerangkan hutan dan membuka negeri di situ. Adalah negeri itu dinamai Melaka.

Bermulalah kehidupan baru, mamak kita dilantik menjadi gerau istana. Dan kita akan belajar daripadanya. Sungguh ada macam-macam cerita tetapi itulah, sudah tiba masa makan maka izinkan kita berundur dulu. Janganlah tuan-tuan lupa menatap ceritera ini Selasa mendatang kerana akan kita perikan kisah sirih pinang dan segala perangai ajaib Ratu Kamarul Ajaib.



Sambungan : Ketupat Cinta Siri 7: Sekapur Sirih Setempayan..........

Thursday, October 7, 2010

::Sekitar Jamuan Raya PPAIQ::

Persembahan dari PPAIQ

Staf contoh...

Gambar candid : dicuri by fakhu37

Pemindahan buku dari surau ke makmal...

Kumpul rumput ke posng ni?

Syaimaa' n nisa' penuh khusyuk sapu karpet..


Tgk betul2 design rumput tu...

Bagi ceria sikit...

Sempat posing... cepat buat keja...

Pemindahan surau sementara ke makmal sains

Nursery Itqan... seronok banat bila ada baby dtg...

Rajin betul la...

Mlmh Fakhriah : Macam nak runtuh ja pentas ni, Mlmh Huda : Tak runtuh kalau mlmh fakhriah tak naik




Kerja belakang tabir...

Lambatnya banat... posing dulu la...



Posing sblm makan...

Amat menyelerakan

1, 2, 3 peace...

...Alhamdulillah dapat makan...

Penuh semangat...



Alhamdulillah...

Setelah penat bekerja

Sempat posing =)

Sebahagian kerja...

::Promosi sekolah::

Logo PPAIQ:: Design by fradzi

Penuh semangat bincang....

Tu dia mesyuarat... tengah dataran...

Sebelum pergi ke persembahan burdah...

Barisan muallimah menunggu tugasan ke?

Seni kehidupan : kupas bawang...

Persembahan dari KITAB

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

Loading...

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq