::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, May 9, 2008

::SPAQ::

30 April 2008 - kelas spaq kali ini membicarakan berkaitan kebangkitan Eropah dicaleh keagungan tamadun islam; sekular sebagai pemangkin utama... Apa yang ingin diperingatkan buat diri adalah berkaiatan beberapa soalan-soalan kritikal yang dihighlightkan dibawah... ayuh selongkar satu persatu... :: setiap kejayaan perlukan pengorbanan, setiap pengorbanan perlukan kesabaran dan kesungguhan ::

Kebangkitan Eropah dicelah keagungan tamudun islam; sekular sebagai pemangkin utama

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

BA (Hons) Engineering University Of Malaya

SRI Al Islah Pulau Pinang


Penelitian kebangkitan bangsa Eropah (Slav/Saxon) adakalanya dikaitkan dengan suatu kebangkitan yang penuh isolasi, tidak terpengaruh dengan mana-mana tamadun luar, berdiri dengan secara tiba-tiba bangkit menjajah dan mendominasi benua-benua lain. Penelitian sebegini yang bersifat partial dan tidak menyeluruh beerkemungkinan berasaskan sikap berat sebelah dalam menilai erti influensi luar dalam satu-satu tamadun. Sikap memandang rendah pengaruh tamadun islam ke dalam dunia Eropah juga mempengaruhi.


Erti perkataan 'kebangkitan' yang penulis kemukakan adalah lebih menjurus kepada erti pengupayaan semula bangsa Eropah selepas beberapa abad malap selepas kehancuran Hellenistik (akibat fahaman sofisme yang membunuh idealisme tamadun yunani), Kejatuhan Empayar Rom1 serta perpecahan Gereja Katholik Rom kepada beberapa Gereja yang bersifat lokal dan tidak berpusat lagi. Lebih kurang bermula pada abad ke-5 M sehinggalah kepada 1453M iaitu pembukaan Konstantinopel (Istanbul) oleh Turki daripada tangan Rom Timur (Byzantine).

Selepas kejatuhan pembukaan Kota Konstantinopel oleh tentera islam, masyarakat Eropah (bangsa Rom terutamanya) merasa amat terhina, terkejut dan risau akan keselamatan dan hala hidup mereka padaa masa akan datang. Maka bermulalah internal pressure (internal force) yang menyaksikan kebangkitan intelektual barat yang mula meninggalkan kerangka Gereja yang menyekat kebangkitan indera mereka untuk bangun. Penyelewengan ajaran Bible yang menghasilkan masyarakat yang amat kaku, paderi yang menjuarai pemerintahan, topik keilmuan lebih kepada teokratik yang lesu serta peranan tuhan ( gesta Dei) yang menhapuskan nilai kudrat manusiawi. Ironinya penyakit jabariyyah ini akhirnya menjangkiti juga sejarah peradaban islam sehingga menghancurkan empayar Uthmaniyyah.

Di sini penulis cuba membandingkan pemerintahan Islam di Andalus yang lebih lama berbanding dengan kebangkitan bangsa Portugis yang kemudiannya bertindak menyerang banyak negara umat islam trmasuk memusnahkan empayar melaka. Portugis dan bangsa Sepanyol telah lama di bawah pemikiran Kristian Visigoth dan mereka cukup gentar dengan bangsa Barbar (Jerman/ Afrika Utara). Mereka dipaksa menganut fahaman Kristian Aryanisme (bangsa Jerman) yang berlainan dengan gereja Rom (Khatolik). Pada tahun 711M Andalus yang meliputi Portugis dan Sepanyol telah ditadbir oleh gabenor Bani Umayyah2 yang berpusat di Damsyik. Andulus kemudiannya ditadbir oleh Abdur Rahman ad-Dakhil yang membawa pusat pemerintahan Umayyah dari Damsyik ke kota Cordova. Bermulalah pemerintahan Amir (bukan Khalifah kerana Khalifah pada waktu itu ialah di Baghdad) Umayyah dan Andalus. Pada 1492 Andalus yang diperintah oleh raja kecil Bani Ahmar telah kalah dengan beberapa siri peperangan tentera Kristian dan bermulalah kebangkitan bangsa Portugis.

Boleh dikatakan bermula era abad ke-15, Portugis dan Sepanyol telah bebas dan ingin keluar mencari kekayaan, pengaruh dan kekuatan. Renaissance3 iaitu kebangkitan seni dan teknologi barat hanya berlaku sekitar pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17. Jadi kekuatan Eropah untuk keluar dari cengkaman Andalus bermula pada period berkenaan. Dan tidak juga dilupai antara faktor kemarahan dan kebangkitan Eropah adalah selepas peristiwa penawanan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al Fatih daripada tangan Rom Timur pada 1453. Ringkasnya pada pertengahan abad ke-14 dan pada penghujung abad ke-15, Eropah mula bangun. Andalus adalah empayar yang menjadi perantaraan penting tamadun Islam dengan negara-negara kecil Kristian pada waktu itu. Barat mempelajari ilmu teknologi dan kehidupan daripada khazanah Hellenistik melalui bahasa Suryani4 di Andalus.

Akhirnya Sepanyol membuka Amerika latin dan Amerika Tengah. Portugis menguasai Brazil (Amerika Latin) dan Goa. Kemudiannya di Omuz seterusnya ke Melaka. Pada abad 1511 (abad ke-16) Portugis menghancurkan pusat islam di Tanah Melayu. Perlu diingatkan kebangkitan Portugis yang pesat itu hanya baru berusaha 515 tahun (1492-2007). Manakala Islam membina tamadun dan memerintah Andalus lebih kurang 781 tahun !! (bermula 711-1492). Islam juga menguasai Baghdad berkurun lamanya. Begitu juga dengan Empayar Mughal dan akhirnya Empayar Uthmaniyyah yang juga lebih daripada 600 tahun usianya.

Gambaran fakta ini memberi kita suatu persoalan,

  • Mengapakah kebangkitan barat begitu memecut dengan pantas?

  • Bagaimana mereka begitu sabar mengumpul keilmuan islam di dalam masa naungan islam sehingga bersedia menyerang kembali umat islam?

  • Apakah yang terlalu bernilai dengan Konstantinopel sehingga peristiwa kejatuhannya itu untuk memutuskan semangat Eropah sebaliknya selepas itu mereka berjaya memusnahkan negara Islam di Timur terutama di India dan tanah Melayu?

  • Revolusi Politik Eropah (Enlightenment) hanya berlaku pada abad ke-17 - 18 dan sehingga kini hegemoni dunia masih dipegang oleh Eropah (Abad ke 21) iaitu bermakna 300 tahun sahaja !!

  • Betapa seni dan bersatunya golongan barat tidak mengira gerakan Freemason, Kristian Ortodoks, Atheis dan sebagainya untuk menjahanamkan hegemoni Islam terakhir iaitu Turki Uthmaniyyah.

  • Bagaimana resepi sekular yang bermula pada era Reneissance (Abad ke 14), diteruskan pada era Reformation (Abad ke-16) yang mempersoalkan kredibiliti Paderi dan Bible hingga zaman Revelusi Politik Eropah (Abad ke-17 - 18) serta Revolusi Industri (Abad ke 18) telah berjaya mendominasi golongan islam yang masih beragama? Apa masalah penganut Islam yang masih tegar dengan elemen fundamental (golongan usuliyyin) hingga kalah dengan sekular dalam masa yang amat pendek. Di mana justifikasi wahyu sebagai sumber kekuatan umat islam.

Di dalam penulisan yang lain, penulis berminat untuk megupas beberapa persoalan di atas agar kita dapat menilai dan membuat pertimbangan antara dua dikotomi sumber pemecutan tamadun. Antara Skularisme dengan Wahyu ketuhanan.


No comments:

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

Loading...

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq