::bercinta sampai syurga::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Ops...minus 1 year =)

::our little sweetheart::

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, May 17, 2008

::: cerita semalam :::

Ingatanku kembali segar pada seorang naqibah yang kukira murabbi buat diriku...walau seketika cuma pertemuan itu, tapi ku hitung ianya amat berharga... syukran jazilah buat murabbiku atas sajak yang amat bermakna ini... 'gadis kecil itu' begitu simple ayatnya, tetapi amat berbisa, amat halus menikam ku dasar hati... Buat sahabat-sahabat, sajak ini kuingin tujukan buat dirimu, buat dirimu permata berharga...


Semalam ada bicara. Bicara di antara jiwa-jiwa yang merindukan perjuangan. Bicara di antara jiwa-jiwa yang memahami tuntutan kehidupan mereka atas agama ini. Semalam yang panjang. Yang menjadikan jiwa-jiwa ini kembali meneluki diri.

Apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo�fa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka, hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran
[QS 2: 186]

Hari ini. Dan semalam. Pada lembaran sejarah yang berulang. Dua cerita yang sama. Dan apabila mendengar perkisahan itu dari lisan-lisan mereka, aku jadi termenung sendiri. Terpana. Menerawang mengingatkan seorang gadis yang kisahnya hampir serupa. Dan masih jelas terbayang di ruangan mata setiap detik itu.

Gadis kecil itu. Perjuangan hidupnya yang panjang. Mencari kamilah. Mencari kesempurnaan. Pada usia remaja, yang kerap kali idealistik itu menjadi matlamat diri. Kerana dia sedar, jiwanya tercipta sebagai sebaik-baik ciptaan. Sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan. Ahsani taqweem.

Gadis itu. Mencari kamilah. Kerana dirinya serba lemah, serba kekurangan.Kurangny a ilmu dan makna faham pada perjuangan yang diagung-agungkan. Apatah lagi dengan bebanan amanah yang telah dipertanggungjawabk an, sedangkan dia sedar, siapa dirinya yang sebenarnya. Masih jauh dari rasa layak untuk memikul sebuah percaya.

Dan apabila urusan kerja itu tidak menjadi seperti yang diharapkan, sering kali rasa tidak puas hati itu berkumpul sendat di kepala. Memeningkan. Dan melemahkan gerak kaki untuk bekerja. Lantas mencipta amarah yang terpendam. Pada mereka yang senang-senang memilih dirinya untuk beban dan kerja itu.


Gadis itu. Kerap kali tersungkur. Dalam langkahnya mencari kamilah. Tidak sedikit lontaran kata berbisa yang dilemparkan kepada mereka itu, yang membawa dirinya mengenal jalan ini. Tidak sedikit nista yang dicipta pada langkah dan gerak kerja. Kerana dirinya masih ada rasa tidak percaya, rasa tidak layak untuk sebuah tugas.

Dan gadis itu terus memberontak. Dan Allah itu Maha Mendengar.

Memohon hidayah dan petunjuk dari DIA, agar di landasan juang ini, ada kamilah itu. Meminta cahaya dariNYA. Agar di kehidupan yang telah dipilih ini, ada kamilah itu. Meminta dan terus meminta.

Allah itu Maha 'Alim dan Maha Adil. Pengkabulan hajat dan doa dalam bentuk yang berlainan. Bersulam ujian demi ujian. Hampir-hampir sahaja dirinya tergelincir. Andai tidak disuluh akhirnya dengan pertolongan Allah SWT. Didatangkan olehNYA seorang lelaki. Syeikh Kabir. Yang menjelaskan perihal diri seorang pejuang.

�Anakku. Jalan ini jalan yang panjang. Perlu punyai bekalan yang mencukupi agar tidak terhenti di pertengahan. Bekal itu adalah ilmu, faham dan keikhlasan. Pilihanmu pada jalan ini adalah tidak salah. Yang salah, apabila engkau berhenti kerana mahu memperbaiki diri. Sedangkan engkau meninggalkan saudara-saudaramu tenggelam dalam arus duniawi.�h

�Anakku. Tarbiyah dan dakwah itu mesti seiringan. Dan mesti seimbang. Perbaikilah dirimu dengan tarbiyah ilmu dan kefahaman. Dan perbaikilah masyarakatmu dengan amal dakwah dan kasih sayang. Dan berusahalah untuk ikhlas. Kerana ia kunci kepada nafas-nafas yang panjang.�h

�Anakku. Jalan ini jalan Rabbani. Jalan agamaNYA. Jalan yang tidak memerlukan kita, sebaliknya kita lah yang memerlukannya. Jika kita berhenti dari jalan ini, DIA pasti akan mendatangkan satu golongan manusia yang lebih hebat, lebih berkasih sayang dan golongan yang menang. Jika kita berhenti, kita lah yang rugi. Sedangkan DIA tidak memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk-makhlukNYA� h

�Anakku. Jalan ini telah menyaksikan ramai yang gugur. Kerana kesilapan pada langkah bermula. Kerana tidak memahami tujuan dan matlamat untuk dirinya berada di jalan ini. Kerana telah lelah, dengan beban kerja dan amanah. Kerana dia terlupa untuk meminta kekuatan dariNYA, yang telah memilih dirinya.�h

�Anakku. Inilah satu-satunya jalan menuju ke syurga. Dan syurga itu dikelilingi oleh al hawaa dan ad dunya. Dan hanya DIA yang memiliki kuncinya. Maka janganlah berhenti untuk berdoa meminta kunci. Kunci hidayah. Yang disampaikan DIA kepada mereka yang benar-benar meminta.�h

Dan sehingga kini, gadis kecil itu benar-benar berterima kasih kepada dia. Dan bersyukur penuh ke hadratNYA. Kerana bicara dua jiwa itu telah mempertemukanmya dengan kamilah itu.

Dan sehingga kini, gadis kecil itu tidak pernah berpaling lagi. Walau beribu ujian yang datang menghalang, langkah kaki ini tetap diteruskan. Walau lemah lelah dengan kerja dan amanah, dia masih bertahan.

Kerana dia mengerti. Itulah sunnatullah pada medan kehidupan yang satu ini. Kehidupan yang penuh dengan ranjau berduri, berliku dan derita. Kehidupan yang di akhirnya ada bahagia.

Kehidupan para nabi, sahabat, solehin dan syahidin.

Dan bicara semalam telah membuka semula lembaran satu sejarah itu. Sejarah yang sama dalam diri mereka, yang memahami tuntutan dakwah dan perjuangan. Dan mereka juga bakal tergelincir. Jika tidak dipandu dengan cahaya pertolongan dariNYA.

Dan aku terfikir-fikir kini. Bagaimana pantas jawapan yang terbaik buat mereka, jiwa-jiwa yang mahukan kemenangan. Agar jangan sampai tersadung di pertengahan. Agar jangan sampai berhenti.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (Muhammad: 7)

Duhai jiwa-jiwa yang mahukan kemenangan,

Pertolongan itu sebenarnya hanya dari DIA. Disampaikan kepada hamba-hamba yang dipilihNya. Maka hendaklah sentiasa merendahkan diri mengangkat tanganmu. Memohon doa dariNYA. Supaya sentiasa ditolong. Supaya sentiasa dipilih. Untuk menerajui hidup sebagai penolong agamaNYA.


Dan kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
[QS3:185
Terima kasih YA ALLAH... terima kasih kerana meletakkan aku dalam perjuangan ini... meletakkan aku disini... meletakkan aku pada saat ini... Alhamdulillah...

No comments:

Nak cari apa?

yang selalu duk click

::wanita::

DUHAI PUTERIKU.........
Keremajaanmu menyegarkan pandangan,
melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...
palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah dalam diri...
Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan dunia...
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...
Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...
WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lalu menyolek diri ...
inginkan wajah yang lebih indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...
Bersihkanlah hatimu...
kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...
Dunia hanyalah persinggahan...
akhirat itu kekal abadi....

::Keindahan BersamaMu:: KBM

ssq