::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, October 3, 2011

:: mutiara hati ::

Alhamdulillah... setelah sekian lama tidak menitipkan mutiara di lintasan ini. Sudah hampir 6 bulan bahtera perkahwinan ini dilayari. Syukur yang tidak terhingga untuk kebaikkan, kenikmatan dan ketenangan yang diberikanNya. Juga syukran jazilan buat suamiku :: Mohd Hafiz Abdul Rahman :: untuk kesabaran, ketulusan dan kebaikan dalam mendidik diri ini. Juga buat anak umi dan abi yang masih dialam rahim, membesarlah dikau dengan sempurna agar dikau menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa, berkepimpinan, cerdas, berketrampilan dan mampu memahami ayat2 cinta ilahi dengan baik. Amin

Taubat Seorang Hamba – (Irsyadee feat Hafiz Hamidun)
 
Hati hiba mengenangkan…. Dosa-dosa yang  ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa…Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah…..Terimalah..…Terimalah
Taubatku ini…

Telah aku merasakan…..Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan, Menju redha Mu Ya Tuhan
Di hamparan ini ku meminta…..Moga taubatku diterima…
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah…..Terimalah..…Terimalah
Taubatku ini…
*********************************************************

Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?

Kita tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Kita sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Kita juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mengucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.

Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya…..mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah… tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya. Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya. Dekatkanlah diri kita denganNya…..rendahkanlah diri dihadapanNya dalam beribadah, basahilah pipi ini dengan air mata taubat yang sebenar-benar taubat, sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, bersihkan dan sucikan hati yang selama ini dikotori dosa-dosa dengan wangian keikhlasan dalam segala amal kebaikan dan…pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang utuh dan kukuh dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun dalam suka mahupun duka.

Bagiku, dunia ini ibarat sebuah neraka kerana di dalamnya dipenuhi banyak orang yang melakukan maksiat, terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari manusia sendiri, terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia. Tidakkah kita semua menyedarinya? Dan…berada disamping orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik para alim ulama atau insan yang baru hendak mendekatkan diri kepadaNya, asalkan dihatinya ada keinsafan untuk mencari jalan yang dapat menuju ke syurgaNya, hanya itulah yang dapat membahagiakan dan mententeramkan jiwaku. Mudah-mudahan aku juga dapat menjadi seperti mereka dan dapat menjadi seorang ‘Abid di sisiNya suatu masa nanti, InsyaAllah.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.


Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerna kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu menghampiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.


Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”


*****************************************************
“Ya Allah Ya Muhaimin, jadikanlah aku seorang insan yang bergelar ‘Abid di sisiMu, yang ikhlas ibadatnya kepadaMu, sesungguhnya aku sedar betapa manisnya beribadat kepadamu itu dan aku tidak ingin sekali untuk hilang dari merasai betapa lazatnya berdua-duaan bersamaMu di dunia ini apalagi di akhiratMu yakni di syurgaMu…..jangan Kau relakan aku terus mengkhianati segala kurniaan dan nikmatMu di dunia ini, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah dosa-dosaku, terimalah taubatku….Amiin Ya Rabbal ‘Alamin”



Monday, April 4, 2011

:: Dunia baruku =)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung blogku ini. Selawat dan salam kita ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, syukur kepadanya di hari yang mulia ini semoga kita semua di rahmati oleh-Nya, Amin Ya Rabb.. Sudah sekian lama blog ku ini menyepi .Tiba-tiba terdetik di hati ini hendak post kan artikel yang bertajuk "Warkah Untuk Suamiku" .Entah mengapa.. Ini mungkin hanya kebetulan sahaja kerana akhwat2 yang di alam maya mahupun di realiti kini sudah ramai membina mahligai yang indah dengan penuh kasih sayang di pandang sejuk mata memandang, hehe. Alhamdulillah..Begitu juga diriku yang baru saja menjengah masuk ke alam baru ini..Baru mengecap sedikit kemanisan cinta dan berkongsi hidup bersama insan tercinta MOHD HAFIZ ABD RAHMAN..my hubby =)

Buat suamiku..


*Suamiku ketahuilah, pada dunia kau cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, kaulah duniaku, juga akhiratku.

*Suamiku, aku mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekelilingmu..tp ketahuilah..untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah kau sia-siakan aku.

*Suamiku, aku tahu kau berhak mempunyai isteri selain daripadaku, namun ketahuilah bahawa aku tidak kuat dan aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan wanita yang lain..walau apa jua alasanmu..fahamilah…hanya engkau milikku..

*Suamiku, masakanku mungkin tidak sesedap masakan chef2 terkemuka, atau seistimewa hidangan di restoran kegemaranmu, namun ketahuilah..hatiku senang melihat kau menjamu selera menikmati setiap air tanganku.

*Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu..janganlah kau terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula kau gunakan ia untuk membinasakan ku di suatu hari nanti..tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..

*Suamiku, aku senang jika kau gembira dan aku sedih bila kau berduka.. namun, aku lagi senang jika kau tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku..usah berselindung dariku, usah berahsia denganku..kita hidup bersama dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

*Suamiku, aku suka melihat kau tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu..namun, fahamilah..aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 1 akal..kadang2 aku leka, aku khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafanku itu, kau mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul…aku mohon agar kau boleh memaafkanku..

*Suamiku, aku isteri yang diciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi..bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk kau pijak.. kasihilah aku seadanya..

*Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran..aku cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.

*Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu..namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku…aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..

*Suamiku…walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu..dan aku harap kau juga begitu…jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang datang meggoda..jangan pernah lupakan aku yang senantiasa....

*Suamiku, engkaulah syurga bagiku,akan ku raih redhamu untuk mengecap nikmat syurga Allah..dan engkau jugalah yang pernah aku sayang dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu..fahamilah..tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita..kita hanya hamba Allah..dan hanya mampu merancang…ku harap jodoh antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya..moga2,dirimu lah suami yang pertama dan terakhir buat diriku ini…AKAN KURAIH CINTA DAN REDHAMU HINGGA KE SYURGA ALLAH..amin…

Terima kasih abg ats segala-galanya.

DR ISTERIMU
* Sayang Abang *
-Fazlul Huda Makhtar-

Friday, March 4, 2011

::RAMA-RAMA::


Rama-Rama vs Wanita 
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari hati, perasaan jua tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?







Monday, January 24, 2011

::Aku Cinta Allah::




“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada kami. Berkatilah kehidupan mereka dengan keberkatan berpanjangan dariMu. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Monday, January 3, 2011

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.     
 Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
        sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku         bersih."

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini

        merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-         ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
        semua perkara kebaikan.

3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
        menenangkan minda.

4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
        penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
        sebanyak 3X.

5.     
 Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
        sebutkan.

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk

        diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
        sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

        senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
        hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif."
        Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan         sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

        kejahatan.

9.      Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,

        tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10.    Kekalkan wuduk.

Sunday, November 14, 2010

::Aidil Adha 1431H::

Perkongsian: Menjejak Keluarga Ibrahim

Adakah semata-mata haiwan yang terkorban? ~ picture by tya of deviant art.
 Adakah semata-mata haiwan yang terkorban? ~ picture by tya of deviant art.

Esok 9 Zulhijjah. Lusa 10 Zulhijjah. Aidiladha.
Aidiladha, Aidiladha. Setiap tahun ada Aidiladha. Tetapi apakah yang kita nampak pada Aidiladha?
Nama lain bagi Aidiladha adalah Hari Raya Korban. Ya, korban. Sebut sahaja Adiladha, orang akan nampak korban. Suka saya bertanya, korban apakah yang kita nampak?
Biasanya, orang akan menjawab kepada saya, korban kambing, lembu dan di tanah arab ini, kami korbankan juga unta.
 
Adakah Aidiladha ini, hanya untuk kita memerhatikan korban yang itu?
 
Pernahkah kita melihat ke dalam diri, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Allah SWT?
Maka di sini, suka saya hendak mengajak diri saya dan pembaca, untuk kita menjejak satu keluarga. Oh, ini bukan slot Bersamamu. Keluarga ini telah lama tiada. Tetapi masih hidup di dalam jiwa-jiwa manusia yang beriman. Yang telah menunjukkan pengorbanan yang tinggi kepada Allah SWT.
Mari kita menjejak Keluarga Ibrahim AS.

Apa yang berlaku pada keluarga itu?

Ibrahim AS telah membawa isterinya Hajar dan anaknya yang baru lahir bernama Ismail, ke satu lembah gersang di tengah padang pasir yang dikelilingi gunung ganang. Di situ, dia meninggalkan kedua-duanya.
Ini ditunjukkan dalam firman Allah SWT berkenaan doa Ibrahim As:
 
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” Surah Ibrahim ayat 37.

Ibrahim AS kemudiannya kembali kepada isterinya Sarah di Palestin.
Di sini kita dapat melihat bahawa, Ismail AS tidak membesar bersama-sama bapanya Ibrahim AS. Yang menjaganya, bersabung nyawa memastikan penerusan kehidupannya, adalah ibunya Hajar. Namun apakah Hajar kecewa? Merasa tidak berguna dan sebagainya?

Kita akan perhatikan nanti.

Ibrahim AS meninggalkan mereka di lembah gersang itu, adalah sebahagian daripada aturan Allah SWT untuk sesuatu yang besar pada masa hadapan. Dan di sini, Ibrahim AS telah melakukan satu pengorbanan yang besar dengan meninggalkan anak dan isterinya di satu tanah yang gersang, tiada sumber air dan makanan.
Namun keimanannya kepada Allah SWT, keyakinan bahawa perintah Allah tidak akan menghasilkan sia-sia, membuatkan dia tabah meninggalkan isteri dan anaknya.
Ini pengorbanan yang pertama
.
Ujian datang lagi buat keluarga itu

Selepas berlalu beberapa waktu, Nabi Ibrahim AS bermimpi bahawa dia menyembelih anaknya Ismail. Mimpi para Nabi bukanlah mimpi sebagaimana kita. Mimpi para Nabi adalah wahyu daripada Allah SWT.
Mendapat arahan itu, Nabi Ibrahim bergerak merentas padang pasir, daripada Palestin ke Makkah di Tanah Hijaz. Perjalanan yang bukannya pendek. Juga tidak mudah. Semata-mata untuk taat kepada Allah SWT, menyembelih anaknya sendiri.

Sampai sahaja di Makkah, kepada Ismail dia bertanya. Dan lihatlah apa yang Allah kisahkan akan jawapan seorang Ismail AS:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar Surah Assaffat ayat 102.

Ismail AS juga taat tanpa banyak bicara. Tanpa berdalih. Tanpa memberikan apa-apa alasan untuk meragukan ayahnya agar tidak melaksanakan perintah itu. Sedangkan, nyawanya adalah taruhan dalam hal ini.
Maka Ibrahim AS pun melaksanakannya. Namun apabila pisau yang tajam itu dilalukan pada leher Ismail AS, ia tidak mampu menyembelihnya. Menyangkanya tumpul, maka Ibrahim AS mengasahnya semula dan melakukan penyembelihan itu sekali lagi. Namun tetap gagal. Sekali lagi Ibrahim AS mengasahnya. Namun untuk kali ketiga, penyembelihan tetap gagal dilakukan.

Ketika inilah Allah SWT mengiktiraf ketaatan keluarga itu. Dan menggantikan Ismail AS dengan seekor Qibasy.

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;” Surah Assaffat ayat 103-107.

Dan ketaatan Ibrahim AS ini diiktiraf oleh Allah SWT, Ibrahim AS diangkat setinggi-tinggi darjat, bahkan dia dipuji oleh langit dan bumi. Ibrahim AS terkenal sebagai bapa para nabi, juga menjadi rebutan oleh kaum yahudi dan nasrani yang hendak menyatakan bahawa Ibrahim AS daripada kalangan mereka.

“Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.” Surah Assaffat ayat 108-113.

Apa yang ditunjukkan pada kisah keluarga ini?

Pengorbanan. Mengorbankan apa yang diri kita sayangi, untuk mentaati perintah Allah SWT. Itu yang saya hendak fokuskan dalam kisah keluarga Ibrahim. Mari kita lihat dengan lebih teliti, agar kita lebih merasai.
Pengorbanan pertama: Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di tanah gersang. Siapakah yang senang dengan keadaan demikian? Sebagai manusia, Nabi Ibrahim juga berat melakukannya. Namun itu adalah perintah Allah SWT, maka Nabi Ibrahim mengorbankan perasaannya, kepentinganya, kesenangannya, kerana yakin bahawa, tiadalah daripada perintah Allah SWT itu satu yang sia-sia.

Pengorbanan kedua: Nabi Ibrahim sanggup merentas padang pasir daripada Palestin ke Makkah, satu perjalanan yang jauh, untuk menyembelih anaknya. Sekiranya kita lihat semula, apakah itu? Bersusah payah merentas padang pasir panas, yang jauh, yang sukar, semata-mata untuk menyembelih anak sendiri? Tetapi Nabi Ibrahim melaksanakannya. Padang pasir yang panas, perjalanan yang jauh, menjadi kecil padanya dalam mentaati Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa, tiadalah daripada mentaati Allah itu, selain kebaikan sahaja.

Pengorbanan ketiga: Melihat di sisi Ismail AS pula, anak itu tidak berdalih langsung semasa dinyatakan berkenaan penyembelihannya. Bahkan dia taat, dan menyuruh Ibrahim AS mentaatinya. Mengapa? Mengapa begitu sekali gaya Ismail AS? Hingga sanggup mengorbankan diri sendiri? Kerana itu adalah perintah Allah SWT. Kerana keyakinan bahawa Allah tidak akan mengarahkan sesuatu yang sia-sia, maka dia sanggup mengorbankan dirinya untuk mentaati Allah SWT.

Pengorbanan keempat: Satu watak yang tersembunyi dalam kisah ini adalah Hajar. Adakah Ismail AS itu, terbentuk taat begitu sahaja secara tiba-tiba? Tidak. Pastinya ada didikan yang membentuk Ismail menjadi sedemikian rupa. Itulah dia didikan tangan seorang Hajar. Bayangkan, Hajar, seorang isteri yang ditinggalkan di tanah gersang, dan dialah yang membesarkan Ismail. Namun, dia tidak membesarkan Ismail menjadi seorang yang membenci bapanya, bahkan membesarkan Ismail menjadi orang yang amat taat kepada Allah SWT. Ini menandakan Hajar rela dengan segala apa yang dilakukan Ibrahim AS. Kerana apa? Kerana Hajar tahu, bahawa Ibrahim AS mentaati Allah SWT. Dan Hajar mengetahui bahawa, mentaati Allah SWT tidaka akn emmberikan apa-apa melainkan kemuliaan.

Pengorbanan kelima: Ibrahim AS benar-benar menyembelih Ismail AS. Dan Ismail AS tidak menunjukkan pelarian di situ. Mereka benar-benar melaksanakannya. Bahkan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah SWT yang satu itu. Mengenepikan segala kepentingan diri, kesenangan hati dan kehendak peribadi. Semuanya untuk mentaati Allah SWT. Mereka melaksanakannya, semampu diri mereka. Bersungguh-sungguh.

Lima pengorbanan ini, kita perhatikan semula.

Semua ini didirikan atas apa?

Atas satu perkara. Ketaatan kepada Allah SWT.

Bagaimanakah kita boleh taat kepada Allah SWT?

Dengan keimanan kepadaNya.

Kekuatan untuk mampu berkorban hakikatnya, bergantung kepada keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita kepada Allah SWT itulah yang memprodus kekuatan untu mengangkat perintahNya menjadi sesuatu yang besar dalam kehidupan kita melebihi kepentingan diri kita sendiri..

Inilah yang Allah mahu kita lihat, dan Aidiladha itu bukan semata-mata perayaan.
Tetapi ia seakan-akan satu peringatan tahunan.

“Apakah kamu wahai hamba-hambaKu, sudah bersedia untuk mengorbankan hawa nafsumu?”

Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam?

Satu soalan mudah. Bagaimana kita menjawabnya?

Apa yang kita telah korbankan untuk Allah, untuk Islam dalam kehidupan kita ini?
Apabila bertemu perintah Allah dengan tuntutan hawa nafsu kita, yang mana satukah kita korbankan?
Apabila datang perintah Allah SWT, dengan kepentingan peribadi kita, yang mana satukah yang kita utamakan?

Bila datang perintah Allah SWT, dengan perintah selain daripada Allah SWT, yang mana satukah akan kita taatkan?

Kita perhatikan kembali kehidupan kita. Kita perhatikan kembali rutin kita.
Apa?

Aidiladha semakin hampir. Dan kamu lihatlah apa yang telah kamu korbankan?

Penutup: Yang berkorban itu, Allah bayar

Mengambil ‘ending’ kisah Keluarga Ibrahim tadi, Allah membayar segala pengorbanan keluarga itu dengan kemuliaan dan darjat yang tinggi tidak terhingga. Allah membalas ketaatan hamba-hambaNya, dan bukan membiarkan mereka begitu sahaja.

Di sini, ia merupakan satu motivasi buat kita, bahawa mengorbankan kepentingan diri dalam mentaati Allah SWT itu bukanlah sia-sia.

Panas sedikit, rimas sedikit pakai tudung, bukan sia-sia.

Nampak kuno sikit, berpakaian kemas dan tidak koyak-koyak, dedah-dedah, bukan sia-sia.

Korban masa sikit, untuk buat amal kebaikan dan amal bermanfaat, bukan sia-sia.

Buat baik pada orang, walaupun orang tak baik pada kita, bukan sia-sia.

Korban wang, sedekah pada yang memerlukan, bukan sia-sia.

Mereka yang mengorbankan nyawa, dalam menegakkan agama Allah SWT, bukan sia-sia.

Itulah keimanan kita.

Kita belajar daripada keluarga Ibrahim AS.

Namun siapakah yang memerhatikan?

Dan yang memerhati, siapakah yang mempraktiskannya?

Aidiladha semakin hampir.

Apakah tahap kesediaan berkorban untuk Allah kita?

Tuesday, November 2, 2010

::Ubat::

Salam ukhwah... salam ziarah... salam kemanisan =)

Mencari bahan untuk memorandum Nadwah Kepimpinan 2010 pada 22 hingga 24 November ni... Terjumpa laman web JIM n tertarik ngan add ni http://bicarakalbu.blogspot.com/ , ni juga adalah salah satu hasil wanita JIM. Alhamdulillah... untuk tatapan pengunjung n diri-diri yang senantiasa merindui...

SAYA mengenali jejaka ini selama dua tahun sebagai jiran sebelah rumah. Kami bertegur sapa hanya beberapa kali. Dia pemuda masjid, perwatakannya warak, berbudi bahasa dan menghormati orang tua membuat saya mengagumi dia dalam diam. Hati saya sudah pandai merinduinya. Bagaimana cara menghadapi keadaan ini.
GADIS PINGITAN, Muar, Johor.

SYABAS saudari, saya bersyukur kepada Allah kerana dalam dunia tanpa sempadan dan serba bebas begini masih ada lagi gadis pingitan yang mampu menjaga batas pergaulan serta punya sifat malu yang masih terbendung.

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.” 
  • Bernikah dan membina rumah tangga langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik.

Jawapan disediakan panel penasihat Wanita JIM. persoalan yang lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

Monday, August 16, 2010

:: An-Nur::

Assalamualakum... salam kesyukuran, salam ketenangan, salam kemanisan, salam keindahan diucapkan. puji dan syukur atas begitu banyak kurniaan, atas ketenangan dan kebahagiaan hati ini... sepanjang masa,setiap ketika... Alhamdulillah... alhamdulilah... alhamdulillah...

Ramadhan ke-5

makin indah... makin bahagia... makin bermakna...


sungguh... can't help falling in love... really

Love to Allah

Love toMuhammad P.B.U.H

Love to Mum

Love to You 

Love to Him

Love to Her

Love to Myself

Ya Allah.., peliharalah kami, peliharah iman dan hati kami...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI


"  Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "


"  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

(Surah an-Nur : 30 - 31)


“Ya Rabbi,lembutkan hatiku,agar mudah ia mengadu padaMu.Lenturlah jiwaku agar ia mudah merayu&meminta padaMu.Haluskanlah perasaanku agar aku mampu menangis&merintih padaMu.Hancur&remuk-redamlah diriku dalam menerima didikanMu kerana di situlah pengiktirafan aku sebagai hambaMu.”

Saturday, May 8, 2010

::kerana dia manusia biasa::

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.
Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.....!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all...... Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas di dalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe..........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******


Kepada _____ ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.

Assalamu'alaikum Wr Wb..

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ______ ... menginginkan anda untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang
pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan kepada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin.

Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. Betul tak? Paling tidak, aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.


"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalau ada yang tahu kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama. " Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran daripada pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang
mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah
pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan CINTA?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa berpaksikan CINTA yang SATU. Amin.

Wallahu 'alam

Wednesday, April 7, 2010

::..............::









Aku Menunggumu

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku, Aku mengerti di mana kamu, Kamu sedang letih berjuang, Kamu sedang lelah berdakwah, Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah. Aku tidak tahu siapa kamu, Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu, Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain, Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita...ku elakkan, Kerna semua itu hanya layak untukmu.Yang ada di sisiku
Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran. Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti. Zaujahku, Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati, Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat, Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku, Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku, Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah. Zaujahku, aku belum pernah memandang
fizikalmu, Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu, Sebaliknya dengan pandangan dakwah, Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.Kerana itu, Kita seharusnya bersedia zaujahku,Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.
Dari Sang Akhwat Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku, Aku mengerti kau merinduiku, Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku. Aku tau kau sedang berjuang, Kau sedang lelah berdakwah,Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah, Sehingga kadang kala kau merasa lemah. Namun sabarlah, Aku sedang menunggumu, Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku, Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati, Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu, Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu. Zaujku,Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata. Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.

"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain,oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Saturday, March 6, 2010

::Dengan ASMAMu kami merintih::


ASMAUL HUSNA ATAS NAMAMU AKU MERINTIH
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,sesungguhnya kasih sayangMu terlalu banyak terhadap kami.Tidak mampu kami hitung pemberianMu yang  tidak  bertepi dan tidak pernah terhenti ini.Kami mengucapkan syukur setinggi-tingginya di atas segala pemberianMu Ya Wahhab yang Maha Memberi. Ya Allah Ya Affaw, Ya Ghaffur, Ya Tauwab. Engkau yang Maha Pemaaf, Pengampun dan Penerima Taubat. Kami seringkali melakukan kesalahan, kemungkaran kerana kejahilan dan keingkaran kami. Kami sering tertipu dengan helah syaitan yang sering menipu kami dan seringkali juga kami mengikut hawa nafsu. Maafkan, ampunkan dan terimalah taubat kami Ya afuww, Ya Ghaffur, Ya Tauwab, sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa-dosa hambaMu walau sebanyak buih di lautan. Ya Khalik, tuhan yang menciptakan kami. Sesungguhnya kami berkumpul disini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaMu. Ya Allah, kami sedar yang sesungguhnya kami dahulunya tiada dan Engkaulah yang menciptakan kami dengan penuh kesempurnaan dan mengajar kami sesuatu yang tidak kami ketahui. Engkau Ya Razzak memberikan kami segala punca rezeki yang kami sendiri tidak mampu mengadakannya untuk kami gunakan didunia ini sebagai pengabdian kepadaMu dan menjalankan amanah khalifah di muka bumi ini.
Ya Allah, kami adalah hambaMu yang diwujudkan atas muka bumi ini hanyalah untuk taat dan patuh kepadaMu, seperti mana taat dan patuhnya matahari kepadaMu, bulan dan bintang yang tidak pernah kenal erti ingkar dan mungkar. Namun kami Ya Allah, seringkali lalai dan mengikut hawa nafsu. Kami lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu. Walaupun engkau telah berikan semua kesempurnaan di dalam penciptaan kami ini Ya Allah. Ya Allah kami sedar yang kami wajib taat kepada perintahMu, terlalu banyak dosa dan kemungkaran yang telah kami lakukan sehingga hari ini. Namun Ya Allah, sesungguhnya Engkau Ya Ghafur Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami, keterlanjuran kami dan kejahilan kami.
Ya Allah, Ya Mumit, sesungguhnya Engkau Maha Mematikan hambaMu. Engkau berhak mematikan kami sekelip mata pada bila-bila masa. Kami sudah tentu tidak boleh menghalangMu Ya allah. Kami sedar dan kami yakin kematian itu amat benar dan dekat. Kami sedar engkau Ya Muttaqim yang Maha Menyeksa, seksaan kubur itu benar dan sangat dekat. Engkau Ya Munshi yang Maha Menghitung, kami sedar hari perhitungan dan pertimbangan amal itu benar dan amat dekat. Engkau Ya Adlu yang Maha Adil akan membalas kami sama ada dengan syurga atau nerakaMu dan sudah tentulah syurga dan neraka itu benar sekali, tidak ada sedikitpun keraguan Ya allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami sedar kebajikan dan kebaikkan kami terlalu sedikit untuk melayakkan kami ke SyurgaMu. Namun Ya Allah Ya Muntaqqim, Yang Maha Keras SeksaanNya, sesungguhnya kami tidak akan mampu menanggung siksa azab nerakaMu yang tidak terperi. Yang mana azab paling ringan adalah apabila dipakaikan selipar neraka,maka menggelegaklah otak manusia Ya Allah. Ampunilah,ampunilah,ampunilah kami Ya Allah Ya Ghafur, tuhan Yang Maha Pengampun. Ya Rahman Ya Rahim. Berilah kami rahmat dan kasih sayangMu dan izinkanlah kami berjumpa denganMu disyurgaMu Ya Allah kerana itulah saat-saat paling bahagia yang dikurniakan kepada seorang hamba apabila kami dapat dipertemukan dengan Engkau  Ya  Allah, Ya Majid Tuhan yang Maha Mulia, Ya Malik, yang Maha Berkuasa ,Ya Hafiz yang Maha Pelindung, Ya Rahman Ya Rahim, Engkau yang Maha Pengasih,Maha Penyayang ,dan Engkau Ya Ghafur yang Maha Pengampun.
Ya Allah Ya Malik yang Maha Berkuasa lagi Maha Memiliki dan Ya Hakim yang Maha Bijaksana, sesungguhnya segala yang berada di langit dan di bumi adalah milikMu Ya Malik, hatta kami juga adalah milikMu, rakan-rakan kami juga adalah milikMu dan segala apa yang ada pada tubuh badan kami  adalah milikMu semua Ya Allah. Kepandaian yang Engkau anugerahkan ini, udara yang kami sedut, bumi yang teguh tempat kami berpijak, matahari yang sentiasa bersinar memberikan tenaga cahaya An-NurMu, buah-buahan yang lazat, wang ringgit yang Engkau berikan dan kemudahan-kemudahan yang telah Engkau sediakan buat kami sebagai amanah yang seharusnya kami gunakan untuk kami beribadat kepadaMu,menjadi hambaMu yang taat,semuanya milikMu dan hakMu semata-mata.
Namun Ya Allah,kadang-kala kami terlanjur kerana mengikut hawa nafsu,kami tertipu dengan bisikan syaitan berupa jin dan manusia yang banyak membuatkan kami alpa dan lalai,lupa dari mana kami datang,siapa yang menciptakan kami,untuk apa kami diciptakan olehMu Ya Allah dan ke mana kesudahan kehidupan ini.Sesungguhnya Ya Allah,kami sedar kami hanya hambaMuyang tidak punya apa-apa kecuali yang Engkau kurniakan kepada kami untuk kami taat kepada perintahMu dan menjauhi segala laranganMu dan menjalankan amanah kahlifahMu Ya Allah,sesungguhnya kami amat lemah serta sentiasa lalai dan memerlukan bantuan dan bimbinganMu Ya Hadi yang Maha Membimbing dan Memberi Petunjuk, maka bimbinglah kami Ya Allah ,Tuhan yang Maha Pembimbing dan Penolong,tolonglah kami Ya Allah Ya Wahhab Yang Maha Memberi Pertolongan dan Kemudahan, jadikanlah kami ini hambaMu yang taat, anak yang soleh,pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat dan manusia yang berguna dan beramanah.
Ya Allah, sesungguhnya kami semua akan kembali menghadapMu satu hari nanti dan sesungguhnya pertemuan denganMu adalah benar, syurga dan neraka itu juga benar, hari qiamat itu benar, kematian dan siksa qubur itu benar. Ya Allah, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung azab siksaMu yang amat pedih dan kami juga sedar kami tidak layak menjadi ahli syurgaMu Ya Allah, tetapi kami yakin dengan sifat Maha Pengampun dan Maha PenyayangMu Ya Allah Ya Afuww, Ya Ghafur,Ya Tawwab Ya Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosa dosa kami dan sesungguhnya kami bertaubat kepadaMu dengan sebenar-sebenarnya taubat.Ampunkanlah juga dosa isteri mahupun suami kami, kedua ibubapa kami, anak-anak kami, adik-beradik kami, sanak- saudara kami serta sahabat-sahabat kami dan rahmatilah kami semua. Kami ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada Rasulullah S.A.W yang telah berkoban jiwa dan raganya agar kami dapat menikmati nikmat islam dan iman yang sebenar pada hari ini.
Ya Allah Ya Sami’ Ya Basir, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Melihat, dengarlah Ya Sami’ rintihan, bicara hati kami menandakan keinsafan kami.Hari ini kami benar-benar insaf dan sedar siapa diri kami, Kenapa kami berada di sini dan kemana akhirnya kehidupan ini. Lihatlah kami ini Ya Basir Yang Maha Melihat. Lihatlah keadaan kami ini Ya Allah, sekiranya Engkau Ya Basir tidak melihat kami, tentulah kami termasuk orang-orang rugi. Oleh itu Ya Allah, Engkau kekalkanlah hidayah dan petunjukMu ini di dalam hati kami hingga akhir hayat kami. Engkau berikanlah kekuatan kepada kami untuk kami kembali melaksanakan ketaatan kepadaMu dan menjadi hamba yang sejati serta melaksanakan perintahMu sebagai wanita yang solehah, lelaki yang soleh serta menghormati suami mahupun isteri kami, ibu bapa kami, mengasihi anak-anak kami, saudara mara kami, rakan-rakan kami dan masyarakat kami.

Monday, October 26, 2009

::Iman::











Iman adalah mutiara

Didalam hati manusia

Yang menyakini Allah

Maha Esa Maha Kuasa

Tanpa mu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padanya

Tanpamu iman...bagaimanalah

Menjadi hamba Allah yang bertakwa

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa

Ia tak dapat dijual beli

Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau merentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah





Rindunya kat Arwah ayah (Al-Fatihah).... arwah ayah dulu selalu pasang kaset lagu raihan.... yup sememangnya iman tak dapat diwarisi

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq