::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label ::gambar::. Show all posts
Showing posts with label ::gambar::. Show all posts

Friday, March 4, 2011

::RAMA-RAMA::


Rama-Rama vs Wanita 
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari hati, perasaan jua tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?







Sunday, November 7, 2010

::Cuti 2::

Kisah Seorang Pembuat Teh..

Disatu pagi yg dingin,tekak ku berasa haus... bersama 4 orang kawan2 ku, kami pergi ke bilik masakan untuk membuat teh... sudah hampir 4 bulan rasanye aku tidak minum air teh ,gertak hati kecilku... aku pun berkata.. "hei Wan(bukan nama samaran sebenar), dah lama tak minum teh susu nie"... sejak kita datang sampai sekarang tak pernah kita buat teh"... ujar ku... lantas kawan ku berkata "yer x yer jugak".."biar aku yang buat,aku ada bawa teh dari Malaysia"...

 Donut coklat yg pertama kali dibuat sendiri =)

Time tu aku berasa sangat gembira, hajat dihati terlaksana.. 10 minit selepas tu... air yang diimpi terhidang didepan mata... sekali lihat air itu tak ubah macam air teh... 2 kali lihat air yang dibuat tak tumpah macam air susu biasa tanpa diletak teh. 'kesabaran x dapat ditahan,air yg dicita sudah ada didepan mata... kami mengapai cawan yang diisi air teh itu dengan kasarnya... mulut dibuka dengan luas,tangan menolak cawan ke mulut... dalam beberapa detik, air teh tersebut jatuh mencecah ke lantai mulut kami...


Alangkah terperanjatnya kami,akan rasa air teh itu... kami memandang sesama sendiri... rasanya tak begitu enak di minum... tapi kami tahu yang wan berusaha keras ketika membuat teh itu... nak dibuang membazir.. dah la membazir itu amalan syaitan... kalu dibuang jugak mungkin akan menguris hati kawan kami yang bersusah payah membuat teh untuk kami... wan tahu kami memang hendak sangat minum teh ketika itu... dengan kesungguhan yang diberikan, kami bertiga meminum air teh itu sampai habis... soal kelazatan teh yang diimpikan ditinggalkn. Yang penting hati wan kena kami jaga... walaupun begitu kami tetap berterima kasih kepada wan..


 Donut tanpa coklat...sedap =)
No need to go to Dunkin's Donought

Pengajaran disini... 
  1. Hargai usaha yang kawan berikan dan hormati pandangan org lain..
  2. Hargai pengorbanan ibu dan ayah yang berusaha keras menjaga kita.
  3. Jgn sekali-kali membazir,dan hargailah air,kerana itu adalah rezeki yang tuhan berikan..
  4. Bersyukur akan nikmat yg diberikan.
  5. Jangan malu-malu mengucapkan 'terima kasih'..
  6. Jangan membuat air teh jika bahan tidak cukup supaya kisah begini tak dirasai oleh sekalian manusia...

Assalamualaikum... alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan yang diberikan.. Alhamdulillah minggu ni berkelapangan untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang dah lama teringin nak laksanakan... Pic donut diatas apa kaitan ngan si pembuat teh? sama-samalah ambik mana yang baik =)

Ucapan Mc Mas yang penuh bersemangat =)

Tazkirah sebelum perasmian


Di sini kita akan dikembalikan....

With Alia dan Adam






Monday, October 18, 2010

::Ekspedisi Ke Taman Negara::























Kepimpinan Melalui Pengaruh
www.iluvislam.com
Kiriman: taufiqzulkefli*
Editor : b_b


CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, maka saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis. Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini? Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH. Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh. Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita dalam konteks kehidupan yang luas ini.




KEPIMPINAN DAN PENGARUH

 
Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya 'Becoming A Person of Influence'. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh. Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan. Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

KEPIMPINAN DI SEKOLAH

 
Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal. Ini adalah di antara punca mengapa ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal berperanan. Pelajar sekolah agama yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana kuasanya), mungkin gagal berbuat apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah universiti yang tiada persatuan Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa. Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan boleh diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di Kiev Ukraine, Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea?

Ini antara analisa saya terhadap kegagalan sesetengah pelajar sekolah agama berperanan di kampus-kampus negara Barat. Apabila latar belakang mereka diselidik, mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah mereka adalah di antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah. Tetapi kenapa gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin, malah ramai juga yang ‘pencen awal’ dari identiti agama. Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan Tarbiyah mereka semasa di sekolah. Badan-badan agama yang diberikan otoriti1 oleh pihak sekolah, atau diwarisi turun temurun, berperanan sebagai ‘cemeti’ melaksanakan dakwah di sekolah. Tetapi jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH! Malah, di kampus juga, kekalahan kumpulan dakwah akan melenyapkan figura-figuranya2 daripada terus berfungsi di dalam masyarakat, kerana kebergantungan mereka kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Mereka terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan. Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!




GLOSARI:
1 otoriti - pihak berkuasa (atasan)
2 figura - perwakilan (representasi) (terutamanya bentuk manusia) dlm lukisan atau ukiran





Sunday, June 21, 2009

...Aku masih disini...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah... syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana masih berpeluang menikmati nikmat islam... nikmat iman... nikmat segala nikmat yang dikecapi oleh seorang hamba... hamba kerdil, hamba yang sering melakukan khilaf... hamba yang sering lupa...
Subhanallah....
Alhamdulillah...
Allah hu akbar...


Subhanallah...

Alhamdulillah...

Allah hu akbar...


Betapa kerdilnya diri-diri kita ini... betapa lemahnya diri kita ini... tapi pohonlah agar diiberikanNya kekuatan dalam jiwa, ketabahan dalam diri, kesabaran, keikhlasan, kepasrahan dalam hati demi mengharungi, merentasi, menelusuri jalan-jalan menujuNya...

Sudah hampir 1 bulan 21 hari aku berada bersama family dikampung... kepulangan yang ditunggu2 oleh kedua orang tua, sedara mara.. kepulanggan disaat-saat mereka memerlukan aku. Kepulanggan untuk mencurahkan bakti, kasih sayang dengan kudrat yang ada secara terus dihadapan mata. Pemergiaanku bukanlah lama... pemergiaan setiap orang untuk menuntut ilmu, mencari rezeki mungkin. Pemergianku untuk memahami erti kehidupan sebenar, erti pengorbanan, erti manusia dan kejiwaan. Ya Alhamdulillah... pemergian itu sangat memberi erti. Erti yang amat bernilai... kini pengertian itu sedang diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Maafkan diri ini andai kepulangan diri ini tiba-tiba...


"Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran) , maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Dan tiadalah Kami mengazab sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang mana benar dan yang salah) (613) " Al-Israa' : 15

(613) --> Orang yang mendapat hidayah petunjuk lalu mematuhi perintah Allah dan RasulNya maka kesudahannya yang baik hanya akan bergantung pada dirinya sendiri, jika menyeleweng dari jalan yang benar maka akibatnya hanya akan menimpa dirinya sendiri. Allah maha Adil kerana itulah dosa seseorang tidak dapat dipikul oleh orang lain, masing-masing harus bertanggungjawab. Demikina juga Allah tidak mengazab sesebuah kaum sebelum diutuskan seorang Rasul yang menerangkan kepada mereka; perkara yang benar dan perkara yang salah. -tafsir Pimpinan Ar-rahman-


'Mutiara terindah' kutemui di Pulau Mutiara


Keriangan adik-adik dipusat jagaan yang amat dirindui- mendidik kalian mengajar diriku untuk selalu tersenyum dalam apa jua keadaan

-kalian bahagia, daku bahagia- tak ada yang dapat membahagiakan, bila senyuman penuh keikhlasan terbit dari hatimu-

Rindu akan teman-teman, kenalan, mak cik2, kakak-kakak n sesiapa jua yang pernah diri ini kenali di Penang (huda tak yah sebut nama la ye) . Kalian banyak mengajar diri ini 'memaknakan' makna kehidupan bukan sahaja disini, tapi makna kehidupan disana jua. Terima kasih... mungkin suatu hari nantti kita jumpa ya.. doakannya..

-walau dimana jua kalian berada... doaku agar kalian sentiasa dalam rahmat perlindungan kasih sayang Dia, walau jauh dimata namun tetap dekat dihati-




-moga kalian bahagia kehidupan didunia dan diakhirat, ingatlah walau dimana jua kita... berpijaklah dibumi yang nyata, telusirilah kedasar hati... kalian sentiasa diingatan-

Darul Iman


-azilah a.k.a adik with anak-anak sepupu - time cuti sekolah... selepas diorang siap menyiapkan tugasan yang diberi sementara gulai kenduri siap dimasak-

pose lagi... tapi ingat jadual kita ya...

-with cikgu naziran a.k.a abg kedua,azilah-



-masa kenduri kesyukuran, si belang jadi korban-

-aku disini-

-dan akan terus disini-



-mengkaji dan menterjemah-

Friday, September 5, 2008

APA LANGKAH SELEPAS NI....

(with mak, abah n azilah)


Alhamdulillah, sampai sampai saat dan detik ini aku masih lagi berada di bumi penang ini.. syukur aku panjatkan padaMu atas kurniaan ini...Sampai hujung bulan ni... stiill lagi bersama-sama teman-teman di Penang@USM@Raudhatul Mahabbah@Karisma@Kelas SPAQ@Usrah n adik2 Usrah@teman2 d U-Height n USM



(with adik bongsu n adik perempuan)


Pas tu... cuti berhari raya di kampung...

Pas tu....

Pas tu....

Pas tu....

Ku mohon petunjuk dari ilahi... buat teman-teman,anda boleh memberikan pandangan dan pendapat...

1- Stay keja kat Linear?

Pro...
-Boleh stay kat penang
-Boleh berusrah n bawa usrah
-Dapat duit sara diri sendiri
-teman-teman kat linear berpotensi

Cons...
-Da lama tak bersama ngan family kat kampung
-Pressure keja ada jugak la sikit2
-???

2- Stay kat Kampung@benihkan fikrah disana

Pro...
-Boleh bantu mak, abah n family
-Boleh jaga tok n sepupu2 yang kecik
-Boleh dapat kenyamanan udara kat kampung
-Boleh tolong bagi makan ikan kat kolam kecik buatan abah@taman tautan kasih
-Boleh ajar adik2 n sepupu ngaji n didik diorang
-Boleh ziarah sedara-mara
-Boleh mula belajar buat bussines kecil2 @kek gula hangus n kek sifon n etc....


Cons...
-usrahku macammana? huhu....
-Tak de pendapatan tetap
-Jauh dari sahabat2 n teman2 di Penang


Peluang2 lain...

1- Baitul muslim.... huhuhu, bila n siapa ya? walla hualam...
2- Child Care kat Penang... tapi bulan sept ni... project under kerajaan negeri P.Pinang. Walla huaalm...
3- Keja sambilan kat terengganu... keja apa tatau lagi, tapi mak kata ada...
4- Ambik KPLI? Alamak... tak reti jadi cikgu... boleh ke?
5- Goyang kaki... ish2, tak boleh... tak boleh...not me
6- Belajar buat bussiness... say no to MLM, ok gak...


Mohon petunjuk dariNya... harap teman-teman n sahabat2 lain dapat membantu...




Thursday, July 3, 2008

keturunan bugis rupanya...

Setibanya aku dari kampung halaman (23/6-28/6) ke sempadan kedah-penang, aku mendapat berita dari ayah mi yang menyatakan ayah za'im sakit tenat di Hospital Pantai ( diubah ke hospital besar pulau pinang untuk dioperate pada salur darah halus di dalam kepala ). Segala perancangan untuk ziarah sedara mara di kedah dah bertukar perancangan... Tapi alhamdulillah, segala-galanya ada hikmah...Dia lebih mengetahui, Dia Sebaik-baik perancang... Bermula dari perkabaran inilah aku dapat mengenali boleh dikatakan hampir kesemua adik beradik arwah ayah tersayang yang berada di merata negeri. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah... Engkau cucurilah rahmat ke atas arwah ayahku. Engkau lapangkanlah kubur ayahku, engkau terangilah kubur ayahku, engkau rahmati dan berkahilah roh ayahku... moga dia tenang di sana. Ya Allah... engkau satukanlah hati-hati kami dalam kami menjalani kehidupan dunia ini. Janganlah engkau lalaikan kami dengan keturunan kami, jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang terus memperjuangkan islam, ...

hanya lapisan umur ayah ngan mak sedara ja kenal, yang lain tak kenal (sepupu, adik, kakak n lain2)

Ayah Za'im - Adik arwah ayah, anak kepada Tok Wan Yam(satu-satunya isteri arwah tok wan@Abdullah haji sabil yang ada)

2/8 : Mc Liza --> "Zaim dah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 2.40 sebentar tadi. Rabu, 2 julai 2008" Inna lilla hiwainna ilaihiraji'un. Ya daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali,Al-Fatihah. Arwah ayah Zaim, adalah adik arwah ayah. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, simple, peramah, suka cerita pasal arwah ayah n kolej mara kulim). Kepulangan hakiki...meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Alam yang kekal abadi.Buat diri, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan. Gunakanlah nikmat itu untuk kebaikkan semua. Perlengkapkanlah dirimu dengan ilmu, iman dan amal...berjuanglah, berkorbanlah, jangan tewas dengan tuntutan hawa nafdsu dan syaitan, bersabarlah dan jangan putus asa...Agar saat kita bertemuNya, ada jawapan yang mampu kita ungkapkan ata sapa yang kita usahakan.


Waris Daeng Perani

Erm...baruku tahu cerita salasilah nenek moyangku. Kisah perjuangan Tok Wan dalam memperjuangkan islam di tanah melayu, dalam mempertahankan islam dan tanah melayu dari cengkaman British, kisah 13 mei, kisah Hartal... Alhamdullillah, moga-moga darah dan semangat perjuangan ini masih lagi mengalir dalam darah anak cucu dan seterusnya generasi seterusnya.
Tok wan @ Abdullah bin haji Abdul Sabil = betul2 mirip ngan ayah


Kami adik beradik adalah keturunan ke7 Waris Daeng Perani, pahlawan tanah melayu.. Arwah ayah adalah anak sulung kepada arwah tok wan, abdullah (nama yang telah diubah untuk mengelirukan pihak penjajah).

Ayah : Makhtar Abdullah
Ibu : Zainun Abd Kadir

1st sabil clan : Emanuddin B. Makhtar (t-shirt putih)
2nd sabil clan : Naziran B. Makhtar (not in pic)
3rd sabil clan : Me @ Fazlul Huda Bt. Makhtar (red scarf)
4th sabil clan : AzilahBt. Makhtar (pink scarf)
5th sabil clan : Mohd Rafik B. Makhtar (black t-shirt)

Pahlawan Bugis Yg Mangkat Di Kedah ~ Bahagian I
Asal usul Daeng Perani

Mengikut Catatan Raja Ali Haji dalam bukunya Salasilah Melayu dan Bugis serta Tuhfat Al-Nafis, Putera Bugis lima bersaudara ini adalah dari keturunan Opu Tendriburang Daeng Rilaga iaitu putera La Maddusalat, seorang Raja Bugis di negeri Luwuk. Opu Tendriburang Daeng Rilaga mempunyai lima orang anak iaitu Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng Menambun & Daeng Kemasi.

Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya keluar dari Luwuk setelah ayahandanya Opu La Maddusalat mangkat. Beliau memulakan perjalanan ke negeri To Pammana. Di sini beliau disambut meriah oleh pemerintah To Pammana. Beliau Kemudian ke Bone dan seterusnya ke Betawi bertemu dengan saudaranya Opu Daeng Biasa. Selepas pertemuan itu, beliau berangkat ke Siantan. Ketika di Siantan, Opu Daeng Perani telah berkahwin dengan anak Nakhoda Alang, keturunan Makasar. Dari Siantan Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya mengambara ke Johor dan Melaka serta Kemboja. Setelah beberapa lama tinggal di Kemboja, Opu Daeng Rilaga dan anak-anaknya kembali ke Siantan. Apabila mereka sampai di Siantan, isteri Opu daeng Perani telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Daeng Kemboja sempena kepulangannya dari negeri kemboja.

Tidak berapa lama pulang dari Kemboja, Opu Daeng Rilaga telah mangkat. Oleh yang demikian, peranan beliau telah diambil alih oleh Opu Daeng Perani.

Opu Bugis lima bersaudara ini kemudiannya telah terlibat dengan Johor, Linggi [Negeri Sembilan], Selangor, Perak & Kedah di Semenanjung Tanah Melayu, manakala Matan, Sambas & Mempawah di Kalimantan Barat.

Penglibatan Opu daeng Perani Di Dalam Politik Kedah.

Sebelum terlibat dalam politik Kedah, Daeng Perani dan saudaranya terlibat dalam politik Johor, membantu Raja Sulaiman Ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV mengalahkan Raja Kechil [Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, 1788 – 1722] dan menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah [1722 – 1760], bersemayam di Pulau Bintan. Sebagai mengenang jasa bantuan dan menepati janjinya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor [Yang Dipertuan Muda Johor] yang pertama.

Penglibatan mereka di kedah, seperti juga di Johor adalah dalam perselisihan takhta kerajaan. Penglibatan Opu Daeng Perani di Kedah dan berperang dengan Raja Kechil, Yang Dipertuan Siak digambarkan oleh Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu & Bugis serta Hikayat Siak.

Ketika berada di Selangor, Daeng Perani mendapat surat daripada Sultan kedah meminta bantuan. Beliau telah berangkat ke Riau berbincang lima bersaudara. Mereka berlima telah bersetuju dan berangkat ke Kedah mengadap Sultan kedah. Dalam pertemuan ini, Sultan kedah meminta Opu Lima bersaudara mengambil alih takhta kerajaan yang diduduki adinda baginda. Jika berjaya, Sultan kedah bersedia memberi ganjaran.

Peperangan berlaku diantara angkatan Sultan kedah yang lama angkatan yang disokong oleh Opu Bugis lima bersaudara. Peperangan berlarutan sehingga melebihi sebulan. Sultan kedah lama telah dikalahkan.

Pada 1136 Hijrah [1724] Opu Bugis lima bersaudara mendapat berita bahawa Raja Kechil Siak berada di kedah memenuhi jemputan Sultan kedah yang telah kalah membantu baginda menduduki semula takhta kerajaan Kedah. Opu Bugis Lima Bersaudara kembali membantu Sultan kedah dengan alas an perjanjian antara Sultan kedah dengan mereka belum selesai serta Opu Daeng Perani mempunyai seorang isteri di Kedah iaitu adinda kepada Sultan Kedah, Tengku Aishah.

Peperangan berlarutan selama dua tahun. Raja Kechil telah kalah dalam peperangan ini. Daeng Perani juga turut terkorban. Raja Kechil yang telah gagal , berundur ke Siak. Setelah Perang tamat, Daeng Chelak dan saudaranya Yamtuan Muda Daeng Marewah telah mengebumikan jenazah Opu Daeng Perani. Seterusnya Yamtuan Muda Daeng Marewah telah memohon kepada Sultan Kedah memohon kebenaran pulang ke Riau. Dengan itu, Daeng Marewah dan angkatan Bugis kembali ke Riau.

Nota: Petikan Kertas kerja yang dibentangkan dalam forum bertajuk ‘Di manakah Letak Sebenarnya Makam Daeng Perani’, bertempat di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah pada Ahad 13 Mei 2007. Oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali – Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala Lumpur

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq